omniture

Iyuno Membuat Pelaburan Strategik dalam Studio Alih Suara Turki Ditengah-tengah Peningkatan Selera untuk Kandungan Bahasa Tempatan

Iyuno
2023-02-03 20:22

Ak'la Kara International yang berpangkalan di Istanbul akan memperluas lagi jangkauan Iyuno di EMEA

LOS ANGELES, 3 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Iyuno, penyedia penyelesaian penyetempatan dan pengedaran media terkemuka kepada studio dan penstriman hiburan di dunia, hari ini mengumumkan pelaburan terkini syarikat dalam studio alih suara Turki Ak'la Kara International. Terma kewangan tidak didedahkan.

Iyuno Invests in Turkish Dubbing Studio Ak’la Kara International
Iyuno Invests in Turkish Dubbing Studio Ak’la Kara International

Diasaskan oleh Savaş Özdural dan Kerem Kobanbay, Ak'la Kara International yang berpangkalan di Istanbul merupakan salah sebuah studio alih suara dan sari kata berkapasiti tertinggi dan tertua di Turki untuk memberi perkhidmatan kepada para pencipta kandungan di seluruh dunia. Ak'la Kara telah menyediakan perkhidmatan bahasa untuk filem ikonik dan siri episod yang tular dari seluruh dunia kepada senarai pelanggan global termasuk Netflix, Amazon Prime Video, Discovery dan Riot Games. Ak'la Kara akan meningkatkan lagi rancangan pengembangan syarikat yang sedang dijalankan untuk membina kapasiti tambahan bagi perkhidmatan alih suara bahasa Turki.

"Dalam tempoh pertumbuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan memandangkan selera pengguna terhadap kandungan berada pada tahap tertinggi sepanjang masa, keperluan untuk pembekal rantaian bekalan tunggal adalah penting untuk strategi pengedaran pengeluar kandungan global," kata Ketua Pegawai Eksekutif Iyuno, David Lee. "Kami akan terus menyokong keperluan para pelanggan kami dalam perkhidmatan bahasa dengan mengembangkan jejak operasi kami dan kami gembira dapat meningkatkan hubungan kami dengan Ak'la Kara International."

"Kami teruja untuk meningkatkan hubungan kami dengan pasukan Iyuno," kata Pengasas Ak'la Kara International, Savaş Özdural dan Kerem Kobanbay. "Pelaburan Iyuno dalam pasaran alih suara bahasa Turki akan memberi manfaat kepada industri kerana permintaan yang terus berkembang."

Iyuno terus memberi tumpuan kepada pengembangan global, peningkatan perkhidmatan kreatif dan pelaburan dalam teknologi untuk menyediakan tawaran yang serba lengkap kepada para pelanggan dan Ak'la Kara International mewakili pasaran ke-35 di mana Iyuno akan mempunyai kehadiran

TENTANG IYUNO 

Iyuno (iyuno.com) ialah penyedia perkhidmatan penyetempatan terkemuka dalam industri media dan hiburan. Sebagai rakan kongsi global yang dipercayai oleh studio hiburan, platform penstriman dan pencipta di seluruh dunia, ia menawarkan perkhidmatan penyetempatan serba lengkap – daripada perkhidmatan alih suara, sari kata dan akses kepada pengurusan media, transformasi dan perkhidmatan pengedaran – dalam lebih 100 bahasa untuk setiap jenis platform edaran kandungan. Legasi kolektif selama 75 tahun syarikat ini tiada tandingan dari segi kepakaran operasi, skala, kapasiti dan perkhidmatan yang menakjubkan. Dengan memanfaatkan bakat teknikal dan bakat baharu kreatif yang terbaik serta kemudahan canggih dan teknologi generasi seterusnya, syarikat ini kini mempunyai jejak global terbesar dengan 67 buah pejabat di 34 buah negara. Pendekatan berskala dan berpusatkan pelanggan syarikat ini memberi tumpuan kepada misinya untuk menghubungkan kandungan dan menghubungkan orang ramai. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti @IyunoHQ dan #WeAreIyuno di seluruh platform sosial.

TENTANG AK'LA KARA INTERNATIONAL 

Ak'la Kara International (aklakara.tv) telah ditubuhkan dengan kerjasama antara Savaş Özdural dan Kerem Kobanbay. Ia adalah salah sebuah studio alih suara dan sari kata pelaburan swasta tertua dan berkapasiti tertinggi di Turki di Istanbul. Sejak penubuhannya, Ak'la Kara telah menjadi rakan kongsi penyelesaian penyedia kandungan domestik dan asing terbesar dalam industri, pengedar, saluran televisyen, platform digital, syarikat permainan dan syarikat pengiklanan. Dengan perkhidmatan suara dan sari kata yang disediakannya, syarikat menghasilkan projek berkualiti tinggi dengan kehadiran para penterjemah, artis dan kakitangan teknikal terbaik.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1995220/IYUNO_Media_Group_Turkish_Studio.jpg?p=medium600

 

 

Source: Iyuno
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Television