omniture

Penyelesaian Pemprosesan Dokumen Pintar Parascript, FormXtra.AI 8.4, menunjukkan penambahbaikan yang signifikan apabila automasi pengekstrakan data yang kompleks dilakukan.

Parascript, LLC
2023-02-01 15:26

LONGMONT, Colorado, 1 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Parascript, sebuah syarikat perisian dengan lebih 25 tahun pengalaman dalam pengekstrakan data, telah mengeluarkan versi baharu penyelesaian Pemprosesan Dokumen Pintar (IDP), FormXtra.AI 8.4. Versi baharu ini menambah sokongan dalam pelbagai bahasa untuk pengecaman tulisan tangan bebas kandungan dalam bahasa Perancis, Jerman, Sepanyol dan Portugis; iaitu sokongan jadual bersarang untuk pengecaman dan pengekstrakan data yang lebih baik dalam jadual yang kompleks; serta memberikan penambahbaikan yang signifikan kepada pengecaman aksara pintar (ICR) halaman penuh, medan boleh latih berdasarkan algoritma pemprosesan bahasa semula jadi (NLP) dan pencarian medan tandatangan dinamik untuk dokumen yang tidak berstruktur.

"Versi 8.4 merupakan kemajuan yang besar bagi FormXtra.AI. Pasukan R&D kami telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan untuk meningkatkan ketepatan dan kecekapan apabila mengautomasikan pengekstrakan data daripada dokumen lama yang sukar untuk diautomasi. Kami teruja untuk melihat tahap ketepatan yang boleh dicapai pada dokumen yang merangkumi gabungan tulisan tangan dan cetakan mesin serta jadual yang kompleks." – kata Dawn Wood, Naib Presiden Jualan.

FormXtra.AI ialah perisian IDP utama Parascript yang dibina berdasarkan perisian FormXtra asal dengan peningkatan yang dilakukan menggunakan trend dan pendekatan paling inovatif yang ada pada pembelajaran mendalam dan pemprosesan bahasa semula jadi. FormXtra.AI mempunyai tahap kesejagatan yang tinggi yang membolehkan perisian ini mengklasifikasi dan mengekstrak data dalam sebarang jenis dokumen walaupun berbeza format, gaya teks dan kerumitan.

Sokongan Pelbagai Bahasa 

FormXtra.AI 8.4 kini menyediakan pembacaan tanpa konteks bagi sebarang jenis teks tulisan tangan untuk pelbagai bahasa berasaskan aksara Latin dan Cyrillic yang lebih luas berbanding sebelum ini. Pengekstrakan data tanpa perbendaharaan kata kini tersedia untuk dokumen yang ditulis dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Rusia, Sepanyol dan Portugis.

Penambahbaikan ICR Halaman Penuh 

Mengautomasikan pengekstrakan halaman penuh bagi data tulisan tangan dan cetakan mesin dengan tahap ketepatan yang tinggi adalah rumit, namun kini tugas automasi yang kompleks ini lebih mudah diakses. Dalam FormXtra.AI 8.4, pasukan pembangunan Parascript telah menambah baik teknologi ICR proprietarinya untuk mencapai prestasi yang lebih baik apabila mengenal pasti dan mengekstrak data halaman penuh. Keupayaan pengekstrakan halaman penuh ini dilengkapkan lagi dengan kecerdasan buatan untuk menambah ketepatan dari semasa ke semasa.

Sokongan Jadual Bersarang 

Penyelesaian inovatif ini membolehkan FormXtra.AI 8.4 mengautomasikan pengekstrakan data sepenuhnya daripada jadual yang kompleks, termasuk jadual dengan struktur yang tidak teratur dan jadual yang bersarang di dalam jadual. Ia sedia untuk digunakan pada sebarang jenis dokumen (berstruktur, separa berstruktur dan tidak berstruktur) dan keupayaan pelaksanaannya yang luas menjadikan ciri ini satu keupayaan sejagat yang boleh digunakan dalam kebanyakan aplikasi dan industri.

Medan Boleh Latih

FormXtra.AI 8.4 merangkumi keupayaan yang dipertingkatkan apabila mencari dan mengekstrak perenggan teks dalam dokumen yang mempunyai makna serupa dengan makna perenggan yang digunakan untuk latihan. Keupayaan ini mengguna pakai pendekatan teknologi NLP proprietari yang boleh dilatih dengan cekap pada set sampel yang terhad (3 hingga 50). Dengan menggunakan teknologi NLP ini, perisian ini boleh menyelesaikan tugas-tugas yang mencabar dengan cekap seperti mengekstrak terma kontrak utama dalam dokumen undang-undang, mengekstrak entiti yang dinamakan dalam dokumen tidak berstruktur, mencari perenggan yang berkaitan dengan keterangan undang-undang harta dalam kontrak, menyediakan analisis sentimen dan banyak lagi.

Parascript

Perisian Parascript memberikan penjimatan kepada syarikat melebihi $1 bilion setiap tahun. Perisian Parascript yang canggih menggabungkan teknologi AI proprietari untuk menyediakan penyelesaian perolehan data yang kukuh yang dapat memberikan ketepatan pada tahap tertinggi semasa dokumen diproses. Dengan lebih tiga dekad pengalaman menggunakan AI untuk menyelesaikan masalah yang kompleks, Parascript dapat mengautomasikan proses berorientasikan dokumen dalam format berstruktur, separa berstruktur dan tidak berstruktur, sekali gus mengurangkan penglibatan manusia secara drastik. Parascript telah mengautomasikan industri pos, gadai janji, pemprosesan pembayaran dan beratus-ratus proses lain.

HUBUNGAN: Maria Komiyama, maria.komiyama@parascript.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1962748/Parascript_Logo_Vertical_Logo.jpg?p=medium600

Source: Parascript, LLC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics