omniture

Prestasi Modul JA Solar Dalam Persekitaran Ekstrem Mendapat Pensijilan Pusat Pensijilan Kualiti China

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2014-02-11 22:04 122

-- JA Solar merupakan syarikat tenaga suria pertama yang menerima pensijilan tersebut daripada CQC

SHANGHAI, 11 Februari 2014 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "Syarikat"), salah satu daripada pengeluar terbesar di dunia bagi produk tenaga suria berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan prestasi modul suria Syarikat tersebut dalam persekitaran ekstrem telah mendapat pensijilan daripada Pusat Pensijilan Kualiti China ("CQC") yang merupakan badan pensijilan profesional terbesar di China. JA Solar juga merupakan pengeluar produk suria pertama yang berjaya menerima akreditasi CQC ini.

Sebagai sebahagian daripada proses pensijilan, modul JA Solar telah diuji keandalan dan ketahanannya di bawah suhu tinggi dalam keadaan kering dan juga lembap serta dalam keadaan seperti yang biasa didapati di altitud tinggi. Ujian tersebut, yang telah berjaya memenuhi dan juga melepasi standard Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa dalam keadaan tertentu telah membuktikan modul Syarikat tersebut terus menunjukkan prestasi yang baik dalam setiap keadaan persekitaran ini.

Pensijilan CQC merupakan akreditasi kualiti terkini yang dianugerahkan kepada JA Solar. Produk Syarikat ini juga telah menerima pelbagai pensijilan kualiti, setelah berjaya melepasi ujian Thresher TUV SUD, ujian kakisan sulfur dioksida dan kakisan kabut garam TUV NORD, ujian kakisan ammonia, ujian kakisan debu dan pasir serta ujian yang lain.

"Kami amat berbangga dapat menjadi pengeluar suria pertama yang berjaya melepasi ujian yang ketat ini bagi membuktikan lagi ketahanan unggul modul JA Solar dan juga kebolehan pasukan penyelidikan dan pembangunan kami," kata En. Yong Liu, ketua pegawai operasi JA Solar. "Pensijilan ini memberikan keyakinan kepada para pelanggan kami yang modul JA Solar mampu menyediakan prestasi yang andal walaupun dalam keadaan persekitaran yang ekstrem."

Latar Belakang Pusat Pensijilan Kualiti China

Pusat Pensijilan Kualiti China ("CQC") merupakan badan pensijilan profesional di bawah Kumpulan Pensijilan & Pemeriksaan China yang mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Awam Negeri bagi menjalankan pensijilan, pemeriksaan serta penyeliaan kualiti di China. Sebagai badan pensijilan profesional terbesar di China, bidang kuasa CQC merangkumi pensijilan produk dan sistem pengurusan serta perkhidmatan latihan pensijilan termasuk yang melibatkan pemuliharaan tenaga dan juga air serta perlindungan terhadap alam sekitar.

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards Conservation/Recycling