omniture

Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Menganjurkan Perhimpunan Agung kali ke-2 di Riyadh

The Digital Cooperation Organization (DCO)
2023-02-02 21:08

RIYADH, Arab Saudi, 2 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Organisasi Kerjasama Digital (DCO) akan menganjurkan Perhimpunan Agung kali ke-2 di Riyadh, Arab Saudi pada 5 Februari yang bakal menghimpunkan Negara Anggota DCO bagi membincangkan tentang hala tuju strategik dan inisiatif untuk mendayakan kemakmuran digital semua negara. Menteri-menteri yang mewakili 13 buah negara anggota DCO, bersama-sama dengan perwakilan peringkat atasan dari kalangan pemerhati DCO serta wakil-wakil dari negara jemputan dan organisasi antarabangsa akan berkumpul pada Perhimpunan Agung ini bagi membincangkan status ekonomi digital dan cabaran yang dihadapi oleh semua negara dalam mencapai pertumbuhan dan pembangunan digital global yang saksama.

Perhimpunan Agung kali ke-2 ini merupakan pertemuan empat mata yang pertama bagi negara-negara anggota DCO, menandakan kemajuan setelah dua tahun organisasi antarabangsa ini ditubuhkan untuk membantu mencapai kemakmuran dan pertumbuhan sosial melalui usaha yang digabungkan bagi memajukan dan merangsang minat dalam ekonomi digital.

Deemah AlYahya, Setiausaha Agung DCO berkata: "Teknologi Digital mempunyai potensi yang besar untuk mengubah ekonomi dan memperkasakan kumpulan masyarakat, termasuk golongan wanita dan para usahawan dengan peluang-peluang baharu, lebih-lebih lagi apabila 70% daripada nilai baharu yang dicipta dalam ekonomi global sepanjang dekad akan datang bakal didasari oleh platform didayakan digital, maka amat penting untuk semua negara memiliki keupayaan yang sama agar mereka dapat memanfaatkan kuasa pendigitalan dalam mencapai matlamat masing-masing. DCO telah ditubuhkan untuk mempercepat transformasi digital melalui kerjasama dan perkongsian pengetahuan antara semua pihak berkepentingan yang akan memperkasakan negara anggotanya dalam membangunkan strategi dan program bagi memacu pembangunan digital negara masing-masing serta mengambil bahagian dalam ekonomi digital global."

Dengan fokusnya terhadap pemerkasaan golongan belia, wanita dan usahawan, dan dengan memanfaatkan kuasa ekonomi digital yang pantas serta pertumbuhan yang dipacu inovasi, DCO merupakan sebuah organisasi multilateral global yang ditubuhkan pada bulan November 2020 dan beribu pejabat di Riyadh dengan matlamat untuk mendayakan kemakmuran digital untuk semua melalui pertumbuhan ekonomi digital yang dipercepat dan inklusif. Tiga Belas Negara Anggota yang Menyertai DCO setakat ini – Bahrain, Cyprus, Djibouti, Gambia, Ghana, Jordan, Kuwait, Pakistan, Oman, Nigeria, Rwanda, Morocco dan Arab Saudi – serta sektor swasta, akademia dan Anggota Pemerhati NGO.

Perkembangan masa nyata daripada Perhimpunan Agung ini dan sesi penstriman terpilih boleh diakses secara langsung melalui akaun Twitter DCO (@DCOrg).

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1994202/DCO_2023_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: The Digital Cooperation Organization (DCO)
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Economic news, trends, analysis Not for profit