omniture

DELHIWOOD 2023 - MEMBAWA ERA BAHARU KEPADA INDUSTRI PEMBUATAN PERABOT DAN PERTUKANGAN KAYU INDIA

NuernbergMesse India Private Limited
2023-01-31 19:46

Selepas 4 tahun, syarikat-syarikat utama daripada segmen pembuatan perabot dan pertukangan kayu akan berkumpul di DELHIWOOD 2023 mulai 2 hingga 5 Mac di India Expo Mart, Greater Noida (DELHI NCR).

Edisi 2023 DELHIWOOD ini dianjurkan oleh NuernbergMesse India akan menyaksikan penyertaan daripada lebih 600 buah jenama dari lebih 37 buah negara dan lebih 10 buah astaka negara.

NOIDA, India, 31 Januari 2023 /PRNewswire/ -- 

PENERAJUAN EVOLUSI INDUSTRI PERTUKANGAN KAYU INDIA

Permintaan terhadap perabot kayu di India telah meningkat berlipat ganda. India merupakan pengeluar perabot yang kelima terbesar dan pengguna perabot yang keempat terbesar di peringkat global. Pasaran ini bernilai $17.4 bilion pada tahun kewangan 2021 dan diramalkan akan mencecah $37.7 bilion menjelang tahun 2026.

Luigi De Vito, Presiden Eumabois (Persekutuan Pengeluar Jentera Pertukangan Kayu Eropah) yang juga Pengurus Besar Kumpulan SCM dan Pengarah Bahagian Perkayuan SCM optimistik dengan skop pasaran dan Industri India, "India mempunyai kedudukan yang baik dalam pasaran Asia, malah ia memiliki teknologi, bakat serta permintaan. Oleh itu, secara keseluruhannya adalah berbaloi untuk melabur di India apabila melihat potensi besar yang ditawarkan oleh negara ini".

Sebagai sebuah forum perkongsian pengetahuan, DELHIWOOD akan menampilkan pelbagai seminar tentang trend dan inovasi terkini yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan Industri yang terkemuka serta program peningkatan Kemahiran yang dianjurkan oleh Majlis Kemahiran Perabot & Kelengkapan India.

Para pengunjung termasuk pengeluar perabot, pengeluar dapur, kilang papan, pengeluar papan, pengeluar kelengkapan dan komponen, peniaga, arkitek, pembina dan pereka dalaman boleh menantikan teknologi, bahan dan inovasi terkini sepanjang acara selama empat hari tersebut.

Edisi kedua 'Wood in Architecture and Design' - persidangan selama sehari yang akan berlangsung pada 3 Mac ini akan meneroka melalui perbincangan panel, pembentangan pakar dan kajian kes yang menarik tentang penggunaan kayu sebagai bahan binaan. https://w-a-d.in/

INDIA MATTRESSTECH + UPHOLSTERY SUPPLIES EXPO atau Ekspo Bekalan Teknologi Tilam + Upholsteri India yang dianjurkan secara serentak akan mempamerkan teknologi terkini bagi bekalan dan jentera pengeluaran tilam, bekalan dan jentera kemasan tilam, peralatan dan perkakasan pengeluaran, teknologi pengeluaran upholsteri, sistem katil, bahan baharu dan lain-lain.

Maklumat lanjut tentang acara tersebut boleh didapati di https://www.delhi-wood.com/, http://www.indiamattressexpo.com/ 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

Pameran:
Pradeep Kumar Gopal
Pengarah Portfolio
E: pradeepkumar.gopal@nm-india.com 
T: +91-8046748888

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1991811/DW_IME_NM_Logo.jpg?p=medium600

Source: NuernbergMesse India Private Limited
Keywords: Furniture & Furnishings Household/Consumer/Cosmetics Trade show news