omniture

Copan Diagnostics Mengumumkan Perubahan Pucuk Pimpinan

COPAN Diagnostics, Inc.
2023-02-03 20:20

CARLSBAD, California, 3 Februari 2023 /PRNewswire/ -- COPAN Group mengumumkan persaraan Norman Sharples, Ketua Pegawai Eksekutif Copan Diagnostics, daripada syarikat yang beliau tubuhkan bersama-sama dengan Daniele Triva pada tahun 1994, dan juga pelantikan Fabrizio Mazzocchi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu yang akan turut menyertai Ahli Lembaga Pengarah Copan Diagnostics berkuat kuasa mulai 9 Januari 2023.

"Saya meninggalkan sebuah organisasi yang saya sayangi dan asaskan sejak awal, sebagai pekerja pertamanya yang juga mewakili anak syarikat COPAN Group Itali di Amerika. Saya berbangga dengan pencapaian kami dan pasukan kami serta kesan yang kami berikan terhadap sistem pengumpulan dan pengangkutan sampel serta Kecerdasan Buatan (AI) untuk automasi makmal penuh dalam Mikrobiologi klinikal. Saya berasa begitu istimewa dapat berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah COPAN Diagnostics selama hampir tiga dekad. Keputusan untuk meninggalkan syarikat ini adalah satu keputusan yang sangat sukar dibuat. Tumpuan saya kini adalah untuk membantu peralihan yang lancar pada tahun 2023 dan menyediakan organisasi ini untuk menyambut kedatangan pemimpin baharu," kata Sharples. 

"Dengan rasa syukur berbaur sedih, kami mengumumkan perubahan pucuk pimpinan ini. Di Amerika, dengan kerjasama Norman dan visinya, kami telah mengubah dunia pengumpulan dan pengangkutan sampel serta automasi makmal penuh dan turut melancarkan jenama ikonik seperti eSwab®, FLOQSwabs®, UTM® WASP®, WASPLab® dan PhenoMATRIX®. Norman meninggalkan warisan yang hebat, termasuk satu strategi yang menarik dan bercita-cita besar, yang akan dipacu oleh pasukan eksekutifnya yang mantap dengan barisan kakitangan berbakat di bawah kepemimpinan Ketua Pegawai Eksekutif baharu. Kami bersyukur dengan tahun-tahun indah yang dilalui bersama dalam meningkatkan COPAN kepada kedudukan yang dicapainya pada hari ini," kata Stefania Triva, Ketua Pegawai Eksekutif COPAN Group. "Kami mengalu-alukan kedatangan Fabrizio dengan penuh mesra dan bersemangat, malah kami percaya bahawa pengalaman beliau yang luas dan kaya sebagai pemimpin perniagaan dalam industri penjagaan kesihatan adalah sesuatu yang sangat berharga buat COPAN demi meneruskan komitmen kami di pasaran AS bagi mengukuhkan kerjasama kami dengan para pelanggan dan menyediakan penyelesaian yang inovatif dalam bidang pengumpulan spesimen dan automasi makmal," simpul Triva.

Fabrizio Mazzocchi membawa pengalaman global selama 30 tahun dalam sektor Penjagaan Kesihatan ke dalam jawatan baharu beliau. Beliau telah berkhidmat selama lebih 20 tahun di Merck KGaA dengan tanggungjawab yang semakin meningkat sebagai eksekutif yang mengetuai Jualan, Pemasaran, Hal Ehwal Perubatan dan Komersial di Eropah, Amerika Latin dan Amerika Syarikat. Fabrizio memulakan kerjaya profesionalnya dalam bidang R&D dan beliau memiliki Ijazah Sarjana Kimia dan Teknologi Farmaseutikal dari Universiti Milan.

"Saya berbesar hati dapat menyertai COPAN Diagnostics dan menjadi sebahagian daripada COPAN. Saya teruja untuk memimpin pasukan yang dikhususkan untuk mencipta nilai buat para pelanggan kami melalui inovasi yang berterusan bagi mencapai matlamat kami untuk membantu penyedia penjagaan kesihatan membuat keputusan klinikal terbaik demi manfaat pesakit," kata Mazzocchi. 

Tentang COPAN Diagnostics, Inc.

COPAN Diagnostics merupakan sebahagian daripada COPAN Group, pengeluar sistem pengumpulan dan pengangkutan sampel terkemuka dengan automasi makmal penuh. Pendekatan kolaboratif COPAN terhadap praanalisis telah menghasilkan FLOQSwabs®, ESwab®, UTM Universal Transport Medium®, automasi makmal termasuk WASP® dan WASPLab®. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.copanusa.com. 

Source: COPAN Diagnostics, Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements