omniture

Pusat Beli-Belah Harbour City Anjur Pameran Seni Eko-awam "Cracking Art" di Hong Kong Buat Julung Kalinya

Harbour City Estates Limited
2023-02-02 15:51 60

HONG KONG, 2 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Harbour City, pusat membeli-belah terbesar Hong Kong, bekerjasama dengan Cracking Art group Itali yang terkenal bagi menganjurkan pameran seni Eko-awam sulungnya di Hong Kong sempena ulang tahun ke-30nya. Bermula sekarang hingga 28 Februari 2023, 90 arca haiwan yang diperbuat daripada plastik jana semula dipamerkan merentas 8 lokasi yang berbeza di Harbour City, di kawasan tertutup dan kawasan luar. Pemasangan yang ceria ini pastinya menyinari pusat membeli-belah yang sibuk ini.

Arca haiwan Cracking Art diperbuat daripada plastik jana semula di Pusat Beli-Belah Harbour City
Arca haiwan Cracking Art diperbuat daripada plastik jana semula di Pusat Beli-Belah Harbour City

Meletakkan arca haiwan yang menggamit perhatian di ruang bandar yang tidak dijangkakan, Cracking Art bermatlamat untuk membangkitkan perhatian orang ramai terhadap hubungan erat antara alam semula jadi dan plastik buatan melalui seni awam dan menginspirasikan perbualan dalam seluruh komuniti tentang kepentingan kelestarian dan pemuliharaan alam sekitar. Cracking Art telah menganjurkan pameran di lebih 300 bandar berpengaruh di serata dunia termasuk New York Central Park, Duomo di Milano, Four Seasons Hotel di Florence dan Xintiandi di Shanghai. Artis-artis telah mencipta 14 jenis arca haiwan dalam koleksi mereka, dengan setiap spesies dipilih atas simbolismenya yang kukuh tentang spesies itu sendiri dan hubungannya dengan alam semula jadi. Lapan daripadanya dipaparkan dalam pameran ini, termasuk Beagle, yang merupakan baka anjing malang yang telah dipilih untuk ujian haiwan; Penguin, yang telah menjadi penderita yang besar akibat pemanasan global; Crocodile dan Sea Turtle, yang merupakan dua makhluk tertua di Bumi.

Selain daripada pertembungan yang tidak dijangkakan bersama Rabbit, Elephant, Penguin, Beagle, European Cat, Sea Turtle, Bear dan Crocodile oleh Cracking Art di Harbour City, para pengunjung dialu-alukan untuk mencetak Poskad Foto Diperibadikan yang eksklusif secara PERCUMA.

Bagi meneruskan misi Cracking Art Group untuk meminimumkan bahan buangan dan mengurangkan impak terhadap alam sekitar, arca tersebut akan dikembalikan selepas pameran dan akan dipamerkan di bandar-bandar lain.

Pertanyaan Pelanggan: (852) 2118 8623 / www.harbourcity.com.hk #HarbourCity #CrackingArt #HCart @harbourcity @crackingart

Muat turun Siaran & Foto: https://www.dropbox.com/sh/mcmgsuxi59c61z9/AADHazVEWeTObXD1kbLsW0Sha?dl=0

Penguin berwarna pelangi di dek balai cerap menikmati pemandangan Victoria Harbour yang mengagumkan
Penguin berwarna pelangi di dek balai cerap menikmati pemandangan Victoria Harbour yang mengagumkan

Para pengunjung dialu-alukan untuk berinteraksi dengan arca haiwan yang ceria di tempat fotogenik yang berbeza.
Para pengunjung dialu-alukan untuk berinteraksi dengan arca haiwan yang ceria di tempat fotogenik yang berbeza.

Source: Harbour City Estates Limited
Keywords: Art Commercial Real Estate Entertainment Real Estate Future Events