omniture

Satu Lagi Paras Tertinggi Mencatat Rekod: Penghantaran TV Hisense Mencapai Kedudukan No.1 pada Disember 2022 dalam Pasaran Global

Hisense
2023-02-03 15:08 171

QINGDAO, China, 3 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, AVC Revo, sebuah institut penyelidikan pasaran, mengeluarkan "Laporan Bulanan 2022 bagi Jumlah Penghantaran TV Global Jenama-jenama TV". Ia menunjukkan bahawa jumlah penghantaran global bagi TV Hisense dalam Disember 2022 mencecah 2.326 juta, seterusnya meraih kedudukan pertama dalam pasaran global. Hisense telah mencapai satu lagi paras tertinggi mencatat rekod selepas ia menduduki tempat kedua bagi penghantaran TV global dari Januari hingga Oktober pada tahun 2022.

Selain itu, menurut data yang dikeluarkan oleh AVC Revo, penghantaran global TV Hisense dalam tahun 2022 telah merampas tempat kedua di peringkat global manakala bahagian pasarannya mencecah 12.06%. Penghantaran luar negara bagi TV Hisense meningkat 12.2% berbanding tahun sebelumnya, lantas menyaksikan pertumbuhan pesat di Eropah, Jepun dan pasaran-pasaran baru muncul.

Dalam FIFA World Cup 2022TM baru-baru ini, Hisense, selaku Penaja Rasmi, telah menarik perhatian menerusi papan perimeter LEDnya "Hisense TV, China's No.1, World's No.2" ("TV Hisense, No.1 China, No.2 Dunia"). Catatan rekod tersebut turut menunjukkan bahawa Hisense sentiasa komited tanpa henti untuk menyampaikan lebih banyak penyelesaian premium dan memberi keseronokan peringkat seterusnya kepada pelanggan.

Latar Belakang Hisense

Hisense beribu pejabat di Qingdao, China. Sejak 54 tahun yang lalu, Hisense sentiasa berpegang kepada nilai-nilai teras iaitu "Integriti, Inovasi, Tumpuan Pelanggan dan Kelestarian" serta strategi pembangunan "Asas Teknologi yang Bagus dan Operasi yang Mantap". Perniagaan ini meliputi bidang-bidang termasuk industri multimedia, perkakas rumah, maklumat pintar IT dan perkhidmatan moden. Dengan pembangunan yang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perniagaan Hisense diperluaskan ke lebih daripada 160 negara dan wilayah. TV Pintar, yang merupakan teras perniagaan B2C Hisense, sentiasa berada di barisan hadapan dalam industri global. Selain B2C, Hisense turut berada di kedudukan utama global dalam industri-industri B2B termasuk Pengangkutan Pintar, Perubatan Jitu dan Komunikasi Optik.

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 OTC:HNKLY Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards