omniture

Arab Saudi Menangi Hak Penganjuran Piala Asia AFC 2027

Saudi Arabian Football Federation
2023-02-01 22:59 0

RIYADH, Arab Saudi, 1 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Buat kali pertama dalam sejarah gemilang mereka, Arab Saudi telah mendapat hak untuk menganjurkan kejohanan lelaki paling berprestij di Asia iaitu Piala Asia™ AFC 2027 pada Kongress ke-33 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Bahrain hari ini, Rabu 1 Februari.

From left to right, AFC President Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa; Minister of Sport HRH Prince Abdul Aziz bin Turki Al-Faisal, and SAFF President Yasser Al-Misehal
From left to right, AFC President Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa; Minister of Sport HRH Prince Abdul Aziz bin Turki Al-Faisal, and SAFF President Yasser Al-Misehal

 

Arab Saudi telah menikmati kejayaan menjadi johan sebanyak tiga kali dalam pertandingan ini pada tahun 1984, 1988 dan 1996.

Selepas pengumuman dibuat, Menteri Sukan dan juga pengerusi Olimpik & Paralimpik Arab Saudi iaitu HRH Putera Abdul Aziz bin Turki Al-Faisal berkata: "Kami begitu terharu dan teruja untuk menjadi tuan rumah Piala Asia™ AFC 2027. Kami komited untuk menganjurkan pertandingan hebat yang akan diingati penyokong, tetapi juga untuk mengembangkan sukan bolasepak di rantau Asia melalui platform dan peluang-peluang baru.

"Penganjuran acara sukan besar dan bolasepak khususnya, merupakan aspek penting dalam transformasi Visi 2030 negara kami untuk mengalakkan lebih penyertaan. Saya pasti kejohanan ini akan menjadi inspirasi untuk anak-anak muda seluruh negara untuk mengambil bahagian dalam sukan dan mengimpikan untuk mewakili negara mereka suatu hari nanti.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembidaan ini dalam beberapa tahun ini untuk mereliasasikan detik bersejarah ini. Penyokong bolasepak Arab Saudi merupakan penyokong tegar pembidaan ini dari mulanya, dan saya yakin dengan semangat bolasepak mereka serta keramahan unik mereka akan menjadikan Piala Asia™ AFC 2027 sesuatu yang amat istimewa.

Yasser AlMisehal, Presiden Persatuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF) turut meluahkan rasa berterima kasih ke atas pimpinan negara yang diketuai HRH Raja Salman dan HRH Putera Mahkota Mohammed Bin Salman atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka.

AlMisehal berkata: "Kami negara yang mencintakan bolasepak dan Piala Asia™ adalah kejohanan yang begitu bermakna buat kami. Ia merupakan kejohanan dimana bolasepak Arab Saudi telah mengecapi antara kejayaan terbesar. Kami ingin meluahkan rasa berterima kasih kepada setiap ahli gabungan AFC untuk kepercayaan mereka.

"Kami berharap untuk membalas kepercayaan itu dengan menjayakan edisi paling berjaya dalam kejohanan terulung ini. Kami tidak sabar untuk mengalukan penyokong dari seluruh rantau ini untuk turut berkongsi semangat kami bagi sukan tercinta ini, disamping menikmati kepelbagaian budaya dan bandar-bandar negara kami."

Turut meluahkan keterujaan beliau ke atas detik bersejarah ini adalah bekas bintang bolasepak Arab Saudi serta johan dua kali Piala Asia™ Mohamed Abduljawad yang berkata: "Ini adalah impian kami untuk mengalukan Piala Asia™ ke Arab Saudi. Penyokong kami akan mencipta suasana mengagumkan sepertimana yang mereka telah lakukan sebelum ini.

"Saya yakin pelawat dari seluruh Asia akan menikmati keramahan Arab Saudi. Keterujaan untuk kejohanan ini telahpun bermula, dan kami akan bersedia untuk menganjurkan pertandingan yang tidak akan dilupakan."

Kejohanan ini akan menjadi pentas bakat-bakat paling menyerlah seluruh Asia, dengan fasa kelayakan yang akan bermula dari Oktober 2023.

Sebagai tuan rumah, Arab Saudi berjanji untuk fokus kepada:

  • Penubuhan program untuk bekerjasama dengan ahli gabungan AFC bagi memastikan peluang baru dan sama rata buat semua
  • Memberi sokongan buat perkembangan bolasepak remaja, dan seterusnya melahirkan bakat generasi baru sukan ini

Kongress ke-33 AFC menerima pembentangan pembidaan Arab Saudi untuk menganjurkan kejohanan ini pada 2027. Pembentangan tersebut diketuai oleh HRH Putera Abdul Aziz bin Turki Al-Faisal ketika beliau mengalukan kehadiran delegasi dari seluruh Asia dan mengutamakan kesediaan negara itu untuk menganjurkan Piala Asia™ AFC dengan berjayanya.

Pembentangan itu turut menyaksikan kehadiran En. Ibrahim Alkassim, Setiausaha Agung SAFF serta bekas pemain negara Arab Saudi Mohammed Abduljawad. Mereka berdua membentangkan visi jelas legasi yang kejohanan ini akan menyediakan bagi membantu pembangunan dan perkembangan bolasepak di Asia.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1994077/Saudi_Arabian_Football_Federation.jpg?p=medium600

Source: Saudi Arabian Football Federation
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports