omniture

Zurich Insurance mengetuai pengumpulan dana SIRI B untuk teknologi insurans siber global, BOXX Insurance

BOXX Insurance
2023-01-31 20:55

TORONTO, 31 Januari 2023 /PRNewswire/ -- BOXX Insurance, syarikat teknologi insurans yang beribu pejabat di Toronto yang menggabungkan perkhidmatan insurans dan keselamatan siber, mengumumkan pusingan pembiayaan Siri B bernilai AS$14.4 juta, menjadikan jumlah keseluruhan yang diperoleh daripada para pelabur kepada AS$24.5 juta dalam tempoh 16 bulan yang lalu. Pelaburan terbaharu ini diterajui oleh syarikat gergasi global, Zurich Insurance Company Ltd (Zurich).


BOXX hari ini turut mengumumkan bahawa perniagaannya telah mencapai matlamat gabungan untuk berkembang sehingga 10 kali ganda dalam tempoh 24 bulan yang lalu sambil terus mengatasi sasaran penajajaminannya. Lebih 250,000 individu dan 10,000 syarikat perniagaan dilindungi oleh BOXX.

"Matlamat kami adalah untuk sentiasa membantu pelanggan kami kekal mendahului ancaman siber di samping sentiasa bersedia bagi membantu bertindak balas dan melakukan pemulihan apabila berlakunya sesuatu insiden," kata Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BOXX, Vishal Kundi. "Kami telah mencapai pelbagai kemajuan dengan perkhidmatan ini serta mengembangkan kategori tambahan."

Pada bulan Oktober, BOXX mengambil alih platform keselamatan Siber Templarbit dan telah memulakan penyepaduan perisian risikan ancamannya ke dalam rangkaian produk dan rangka kerja penajajaminannya.

Sepanjang tahun 2022, syarikat ini telah melancarkan Hackbusters Incident Response miliknya, iaitu perkhidmatan CISO maya untuk perniagaan dan penyelesaian aplikasi mudah alih baharu untuk pengguna, selain menguji beberapa inisiatif berasaskan keselamatan yang baharu.

"Kami bukan sahaja melihat lebih ramai pelanggan insurans siber kami yang sedia ada menambah produk keselamatan kami, malah turut melihat pelanggan baharu yang tertarik dengan produk dan perkhidmatan keselamatan terkini kami," kata Kundi.


Misi BOXX untuk menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih selamat secara digital telah mendorong kehadirannya yang diperluas ke seluruh Amerika Utara dan pasaran terpilih lain yang berpotensi untuk berkembang. BOXX meningkatkan bilangan pekerjanya daripada 5 kepada 36 orang pada tahun lepas.

Selain mengembangkan pasukan pasaran bersasar dan menambah produk baharunya, BOXX juga telah menaik taraf platform dan alat penajajaminannya termasuk penyepaduan pihak ketiga.

"Kami telah melihat betapa sukarnya membina penyelesaian insurans siber bagi segmen perniagaan kecil dan pengguna – ia amat mahal dan memerlukan kepakaran teknikal yang mendalam untuk kekal berada di hadapan. BOXX menangani cabaran ini dengan jelas, bersungguh-sungguh serta dengan pemahaman yang mendalam tentang apa yang diperlukan oleh para pelanggan dan penasihat risiko mereka," kata Jack Howell, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Global Ventures. "Membantu pelanggan dengan memberikan penyelesaian digital yang inovatif dan menerapkannya ke dalam perjalanan mereka adalah perkara yang penting. Saya kagum melihat bagaimana mudahnya BOXX menangani cabaran global yang begitu kompleks ini."

Tentang BOXX Insurance

BOXX Insurance Inc. membantu perniagaan, individu dan keluarga menjamin dan mempertahankan diri daripada ancaman siber. BOXX Insurance Inc. ialah sebuah syarikat milik persendirian dengan ibu pejabatnya di Toronto, Kanada. Visi BOXX adalah untuk membantu perniagaan, individu dan keluarga sentiasa mendahului, bertindak balas dan pulih daripada ancaman siber dengan mengutamakan keselamatan digital mereka terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.boxxinsurance.com


Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1992374/BOXX_Insurance_Zurich_Insurance_leads_SERIES_B_fundraise_for_glo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1992372/BOXX_Insurance_Zurich_Insurance_leads_SERIES_B_fundraise_for_glo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1992371/BOXX_Insurance_Zurich_Insurance_leads_SERIES_B_fundraise_for_glo.jpg?p=medium600

Hubungan Media: alex.tomaszewski@boxxinsurance.com

Source: BOXX Insurance
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security Insurance