omniture

Tau mengakhiri pusingan pelaburan siri-B bernilai €9 juta bagi meningkatkan pengeluaran e-mobiliti

TAU Group
2023-02-01 22:43 0

Pusingan yang diketuai oleh Solvay Ventures ini turut disertai oleh para pelabur sedia ada termasuk Finindus dan berjalan secara serentak dengan kejayaan komersial yang diperolehi Tau daripada para pelanggan automotif

TURIN, Itali dan BERLIN, 1 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi, Tau telah mengakhiri pusingan pelaburan siri-B dengan mengumpul dana bernilai €9 juta dengan Solvay Ventures sebagai pelabur utama. Selain Solvay Ventures, ia turut disertai oleh para pemegang saham sedia ada termasuk Finindus yang berpangkalan di Belgium dan merupakan sebuah syarikat usaha sama ArcelorMittal dengan Wilayah Flemish serta pengurusan dan individu persendirian.

 

Tau telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pembekal inovatif kepada industri automotif dengan menetapkan piawaian global baharu dalam belitan dawai untuk e-mobiliti. Belitan dawainya memenuhi permintaan industri terhadap motor elektrik generasi seterusnya dengan pengurangan jejak karbon, menggunakan sumber yang lebih rendah serta menambah baik kecekapan, jarak dan masa pengecasan semula kenderaan elektrik terutamanya melalui ketahanan yang unggul terhadap nyahcas separa dan menampung voltan sebanyak 800V dan lebih tinggi.

Baru-baru ini, Tau telah meraih suatu pencapaian komersial yang penting apabila produk dawainya telah melengkapkan proses pengesahan yang teliti bagi beberapa pembekal automotif OEM dan Peringkat 1 di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Pada masa ini, syarikat tersebut sedang meningkatkan kapasiti, menyediakan kelebihan daya saing serta-merta kepada pengguna awal dan sedang menyediakan pengeluaran belitan dawai yang neutral karbon pada skala industri di Itali dengan matlamat untuk memulakan penghantaran ke seluruh dunia menjelang tahun 2024.

"Melalui penggunaan polimer khusus, teknologi inovatif Tau membolehkan penghasilan motor elektrik berprestasi tinggi yang menjadi kunci dalam mempercepat penggunaan kenderaan elektrik", kata Peter Vanlaeke, Rakan Kongsi Solvay Ventures.

"Kami gembira kerana dapat menambah Solvay Ventures sebagai salah satu pelabur utama kami ketika kami bergerak ke fasa baharu perniagaan kami ini. Memperkukuhkan hubungan antara bahagian-bahagian yang berbeza dalam rantaian nilai adalah penting untuk membantu mempercepat penyelesaian seperti belitan dawai Tau dan kesannya terhadap peralihan tenaga", kata Francesco Taiariol, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas Bersama Tau.

"Sejak pelaburan awal kami pada pertengahan tahun 2021, kami telah menyaksikan kemajuan teknologi canggih ini yang cemerlang ke arah pembuatan perindustrian berskala penuh dan penerimaan pasaran oleh syarikat automotif utama yang terkenal di dunia. Kami gembira atas penyertaan Solvay Ventures - yang menambah lebih banyak pandangan - bagi memperkukuh rangkaian kami dan melengkapkan pelabur utama yang sedia ada", kata Hans Maenhout, Pengarah Pelaburan Finindus.

Tentang Tau 

Tau ialah sebuah syarikat teknologi yang menjadi teras kepada peralihan tenaga, penyahkarbonan tenaga dan pengelektrikan pengangkutan. Teknologinya yang dipatenkan menyelaraskan keperluan pembuatan yang lestari, meminimumkan sumber dengan kuasa, kebolehpercayaan dan prestasi yang diperlukan oleh proses pengelektrikan untuk menghasilkan motor, transformer dan generator yang lebih kecil, hijau, tahan lama dan lebih berkuasa. Tau memberi tumpuan kepada salutan perlindungan yang prihatin dengan pelepasan karbon untuk dawai kuprum, aluminium dan keluli yang biasa dan berprestasi tinggi.

Sila layari www.tau.group atau ikuti Tau di Twitter dan LinkedIn

Tentang Solvay Ventures 

Solvay Ventures ialah dana Modal Usaha Niaga Solvay. Solvay Ventures melabur dalam teknologi rintis bagi inovasi model perniagaan, peranti dan bahan canggih. Solvay Ventures yang beroperasi sejak tahun 2005, kini sedang melakukan pelaburan dengan menggunakan dana berterusan global yang bernilai €80 juta. Solvay Ventures menyasarkan peluang pelaburan peringkat awal (Peringkat Permulaan hingga Siri B) dengan memberi tumpuan terhadap syarikat pemula yang menangani penggunaan sumber, peralihan tenaga, peningkatan kesejahteraan dan era digital yang lebih baik. Selain daripada modal, Solvay Ventures turut berusaha untuk memanfaatkan sumber di Solvay bagi membantu dalam mempercepat penerimagunaan teknologi dan pasaran.

Sila layari www.solvay.com/en/innovation/solvay-ventures atau ikuti Solvay di LinkedIn 

Tentang Finindus

Finindus ialah sebuah syarikat pelaburan yang berpangkalan di Belgium dan dibiayai oleh ArcelorMittal dan Wilayah Flemish serta mempunyai kaitan dengan OCAS, sebuah pusat penyelidikan logam bertaraf dunia yang mempunyai kampus di Zelzate dan Zwijnaarde (Belgium). Finindus menyediakan pembiayaan peringkat awal dan pertumbuhan (secara ekuiti dan hutang) kepada syarikat teknologi inovatif yang aktif dalam bidang bahan (termasuk pemprosesan bahan), pembuatan lestari dan industri 4.0. Finindus melabur di seluruh Eropah dengan menjadikan Flanders sebagai pangkalan dan pusat terbaik, malah turut melabur di seluruh dunia untuk memperoleh peluang pelaburan dalam teknologi yang menjadi keutamaan domain teras kami serta selaras dengan kepentingan strategik dan bidang kepakaran para pemegang saham kami.

Sila layari www.findindus.be atau ikuti Finindus di LinkedIn

Hubungan: Elizaveta Shlenskaia, press@tau.group, +39 (329) 142-4549

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1993608/Tau_Group_Logo.jpg?p=medium600

Source: TAU Group
Keywords: Alternative Energies Auto Chemical Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Financing agreements Venture Capital