SINGAPURA, 30 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Kantar, syarikat data pemasaran dan analitik yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan dua pelantikan kanan bagi memperkukuh kepimpinan mereka di Singapura dan Malaysia. Sebagai sebahagian daripada kepimpinan syarikat ini untuk mempercepatkan pertumbuhan di rantau ini, Jane Ng dan Paromeeta (Paro) Mathur Banerjee telah dinaikkan pangkat untuk menjadi Pengurus Besar Bahagian Pemahaman untuk Kantar masing-masing di Singapura dan Malaysia.
Jane Ng mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam industri pemahaman dalam Kantar di Singapura dan Filipina serta bersama pelanggan seperti Coca-Cola Company, membangunkan rancangan jenama & komunikasi serta rancangan perniagaan yang strategik. Beliau merupakan seorang pakar dalam membina jenama yang hebat dan permata tempatan yang ikonik serta amat berminat dengan pembinaan jenama yang bermatlamat. Jane mempunyai pengalaman reka bentuk program, analitikal dan khidmat nasihat yang luas dalam membina jenama-jenama yang berbeza dengan cara yang bermakna.
Jane mengulas: "Saya berbesar hati untuk memimpin pasukan ini dan bekerjasama dengan jenama-jenama terkemuka dunia di Singapura dan rantau ini untuk membangunkan strategi pemasaran berpandukan data dan mencari peluang pertumbuhan. Ekoran persekitaran yang tidak stabil ketika ini dan hakikat bahawa pelanggan perlu mengurus lengkuk pembelajaran yang signifikan, kami melihat banyak peluang untuk menjalin kerjasama. Prinsip-prinsip jenama-jenama, iaitu agar bermakna, berbeza dan menonjol, menjadi semakin penting berbanding sebelum ini."
Paro Banerjee mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam industri pemahaman, mencakupi India dan Malaysia. Baru-baru ini, beliau telah memegang jawatan Ketua Pegawai Pelanggan untuk bahagian Pemahaman Kantar di Malaysia. Beliau merupakan seorang pemimpin industri terkenal dan ketika ini merupakan Presiden Marketing Research Society of Malaysia (MRSM).
Paro berkata: "Saya amat gembira memimpin pasukan kami di Malaysia untuk membantu pelanggan mencari peluang baharu menerusi tingkah laku pengguna yang berubah-ubah di rantau ini. Sama ada melalui aliran kerja semasa atau melombong kekayaan data yang telahpun dimiliki oleh mereka melalui lensa yang berbeza, ini merupakan titik perubahan yang signifikan untuk rantau kami. Saya berasa sangat gembira kerana berupaya untuk membentuk peringkat perjalanan kami yang seterusnya."
Mengumumkan pelantikan tersebut, Katie McClintock, Pengarah Urusan, Asia Tenggara (Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, dan Vietnam) berkata: "Kepimpinan dan pengalaman Jane serta Paro akan menjadi amat penting dalam mencapai cita-cita yang diharapkan oleh kami untuk Kantar di rantau ini tatkala kami bersiap sedia untuk mencapai pertumbuhan. Saya amat gembira dapat menambah dua pemimpin luar biasa ke dalam pasukan SEA di rantau yang dinamik dengan peluang yang amat besar."
"Singapura ialah hab pelanggan yang penting untuk banyak pasaran Asia Tenggara dan dengan Jane mengambil alih tampuk pimpinan pastinya akan meningkatkan cita-cita pelanggan untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan serantau. Jane ialah seorang pemimpin luar biasa yang berjaya memimpin pertumbuhan Jenama kami di Singapura sejak beberapa tahun yang lalu dan amat dihormati oleh semua pelanggan kami. Saya berasa gembira kerana kami berupaya untuk memanfaatkan pencapaian beliau yang penting dari segi pemahaman dan perundingan jenama dalam seluruh pasaran Asia sejak beberapa tahun yang lalu," tambah McClintock.
Beliau menambah: "Paro telah bersama Kantar di India dan Malaysia selama bertahun-tahun dan kedalaman ilmunya akan meningkatkan lagi komitmen kami untuk memberi impak yang luas kepada pelanggan kami. Susulan jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Pelanggan di Kantar, Malaysia, beliau memahami selok-belok tentang industri ini dan berpengalaman dalam cabaran dan peluang yang dihadapi oleh pelanggan kami. Beliau memiliki daya kreativiti dan pengalaman untuk membawa strategi komersial kami ke tahap seterusnya."
"Bermula dengan memahami peralihan pasaran asas hinggalah pakar-pakar perunding, jenama dan inovasi kami yang bertumpukan masa depan serta pakar-pakar kreatif dan media kami yang dapat menawarkan nasihat tentang kuasa komunikasi jenama merentas kesemua saluran bagi memaksimumkan ROI pemasaran, pasukan Asia Tenggara kami menawarkan kedalaman kepakaran yang tiada tandingan."
Kedua-dua pelantikan berkuat kuasa serta-merta. Jane ditempatkan di Singapura manakala Paro ditempatkan di Malaysia.
Latar Belakang Kantar: Kantar ialah syarikat data pemasaran dan analitik yang terkemuka di dunia. Kami mempunyai pemahaman yang lengkap, unik dan menyeluruh tentang cara manusia berfikir, merasa dan bertindak; di peringkat global dan tempatan dalam lebih 90 pasaran. Dengan menggabungkan kepakaran mendalam kakitangan kami, sumber data dan penanda aras kami serta analitik dan teknologi kami yang inovatif, kami membantu pelanggan kami memahami orang ramai dan memberi inspirasi bagi mencapai pertumbuhan. www.kantar.com