omniture

Cybertrust Japan Menyepadukan Kekunci Peribadi Pengkomputeran Kuantum yang Diperkukuh daripada Quantinuum ke dalam Platform Pengesahan IoT Baharu

Quantinuum
2023-01-31 23:34

Pihak berkuasa sijil komersial pertama di Jepun ini menggabungkan penyelesaian Quantum Origin daripada Quantinuum untuk mengukuhkan perlindungan keselamatan peranti IoT terhadap ancaman semasa dan akan datang

CAMBRIDGE, England dan BROOMFIELD, Colorado, 31 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Quantinuum, sebuah syarikat pengkomputeran kuantum bersepadu yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa Cybertrust Japan Co., Ltd., pihak berkuasa sijil yang terkemuka di Jepun telah menyepadukan kekunci peribadi pengkomputeran kuantum yang diperkukuh iaitu Quantum Origin miliknya ke dalam platform pengeluaran dan pengedaran sijil baharu untuk peranti IoT bagi memastikan komunikasi yang selamat pada masa kini dan masa hadapan.

Infrastruktur pengesahan baharu daripada Cybertrust Japan untuk pengeluaran dan pengedaran sijil bervolum tinggi dan berkelajuan tinggi bagi jumlah peranti IoT yang besar serta merangkumi algoritma kriptografi pascakuantum (PQC) yang dipilih oleh NIST.  Pihak berkuasa sijil ini terus melindungi peranti daripada ancaman semasa dan semakin maju dengan menggabungkan penyelesaian Quantum Origin Quantinuum yang merupakan satu-satunya penyelesaian kriptografi yang memanfaatkan kehebatan komputer kuantum untuk menjana kekunci pengkomputeran kuantum yang diperkukuh.

"Dengan menyepadukan Quantum Origin, ia meyakinkan para pelanggan kami bahawa mereka boleh membangunkan penyelesaian berasaskan IoT yang inovatif pada platform yang mereka boleh percayai untuk memberikan kepantasan dan keselamatan yang lebih tinggi, termasuk sokongan algoritma pascakuantum. Hasilnya, para pelanggan dan rakan kongsi boleh menggunakan dan menjual perkhidmatan pensijilan kami dengan selamat untuk jangka panjang," kata Yasutoshi Magara, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Cybertrust Japan. "Kami ingin mempromosikan aktiviti yang bertujuan mewujudkan masyarakat yang selamat dan terjamin bersama-sama dengan Quantinuum."

Peranti IoT kebiasaannya menggunakan sijil untuk mengesahkan sambungannya kepada peranti atau rangkaian lain bagi membuktikan bahawa ia adalah peranti yang dipercayai. Cabaran dalam menyediakan dan menguruskan sijil di seluruh peranti ini adalah kompleks disebabkan jumlah peranti yang cuba bersambung ke rangkaian dan keperluan untuk memberikan akses yang pantas kepada data.  Langkah-langkah keselamatan perlu kukuh serta turut membolehkan komunikasi masa nyata. 

"Cybertrust Japan dan Quantinuum telah menunjukkan bahawa penyelesaian berasaskan pengkomputeran kuantum yang maju seperti Quantum Origin boleh disepadukan dengan lancar ke dalam infrastruktur pengesahan bagi mengukuhkan penjanaan kekunci dan sijil. Cybertrust Japan merupakan penyedia pensijilan yang pertama di dunia yang menyokong kekunci pengkomputeran kuantum yang diperkukuh dengan menggunakan Quantum Origin," kata Duncan Jones, Ketua Keselamatan Siber Quantinuum. "Apabila penggunaan peranti IoT meningkat, syarikat-syarikat hendaklah memastikan bahawa peranti mereka mempunyai perlindungan yang canggih terhadap serangan siber yang semakin maju yang mengancam aset dan data mereka yang paling berharga. Quantum Origin menjadi satu-satunya penyelesaian di dunia yang menyediakan kekunci penyulitan yang dijana oleh komputer kuantum yang memberikan keupayaan yang tiada tandingan kepada para pelanggan untuk mengukuhkan langkah-langkah keselamatan sedia ada dan mengurangkan risiko dedahan terhadap serangan berasaskan penyulitan yang canggih."

Secure IoT Platform daripada Cybertrust Japan melindungi peranti akhir sepanjang keseluruhan kitaran hayat produk yang meliputi daripada reka bentuk semikonduktor, pelaksanaan hinggalah pelupusan peranti tersebut. Secure IoT Platform menghasilkan sijil keselamatan proses pembuatan bagi melindungi perkakasan yang menjadikan proses pembuatan boleh dikesan dan menyediakan jaminan kecacatan jangka panjang. Produk ini juga merangkumi platform pengurusan untuk peranti bagi membolehkan kemas kini OS dan perisian yang selamat selain menjamin data yang dihasilkan dan dihantar oleh peranti.

Tentang Cybertrust Japan 

Sebagai pihak berkuasa sijil komersial pertama di Jepun, Cybertrust Japan menyediakan perkhidmatan pengesahan dan keselamatan serta perkhidmatan Linux/OSS untuk domain di premis, awan dan tertanam dengan menggunakan teknologi kernel MIRACLE LINUX dan pengetahuan perisian sumber terbuka (OSS). Dengan menggabungkan teknologi ini dengan kepakaran keselamatan yang mendalam, syarikat ini turut menggalakkan perkhidmatan yang menyokong perkhidmatan pelanggan boleh dipercayai dengan membuktikan ketepatan "manusia serta perkara yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat" untuk IoT dan bidang-bidang canggih yang lain. Cybertrust Japan komited untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang selamat dan terjamin dengan teknologi yang sangat khusus dan neutral untuk infrastruktur IT.

Tentang Quantinuum 

Quantinuum ialah syarikat pengkomputeran kuantum bersepadu terbesar di dunia yang ditubuhkan melalui gabungan perkakasan Honeywell Quantum Solutions yang terkemuka di dunia dengan aplikasi dan perisian tengah Cambridge Quantum yang menjadi peneraju dalam kategorinya. Quantinuum yang diterajui sains dan dipacu perusahaan, mempercepatkan pengkomputeran kuantum dan pembangunan aplikasi di seluruh bidang kimia, keselamatan siber, kewangan dan pengoptimuman. Tumpuan Quantinuum adalah untuk mewujudkan penyelesaian kuantum komersial dan boleh dipertingkatkan bagi menyelesaikan masalah paling mendesak di dunia dalam bidang seperti tenaga, logistik, perubahan iklim dan kesihatan. Quantinuum mempunyai lebih 480 orang pekerja termasuk 350 orang saintis di sembilan buah lokasi di AS, Eropah dan Jepun.

Source: Quantinuum
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications