omniture

Sojern Memperluas Pasukan Kepimpinan Dengan Pelantikan Strategik Baharu

Sojern
2023-02-02 22:06

SAN FRANCISCO, 2 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Sojern, sebuah platform pemasaran digital terkemuka yang dibina untuk perjalanan, hari ini mengumumkan pengembangan pasukan kepemimpinannya dengan pelantikan strategik baharu. Pelantikan baharu ini berlaku ketika banyak syarikat teknologi yang berdepan dengan cabaran pasaran. Dengan pemulihan industri pelancongan yang sedang dijalankan, perniagaan Sojern menyokong jenama pelancongan yang sepadan dengan permintaan pasaran—memberi tumpuan kepada bidang tertentu seperti hotel dan destinasi sambil melabur dalam teknologi dan para pekerja. Pelantikan baharu termasuk: Preeya Patel, Naib Presiden Sumber Manusia dan Stephen Fitzgerald, Naib Presiden Hotel Amerika Utara.

"Di Sojern, kami terus melabur dalam aset terbesar kami, para pekerja kami dan saya teruja untuk mengalu-alukan pelantikan baharu kami dan pengalaman yang mereka bawa," kata Mark Rabe, Ketua Pegawai Eksekutif. "Kami mempunyai pekerja yang telah bersama-sama dengan kami sejak hari pertama yang menjadi bukti budaya syarikat kami. Sambil kami terus berkembang, kami berbangga dapat melabur dalam pertumbuhan pasukan kami. Pelantikan ini mencerminkan beberapa bidang yang kami melabur pada tahun 2023 dan seterusnya—pekerja, teknologi, hotel dan destinasi." 

Latar belakang pelantikan pegawai kanan baharu:

  • Preeya Patel , Naib Presiden, Pekerja - Patel akan memimpin fungsi kakitangan global termasuk pengambilalihan dan pembangunan bakat, strategi dan operasi pekerja, ganjaran dan pengiktirafan, budaya dan keterangkuman serta pengalaman keseluruhan di tempat kerja. Sebelum menyertai Sojern, beliau memegang jawatan kepimpinan di syarikat teknologi global, swasta dan terkenal termasuk Confluent, Quotient Technology dan Honeywell. Di Confluent, beliau merupakan sebahagian daripada pasukan kepemimpinan yang meningkatkan perniagaan melalui IPO, berkembang daripada 480 kepada lebih 2,500 orang pekerja. Preeya merupakan pemegang enam bidang kelayakan dan merupakan siswazah daripada W.P. Carey School of Business di Arizona State University.
  • Stephen Fitzgerald , Naib Presiden Hotel - Fitzgerald akan mengetuai bidang perniagaan hotel Sojern di Amerika dan Amerika Latin. Kepakaran beliau merangkumi semua aspek pengedaran hotel daripada perspektif langsung dan pihak ketiga, dengan jawatan pengurusan kanan beliau di syarikat jenama, pemilik/pengendali, pemasaran digital dan teknologi perjalanan. Sebelum menyertai Sojern, beliau memegang jawatan kepimpinan dengan Sabre, Travelocity, Hilton dan G6 Hospitality. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi yang mengasas dan melancarkan Sabre Hospitality Solutions. Stephen kini berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah HSMAI America dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah HEDNA. Beliau merupakan graduan Universiti Texas di Dallas.

Pada tahun lepas, Sojern meraikan pengalaman selama 15 tahun yang dikhususkan untuk industri pelancongan. Sebagai tindak balas kepada landskap digital yang sentiasa berubah, Sojern telah membangunkan Platform Pemasaran Perjalanan Sojern. Dengan wawasan pertumbuhan Sojern, pelantikan baharu ini akan terus menyokong pasukan global yang semakin berkembang sebagai platform pemasaran perjalanan nombor 1.

Syarikat tersebut juga berbesar hati untuk menghidupkan lima nilai terasnya termasuk Menerima Keterangkuman dan Mengecap Kejayaan Sebagai Sebuah Pasukan. Majlis DEI akan terus memberi tumpuan untuk mencapai matlamatnya dalam membina Sojern yang lebih pelbagai, saksama dan inklusif. Untuk maklumat lanjut tentang Sojern dan bagaimana anda boleh menyertai pasukan global kami, sila layari https://www.sojern.com/careers.

Tentang Sojern

Sojern  ialah sebuah platform pemasaran digital terkemuka yang dibangunkan untuk pemasar pelancongan. Didayakan oleh kecerdasan buatan dan data hasrat pelancong, Sojern menyediakan penyelesaian pemasaran pelbagai saluran untuk memacu permintaan secara terus. Lebih 10,000 hotel, tarikan, lembaga pelancongan dan pemasar pelancongan bergantung pada Sojern setiap tahun untuk menarik dan mempengaruhi para pelancong di seluruh dunia.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/249299/sojern_logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Sojern
Keywords: Advertising Computer/Electronics Travel Personnel announcements