![]() |
LinkedIn kini menawarkan sumber dengan potongan harga dan percuma kepada organisasi bukan untung di seluruh dunia melalui LinkedIn for Nonprofits
SUNNYVALE, California, 31 Januari 2023 /PRNewswire/ -- LinkedIn, sebuah rangkaian profesional yang terbesar di dunia, hari ini melancarkan Hab Sumber dalam talian secara percuma untuk organisasi bukan untung melalui program LinkedIn for Nonprofits bagi membantu organisasi bukan untung menggunakan platform LinkedIn dengan sebaiknya — termasuk cara menggunakan Acara dan Lintas Langsung LinkedIn, surat berita, artikel, Kumpulan dan banyak lagi. Hab Sumber yang ditawarkan hari ini dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan Sepanyol merupakan sumber percuma pertama yang berkaliber ini yang pernah diwujudkan untuk membantu komuniti organisasi bukan untung meneruskan misi mereka di LinkedIn.
"Sebagai sebuah syarikat yang dikhususkan untuk membantu mewujudkan akses yang saksama kepada peluang, pengetahuan dan idea, LinkedIn for Nonprofits membantu organisasi bukan untung memajukan misi dan meningkatkan impak mereka melalui platform LinkedIn kami," ujar Meg Garlinghouse, Naib Presiden Impak Sosial LinkedIn. "Kami mengambil langkah yang besar untuk mengurangkan halangan kemasukan yang mungkin dihadapi oleh organisasi bukan untung. Dan sebaik sahaja mereka berada di platform ini, ia menyediakan sumber kepada mereka untuk menggunakan sepenuhnya semua keupayaan LinkedIn dan meningkatkan suara dan jangkauan mereka di LinkedIn."
Menurut penyelidikan LinkedIn, hanya 19% daripada organisasi bukan untung di LinkedIn berasa yakin bahawa mereka menggunakan platform ini pada potensi penuhnya. Kebanyakan organisasi ini kekurangan sumber untuk memanfaatkan sepenuhnya LinkedIn tanpa bantuan. Hakikat ini telah mendorong kepada penciptaan LinkedIn for Nonprofits yang sejak pelancarannya pada tahun 2013, telah berkembang untuk menyokong beratus-ratus ribu orang profesional daripada organisasi bukan untung di lebih 200 buah negara. Ini termasuk produk dengan potongan harga dan sumbangan di seluruh rangkaian Bakat, Pengumpulan Dana dan Pembelajaran LinkedIn, sebuah pasukan sokongan khusus dan akses kepada komuniti organisasi bukan untung di seluruh dunia.
"LinkedIn telah menjadi senjata rahsia kami dalam perjuangan terhadap kebaikan sosial," ujar Shelton Banks, Ketua Pegawai Eksekutif re:WORK TRAINING. "Di antara penyelesaian jualan dan pasukan sokongan organisasi bukan untung yang khusus, kami telah dapat melantik sekumpulan sukarelawan dan menggerakkan pasukan penderma. Kami teruja kerana dapat menyaksikan LinkedIn melancarkan Hab Sumber untuk organisasi bukan untung dan kami tidak sabar untuk melihat kesannya terhadap sektor ini."
Sehingga hari ini, sebagai penambahan kepada potongan harga sebanyak 50% pada tawaran produk LinkedIn, Hab Sumber LinkedIn for Nonprofits akan menjadi destinasi untuk para profesional organisasi bukan untung global mengakses sumber dalam talian secara percuma, termasuk sebuah koleksi panduan dan amalan terbaik. Hab Sumber ini juga akan merangkumi sokongan tersuai melalui webinar secara langsung dan sesi "Tanya Sebarang Soalan Kepada Saya" melalui kerjasama dengan pasukan Ahli dan Kejayaan Pelanggan LinkedIn untuk menjawab soalan individu daripada para profesional organisasi bukan untung dalam masa nyata serta membantu organisasi bukan untung membina jenama dan mengembangkan impak mereka dengan menggunakan LinkedIn. Semua kandungan akan disesuaikan bagi menangani kebimbangan utama organisasi bukan untung, termasuk pengumpulan dana dan menarik bakat, sukarelawan dan penderma.
Sebuah tinjauan LinkedIn 2023 yang baharu tentang para profesional organisasi bukan untung di seluruh dunia mendedahkan bahawa mencari penderma baharu merupakan cabaran yang paling biasa dihadapi oleh para profesional organisasi bukan untung pada masa ini apabila ia berkaitan dengan pengumpulan dana. Lebih 63% daripada para profesional organisasi bukan untung bersetuju bahawa mereka telah menggunakan LinkedIn untuk berjaya berhubung dengan penderma yang berpotensi dan 64% daripada mereka bersetuju bahawa individu yang mereka ingin berhubung bagi mengumpul wang untuk organisasi mereka, berada di LinkedIn.
"LinkedIn percaya bahawa organisasi bukan untung yang berjaya telah dibangunkan berdasarkan komuniti yang aktif dan asas bagi setiap organisasi yang berjaya ialah individu yang menyokongnya — bakat, penderma, sukarelawan, peserta program dan penyokongnya yang membentuk sebuah rangkaian impak yang hebat," kata Ariana Younai, Ketua LinkedIn for Nonprofits. "Itulah sebabnya kami memulakan LinkedIn for Nonprofits — untuk membantu organisasi bukan untung menjalinkan lebih banyak hubungan yang mereka perlukan pada skala besar supaya mereka boleh mencapai matlamat mereka. Pelancaran Hab Sumber kami yang baharu ini merupakan satu lagi langkah yang kami ambil untuk merealisasikannya."
Tentang LinkedIn
LinkedIn menghubungkan para profesional di dunia untuk menjadikan mereka lebih produktif dan berjaya serta mengubah cara syarikat melantik, memasar, menjual dan belajar. Wawasan kami adalah untuk mewujudkan peluang ekonomi bagi setiap ahli tenaga kerja global. LinkedIn memiliki lebih 900 juta orang ahli dan mempunyai pejabat-pejabat di seluruh dunia.
Tentang LinkedIn for Nonprofits
LinkedIn for Nonprofits menawarkan kepada organisasi bukan untung dengan akses kepada sumber dalam talian secara percuma, cara-cara untuk berhubung dengan komuniti organisasi bukan untung dan keupayaan untuk membeli produk LinkedIn dengan potongan harga supaya mereka boleh mendorong misi mereka ke hadapan. Ia dilakukan dengan 1) mendidik para profesional organisasi bukan untung di LinkedIn dan produknya melalui sumber percuma, acara pendidikan dan sebuah pasukan sokongan yang khusus, 2) menawarkan potongan harga yang besar pada produk Bakat, Pembelajaran dan Pengumpulan Dana LinkedIn kepada organisasi yang layak dan 3) memupuk komuniti organisasi bukan untung global di LinkedIn melalui kandungan khusus organisasi bukan untung, Kumpulan dan acara Lintas Langsung LinkedIn.
Hubungan Media:
Simone Bell
simobell@linkedin.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1992494/Large_Use_CMYK_Blue_LI_for_Nonprofits_Logo.jpg?p=medium600