omniture

SABUY memenangi Global Brand Awards ke-10

Global Brands Publications Limited
2023-02-01 16:14 0

SABUY Technology telah dianugerahkan 'Penyedia Penyelesaian dan Teknologi Pembayaran Terbaik di Thailand' untuk tahun 2022. Majlis penganugerahan ini telah berlangsung pada 10 Disember lepas di Palm Jumeirah - Waldorf Astoria di Dubai.

LONDON, 1 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Global Brand Awards merupakan sebuah acara tahunan yang dianjurkan oleh Global Brands Magazine (GBM), sebuah penerbitan antarabangsa yang beribu pejabat di UK. Global Brand Awards bermatlamat untuk mengiktiraf dan memberi anugerah kepada syarikat dan peneraju industri atas prestasi mereka yang luar biasa. Berdasarkan beberapa kriteria penilaian yang merangkumi pemasaran, penjenamaan, sokongan pelanggan dan perkembangan perniagaan, SABUY telah menunjukkan prestasi yang baik dari segi kepuasan pelanggan.

Mengulas tentang SABUY Technology  yang memenangi anugerah tersebut, Jay Reddy (Pengarah) daripada Global Brands Magazine berkata, "Industri Teknologi Kewangan telah menyaksikan kejayaan yang besar di seluruh dunia dan salah sebuah kisah kejayaan industri tersebut ialah SABUY Technology.  Usaha mereka untuk menjadikan transaksi perbankan dan kewangan lebih mudah bagi rakyat Thailand merupakan satu usaha yang benar-benar luar biasa."

Mengulas tentang kemenangan anugerah tersebut, En. Chookiat Rujanapornpaje, Ketua Pegawai Eksekutif SABUY Technology Public Company Limited berkata, "Bersempena dengan majlis ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Global Brand Awards kerana menganugerahkan Global Brand Award kepada SABUY Technology, terutamanya dalam melihat potensi yang telah dicapai oleh kami. Kami merupakan syarikat teknologi kewangan yang paling pesat berkembang di Thailand yang memberi tumpuan kepada pembayaran dan penyelesaian untuk para pedagang kecil dan pengguna mengakses khidmat pembayaran di seluruh negara. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Global Brand Award 2022 sekali lagi; kami berbesar hati kerana memperoleh anugerah yang terbilang ini."

Tentang SABUY Technology Public Company Limited

SABUY TECHNOLOGY PUBLIC COMPANY LIMITED telah diasaskan oleh para pemilik berketurunan Thai – yang memulakan perniagaan dengan mesin tambah nilai dalam talian. Selepas itu, syarikat ini terus mengembangkan bidang perniagaan dengan matlamat untuk menjadi peneraju teknologi kewangan di Thailand, dengan ekosistem kami sendiri yang praktikal yang memenuhi keperluan pasaran Thai.

Tentang Global Brands Magazine (England)

Global Brands Magazine (GBM) merupakan pelopor industri yang membawakan berita, pandangan dan pendapat tentang jenama yang membentuk masa depan industri mereka. Majalah yang berpangkalan di UK ini menyediakan berita dan maklumat terkini tentang jenama "terbaik" kepada para pembaca. 

Tentang Global Brand Awards 

Global Brand Awards memberi penghormatan kepada jenama atas kecemerlangan prestasi mereka dan memberi anugerah kepada syarikat atas kualiti perkhidmatan mereka. Brand Awards ini menyerlahkan pencapaian organisasi yang telah menunjukkan prestasi yang amat baik dalam industri masing-masing.

Pautan ke Siaran Media Sosial kami:

Facebook: https://bit.ly/3XPH74s
Linkedin: https://bit.ly/3WQBWjz
Twitter: https://bit.ly/3kY9PS4
Instagram: https://bit.ly/3Yai63K

Logo:  https://mma.prnasia.com/media2/1764747/GBM_2022_Logo.jpg?p=medium600

Source: Global Brands Publications Limited
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Magazines Publishing/Information Service Awards Financial Technology