![]() |
Siri festival baharu Corona ini menampilkan kelestarian, pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan serta destinasi global ikonik sebagai agenda utamanya
LONDON, 3 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, Corona, sebuah jenama global AB InBev, mengumumkan Jelajah Dunia Festival Matahari Terbenam Corona 2023, satu siri festival pengalaman yang dikhususkan untuk menghubungkan orang ramai dengan alam semula jadi melalui aktiviti melihat matahari terbenam. Festival ini akan menampilkan pengalaman yang diilhamkan daripada keindahan suasana matahari terbenam yang mengagumkan.
Beribu-ribu pengunjung akan dapat menikmati perayaan ini di seluruh dunia yang akan bermula di Afrika Selatan pada 1 April, diikuti dengan Chile, Peru, Colombia, Jepun, Itali, Kanada, China, Greece, Brazil, Republik Dominika, India dan banyak lagi. Festival Matahari Terbenam Corona ini akan berlangsung dalam suasana semula jadi lokasi luar yang ikonik seperti pantai Goa di India dan pantai Okinawa di Jepun, bukan di lokasi acara tradisional. Setiap destinasi dipilih agar para pengunjung dapat menikmati suasana semula jadi di kawasan ini dan mereka akan diberikan tempat paling strategik untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang paling menakjubkan di dunia yang akan menjadi acara kemuncak festival ini pada waktu petang.
Kelestarian akan dijadikan agenda utama bagi seluruh Jelajah Dunia Festival Matahari Terbenam Corona ini. Para hadirin akan dapat berinteraksi dengan NGO dan pakar kelestarian terkemuka yang akan berkongsi amalan terbaik serta mengilhamkan tindakan dan cara hidup yang lebih lestari dalam komuniti ini. Seterusnya, dalam usaha Corona untuk menganjurkan suatu sambutan yang positif, ia akan turut menguruskan semua sisa secara bertanggungjawab dan menghapuskan plastik sekali guna sepanjang jelajah ini diadakan. Selain itu, setiap hentian dalam jelajah ini akan menampilkan persembahan muzik langsung yang terpilih serta aktiviti kesenian dan pengalaman kulinari mesra alam yang bertujuan untuk mendekatkan lagi para hadirin dengan alam semula jadi. Memandangkan setiap pengalaman festival adalah unik berdasarkan lokasi masing-masing, Corona bekerjasama dengan vendor dan artis tempatan untuk memastikan keindahan dan pemeliharaan alam sekitar sentiasa terjaga.
"Sebagai sebuah jenama yang berasal dari tepi pantai, kami percaya kepada kuasa pemulihan yang didapati daripada detik-detik dalam kehidupan anda yang sibuk yang diluangkan untuk menikmati suasana matahari terbenam," kata Felipe Ambra, Naib Presiden Corona Global. "Dengan adanya festival ini, kami berharap kecintaan kami kepada alam semula jadi dapat dikongsikan dengan menjadikan para pengunjung lebih peka terhadap persekitaran mereka dan semoga ini memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi ejen perubahan yang positif dalam komuniti masing-masing. Ini merupakan festival pengalaman baharu yang dilakukan mengikut cara Corona. Dengan penganjuran jelajah ini, kami berharap agar kerehatan dan kesegaran yang diberikan oleh alam semula jadi kepada kita dapat diperkukuhkan sambil berusaha untuk menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik."
Bagi memenuhi hasrat jenama untuk melindungi alam semula jadi yang indah ini, Corona bekerjasama dengan rakan kongsi bukan berkeuntungan, Oceanic Global, untuk melaksanakan kriteria kelestarian yang komprehensif pada seluruh reka bentuk festival serta akan menilai usaha kelestarian setiap satunya berdasarkan Blue Standard NGO yang memenangi anugerah. Sebagai jenama minuman global yang pertama dengan jejak plastik sifar bersih, Jelajah Dunia Festival Matahari Terbenam Corona merupakan contoh terkini tentang cara Corona menghubungkan para pengguna dengan alam semula jadi. Susulan pelancaran Pulau Corona pada tahun 2022, Jelajah Dunia ini meneruskan komitmen untuk meraikan keindahan alam semula jadi sambil memelihara alam sekitar.
Bagi memeriahkan Jelajah Dunia Festival Matahari Terbenam Corona 2023, jenama ini bekerjasama dengan Fly South Music Group dan rakan kongsi tempatan di setiap pasaran festival untuk membina barisan penghibur yang mantap dengan pemuzik dan DJ antarabangsa yang akan membuat persembahan ketika matahari terbenam.
Untuk maklumat lanjut tentang jelajah ini, termasuk tarikh, lokasi, jualan tiket dan promosi tempatan yang akan datang di setiap pasaran yang mengambil bahagian, sila layari www.corona.com/sunsets. Sertai perbualan di Twitter @corona dan tonton sedutan di YouTube.
Hubungan
Media
Perhubungan Media AB InBev
E-mel: media.relations@ab-inbev.com
Julia Shapiro
Tel: +1 818.522.4984
E-mel: coronaglobal@allisonpr.com
Tentang Corona Global
Ditubuhkan di Mexico, Corona merupakan jenama bir yang terkemuka di negara ini. Corona Extra telah dihasilkan buat pertama kali pada tahun 1925 di Cervecería Modelo di Mexico City. Corona merupakan perintis dalam industri bir sebagai syarikat pertama yang menggunakan botol lutsinar, memaparkan ketulenan dan kualitinya yang tinggi ke seluruh dunia. Karya seni yang terdapat pada botol ini dicat untuk menyerlahkan komitmen kami terhadap kualiti pembungkusan serta warisan Mexico kami. Corona tidak lengkap tanpa adanya limau. Menambahkan ciri semula jadi, perisa dan kesegaran, limau merupakan ritual yang penting dalam menyampaikan pengalaman yang benar-benar unik bagi Corona. Jenama ini bersinonim dengan pantai dan menghargai detik-detik berada di luar rumah. Ia mengalu-alukan orang ramai untuk berhenti sejenak, berehat dan menikmati keseronokan hidup yang sederhana.
Corona mempunyai komitmen yang berterusan untuk mengurangkan penggunaan plastik. Sejak kerjasamanya dengan Parley for the Oceans pada tahun 2017, ia telah mengatasi misinya untuk melindungi 100 buah pulau sebelum tahun 2020 dan terus menjalankan usaha pembersihan global secara konsisten. |
Tentang Anheuser-Busch InBev
Anheuser-Busch InBev ialah sebuah syarikat yang didagangkan secara awam (Euronext: ABI) yang berpangkalan di Leuven, Belgium dengan penyenaraian sekunder di Mexico (MEXBOL: ANB) dan Bursa Saham Afrika Selatan (JSE: ANJH) serta dengan Resit Depositari Amerika pada Bursa Saham New York (NYSE: NID). Sebagai sebuah syarikat, kami mempunyai impian yang besar untuk mewujudkan masa depan dengan lebih banyak kegembiraan. Kami sentiasa berusaha untuk mencari cara baharu memenuhi detik-detik kehidupan, memajukan industri kami dan memberi kesan yang bermakna kepada dunia. Kami komited untuk membina jenama yang hebat dan bertahan dalam jangka masa yang panjang serta membuat bir terbaik menggunakan bahan terbaik. Kepelbagaian portfolio kami merangkumi lebih 500 jenama bir termasuk jenama global Budweiser®, Corona® dan Stella Artois®; jenama pelbagai negara Beck's®, Hoegaarden®, Leffe® dan Michelob ULTRA®; dan jenama terkemuka tempatan seperti Aguila®, Antarctica®, Bud Light®, Brahma®, Cass®, Castle®, Castle Lite®, Cristal®, Harbin®, Jupiler®, Modelo Especial®, Quilmes®, Victoria®, Sedrin® dan Skol®. Tradisi pembuatan bir kami bermula sejak lebih 600 tahun dahulu merentasi benua dan generasi. Daripada asal-usul kami di Eropah iaitu kilang pembuatan bir Den Hoorn di Leuven, Belgium. Kepada kilang pembuatan bir rintis Anheuser & Co di St. Louis, A.S. Kepada pembinaan Castle Brewery di Afrika Selatan semasa gerakan pencarian emas besar-besaran di Johannesburg. Kepada Bohemia, kilang pembuatan bir pertama di Brazil. Dengan kepelbagaian geografi serta pendedahan yang seimbang kepada pasaran maju dan membangun, kami memanfaatkan kekuatan kolektif kira-kira 169,000 orang pekerja yang berpangkalan di hampir 50 buah negara di seluruh dunia. Untuk tahun 2021, AB InBev melaporkan pendapatan bernilai USD54.3 bilion (tidak termasuk usaha sama dan ahli bersekutu). |
Penafian undang-undang
Siaran ini mengandungi "pernyataan berpandangan ke hadapan". Pernyataan ini adalah berdasarkan jangkaan dan pandangan semasa tentang peristiwa dan perkembangan masa depan pihak pengurusan AB InBev dan secara semula jadinya tertakluk kepada ketidakpastian dan perubahan keadaan. Pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung dalam siaran ini merangkumi pernyataan selain fakta sejarah dan merangkumi pernyataan yang biasanya mengandungi perkataan seperti "akan", "boleh", "harus", "percaya", "bertujuan", "harap", "jangka", "sasar", "anggar", "cenderung", "ramal" dan perkataan lain yang serupa. Semua pernyataan selain daripada pernyataan fakta sejarah merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Anda tidak seharusnya meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini, yang mencerminkan pandangan semasa pihak pengurusan AB InBev, yang tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian tentang AB InBev serta bergantung kepada pelbagai faktor yang sebahagiannya berada di luar kawalan AB InBev. Terdapat faktor-faktor penting, risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil dan keputusan sebenar berbeza secara material termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kesan pandemik COVID-19 serta ketidakpastian tentang kesan dan tempohnya serta risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan AB InBev yang dijelaskan di bawah Perkara 3.D Laporan Tahunan AB InBev pada Borang 20-F yang difailkan dengan SEC pada 18 Mac 2022. Kebanyakan daripada risiko dan ketidakpastian ini adalah, dan akan diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19 dan konflik yang sedang berlaku di Rusia dan Ukraine serta sebarang perniagaan dan suasana ekonomi global yang semakin teruk akibat peristiwa tersebut. Faktor lain yang tidak diketahui atau tidak dapat diramalkan boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini perlu dibaca bersama-sama dengan pernyataan peringatan yang disertakan di tempat lain, termasuk Borang 20-F AB InBev yang terbaharu dan laporan lain yang dilampirkan pada Borang 6-K, serta mana-mana dokumen lain yang telah didedahkan oleh AB InBev kepada umum. Mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan yang dibuat dalam komunikasi ini diperjelaskan secara menyeluruh oleh pernyataan peringatan ini dan tiada jaminan bahawa keputusan atau perkembangan sebenar yang dijangkakan oleh AB InBev akan dapat direalisasikan atau, jika sebahagiannya dapat direalisasikan sekalipun, ia akan memberi kesan atau akibat yang dijangkakan kepada AB InBev atau perniagaan atau operasinya. Kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang, AB InBev tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan secara terbuka, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa akan datang atau sebaliknya.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1994617/Corona_Sunsets_Key_Visual.jpg?p=medium600
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1994711/CORONA_SUNSETS_Trailer.mp4
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1768826/Corona_Logo.jpg?p=medium600