omniture

Kanser Peparu Tahap Empat Bebas Kanser Selama 10 Tahun Selepas Menjalani Rawatan Kanser Alternatif Bukan Toksik

The Issels Foundation
2014-02-11 23:07 300

-- Kanser peparu yang berulang memberi respon terhadap Imunoterapi Bersepadu

SCOTTSDALE, Arizona, 11 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Kanser peparu ialah punca kematian berkaitan kanser yang paling biasa seluruh dunia, dengan kanser peparu sel kecil sangat malignan mempunyai prognosis yang terburuk. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kemunculan imunoterapi telah memberi harapan baharu kepada penghidap kanser.

Bagi melihat aset multimedia yang berkaitan dengan siaran ini, sila lawati http://www.multivu.com/mnr/65511-issels-integrative-immunotherapy-non-toxic-treatment-lung-cancer

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140211/MM56889 )

Walaupun beberapa pusat kanser yang menerajui baru sahaja memperkenalkan imunoterapi, Issels sudah pun menjadi peneraju Imunoterapi Bersepadu selama puluhan tahun.

Pada tahun 1951, Dr. Josef M. Issels, MD telah menubuhkan hospital pertama dunia dengan pengkhususan dalam onkologi bersepadu berdasarkan imunoterapi bersepadu. Beliau berjaya mencapai remisi kanser rintang terapi standard lengkap bagi jangka panjang yang direkodkan. Disebabkan kepakaran beliau, Dr. Issels telah dijemput bagi berkhidmat sebagai ahli pakar untuk Suruhanjaya Kerajaan Persekutuan Jerman bagi Perjuangan Memerangi Kanser mulai tahun 1981 sehingga beliau bersara pada tahun 1987.

Imunoterapi Bersepadu Issels berbeza secara ketara berbanding pemberian vaksin biasa daripada segi penyepaduan vaksin kanser autologus khusus, seperti Vaksin Sel Dendrit, serta Sel yang Diaktifkan Limfokina (LAK) autologus dan juga Sel Pembunuh Semula Jadi (NK) autologus yang diaktifkan, yang berfungsi pada peringkat sel sistem imun, menjadi rawatan teras imunobiologi menyeluruh yang bertindak terhadap persekitaran mikro tumor itu. Strategi Issels ini mempertingkatkan mekanisme pertahanan tubuh yang kompleks, memperkuatkan keberkesanan vaksin serta terapi sel, seperti yang dilihat dalam kes Jim Gibson.

Pada bulan Mac 2003, Jim Gibson memulakan Imunoterapi Bersepadu Issels bukan toksik termasuk vaksin sel dendrit untuk kanser peparu sel kecil berulang yang dihidapi beliau, yang merupakan jenis kanser peparu yang paling membawa maut. Selepas menjalani Imunoterapi Issels secara eksklusif selama 4 minggu, beliau mencapai remisi tumor lengkap dan masih bebas kanser serta masih aktif 10 tahun selepas itu tanpa sebarang terapi standard.

Nicole Tupper menggambarkan pengalaman beliau hanya dengan menggunakan rawatan teras Imunobiologi Issels untuk adenokarsinoma metastatik terhadap apendiks yang beliau hidapi: "Saya menemui Issels sebagai jalan terakhir. Apabila saya datang ke sini, saya begitu tenat...selepas itu tiba-tiba saya mula menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Dalam ultrabunyi terakhir saya, tumor saya yang sepanjang 12 sentimeter sudah hilang sepenuhnya serta tumor abdomen saya yang lain mengecil sehingga tinggal kurang daripada separuh."

Nicole menjalani rawatan teras imunobiologi Issels di kemudahan pesakit luar A.S. Issels, tempat pesakit juga boleh menerima terapi kanser yang disasarkan secara genetik dan canggih.

Pasukan perubatan Issels membawakan kepakaran selama puluhan tahun dalam menyediakan program imunoterapi menyeluruh yang begitu tersuai khusus. Vaksin dan terapi sel dijalankan di kemudahan paling moden dalam rangkaian hospital swasta terbesar yang terdiri daripada 22 hospital di Mexico, yang memenuhi standard A.S. dan antarabangsa yang tertinggi. Ia merupakan satu-satunya hospital khidmat penuh di Mexico yang menawarkan perubatan bersepadu.

Lawati laman web Issels di www.issels.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang program rawatan Issels serta kemudahannya, atau tonton lebih banyak video testimonial pesakit.

Source: The Issels Foundation
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Broadcast feed announcements