omniture

Nobu Hospitality Mengumumkan Pelancaran Hotel, Restoran dan Kediaman Nobu di Pulau Al Marjan Yang Mengukuhkan Kehadiran Serantaunya

NOBU HOSPITALITY
2023-01-31 22:21

NEW YORK, 31 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Nobu Hospitality, jenama gaya hidup mewah yang diasaskan oleh Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper, telah menandatangani perjanjian pengurusan dengan Enevoria Development FZ-LLC untuk membangunkan Hotel, Restoran dan Kediaman Nobu di Pulau Al Marjan, Ras Al Khaimah. Ini merupakan pembangunan hotel dan kediaman kedua jenama tersebut di UAE selepas pengumuman pembangunan di Abu Dhabi pada akhir tahun 2022.

Hotel, Restoran dan Kediaman Nobu akan terletak di Pulau Al Marjan yang bersih, menawarkan lebih daripada 7.8 km pantai yang belum terusik dan pemandangan dermaga Teluk Arab yang menakjubkan. Hotel Nobu dan Restoran Nobu juga akan merangkumi kemudahan spa dan pusat kecergasan, kolam renang serta kelab tepi pantai Nobu. Sama ada sebagai kediaman atau lokasi percutian, hartanah ini juga bakal membentuk komuniti pantai dengan gaya hidup mewah dengan memperkenalkan 300 kediaman Nobu berjenama yang menawarkan manfaat eksklusif kepada para penghuni Nobu.

Ras Al Khaimah ialah Emiriyah paling utara yang kaya dengan budaya dan sejarah selama 7,000 tahun dan terletak 45 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ras Al Khaimah. Emiriyah tersebut sedang menjalani transformasi pelancongan dan kehidupan dengan pembangunan penting yang sedang giat dijalankan. Terkenal dengan suasana damai dan santai serta aktiviti-aktiviti rekreasi luar yang tiada henti, destinasi ini merupakan satu destinasi percutian yang dialu-alukan untuk para pelancong serta penduduk serantau dan antarabangsa.

Evgeniy Yakubovskiy, Pengurus Besar Enevoria Development FZ-LLC berkata, "Sebagai pemaju hartanah mewah, kami gembira dapat bekerjasama dengan salah satu jenama hospitaliti mewah global yang terkemuka dan paling pesat berkembang di Pulau Al Marjan. Kerjasama kami dengan Nobu Hospitality akan memainkan peranan penting dalam mewujudkan hartanah antarabangsa istimewa yang memastikan gaya hidup yang sempurna yang merupakan bahagian penting dalam falsafah jenama kami dan mercu tanda gaya Nobu yang menggabungkan fungsi yang sempurna dengan penyelesaian reka bentuk yang menakjubkan serta keanggunan minimalistik estetik."

Trevor Horwell, Ketua Pegawai Eksekutif Nobu Hospitality mengulas, "Kami sangat teruja untuk meneruskan perkembangan kami di UAE dan visi untuk Pulau Al Marjan dan Ras Al Khaimah adalah sejajar dengan jenama Nobu. Pesona Pulau Al Marjan merupakan suasana yang ideal untuk para tetamu kami dan dalam membangunkan sebuah komuniti yang mencari destinasi gaya hidup dan pengalaman yang asli. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Enevoria dalam pembangunan yang menarik ini dan berharap dapat memperkenalkan Nobu Pulau Al Marjan kepada para tetamu dan penghuni pulau ini."

www.nobuhotels.com/almarjanisland

Signing ceremony for Enevoria, Al Marjan, and Nobu Hospitality, sitting from left to right: Tariq Bsharat - Director of Strategy & Business Development at Marjan, Chef Nobu Matsuhisa - Founder & Partner at Nobu Hospitality, Abdulla Al Abdouli – CEO at Marjan, and Marina Rudneva – Managing Partner of Enevoria Development
Signing ceremony for Enevoria, Al Marjan, and Nobu Hospitality, sitting from left to right: Tariq Bsharat - Director of Strategy & Business Development at Marjan, Chef Nobu Matsuhisa - Founder & Partner at Nobu Hospitality, Abdulla Al Abdouli – CEO at Marjan, and Marina Rudneva – Managing Partner of Enevoria Development

 

Signing Ceremony Enevoria, Al Marjan, and Nobu Hospitality, left to right: Tariq Bsharat -Director of Strategy & Business Development at Marjan, Meir Teper - Founder and Partner at Nobu Hospitality, Chef Nobu Matsuhisa - Founder and Partner at Nobu Hospitality, Abdulla Al Abdouli - CEO at Marjan, Marina Rudneva - Managing Partner of Enevoria Development
Signing Ceremony Enevoria, Al Marjan, and Nobu Hospitality, left to right: Tariq Bsharat -Director of Strategy & Business Development at Marjan, Meir Teper - Founder and Partner at Nobu Hospitality, Chef Nobu Matsuhisa - Founder and Partner at Nobu Hospitality, Abdulla Al Abdouli - CEO at Marjan, Marina Rudneva - Managing Partner of Enevoria Development

Video - https://www.youtube.com/watch?v=IPwieE3cvz8
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1992613/Marjan_Nobu_Signing_sitting.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1992614/Marjan_Nobu_Signing_standing.jpg?p=medium600

Source: NOBU HOSPITALITY
Keywords: Hotels and Resorts Real Estate Restaurants Retail Travel Corporate Expansion