omniture

HUBLOT DAN TAKASHI MURAKAMI LANCAR SEBUAH KOLEKSI 13 BUAH JAM TANGAN DAN 13 NFT YANG UNIK

Hublot SA
2023-02-03 20:23

NYON, Switzerland, 3 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Di sebuah acara eksklusif yang berlangsung di Glass House di New York pada 2 Februari lepas, Hublot dan Takashi Murakami telah mengumumkan projek artistik bersama mereka yang keempat: iaitu pelancaran tiga belas NFT dan tiga belas jam tangan baharu yang unik.

Classic Fusion Takashi Murakam Black Ceramic Rainbow
Classic Fusion Takashi Murakam Black Ceramic Rainbow

"Apabila kerjasama saya dengan Hublot diumumkan, kami memaklumkan bahawa kami akan menggunakan bentuk ekspresi artistik baharu. Selepas menghasilkan semua jam tangan serta karya seni digital ini bersama-sama, kami kini sedang menggambarkan cara baharu untuk mengakses seni kontemporari."Takashi Murakami

Tiga belas NFT unik ini diilhamkan daripada permainan video & rancangan TV Jepun tahun 1970-an serta jam tangan Classic Fusion Takashi Murakami All Black yang merupakan kerjasama pertama antara pembuat jam tangan Switzerland ini dengan Takashi Murakami yang telah dilancarkan pada bulan Januari 2021 lalu. NFT ini dipautkan dengan 13 jam tangan Classic Fusion edisi terhad yang baharu dan unik yang akan dipamerkan di pameran Watches & Wonders 2023 di Geneva. Dua belas daripada jam tangan ini akan tersedia untuk pembelian secara eksklusif dalam talian di hublot.com yang hanya boleh diakses oleh para pemilik kepada sekurang-kurangnya satu daripada 324 NFT yang telah dikeluarkan pada bulan April 2022 lalu yang merupakan sebahagian daripada kerjasama ketiga antara Hublot dengan Takashi Murakami.  324 NFT ini pada asalnya ditawarkan kepada para pemilik kepada salah satu daripada dua model jam tangan Hublot dan Takashi Murakami (Classic Fusion Takashi Murakami All Black & Classic Fusion Takashi Murakami Sapphire Rainbow) sebelum jam tangan tersebut dibenarkan untuk didagangkan di OpenSea. Tempoh antara pengumuman projek ini di New York pada bulan Februari 2023 dengan permulaan jualannya pada awal bulan April 2023 di Geneva akan membolehkan mana-mana pengumpul yang berminat dengan salah satu daripada jam tangan baharu ini untuk mengumpul salah satu daripada NFT yang tersedia di OpenSea. Setiap daripada pembeli bertuah yang membeli salah satu daripada 12 buah jam tangan unik baharu ini akan menerima NFT eksklusif yang sepadan.

Hublot dan Takashi Murakami membawa jam tangan ini sebagai sebuah karya seni ke tahap baharu dengan menghubungkan seni halus pembuatan jam tangan dengan seni digital. Jam tangan yang ke-13 daripada koleksi ini yang dilancarkan di New York ialah Classic Fusion Takashi Murakami Black Ceramic Rainbow dan ia juga merupakan karya agung koleksi ini. Dengan mengambil inspirasi daripada kedua-dua jam tangan yang dilancarkan sebelum ini, jam tangan pada kali ini memberi tafsiran semula terhadap lambang ikonik Takashi Murakami: bunga tersenyum. Kini, 12 kelopak bunga yang diperbuat daripada delima, nilam, batu kecubung, tsavorite dan topaz membentuk kecerunan warna yang sempurna. Dengan sistem galas bebola hebat yang dibangunkan oleh para jurutera Hublot, kelopak bunga ini menghasilkan warna berpusing yang menarik ketika ia berputar pada paksi dalam setiap pergerakan. Kesan kinetik kelopak bunga ini menghasilkan kesan yang menakjubkan terhadap bekas seramik hitamnya yang berukuran 45mm. Bahagian tengah bunga tersenyum ini diletakkan di atas kaca nilam untuk menghasilkan kesan tiga dimensi.

Dua belas rujukan lain yang akan tersedia untuk dibeli oleh para pemilik NFT pada platform e-dagang yang khusus, adalah untuk mengingati bunga induk ini dan mewakili salah satu daripada kelopaknya. Dua belas rujukan untuk dua belas jarum jam pada permukaan jam berserta dua belas NFT.

Sebagai kerjasama jam tangan yang ketiga antara Hublot dan seniman Jepun tersebut, pelancaran ini merupakan bukti terhadap koleksi yang luar biasa daripada kerjasama ini.

Para pengumpul akan mempunyai tempoh selama satu tahun di mana mereka berpeluang untuk berdagang dua belas NFT tersebut pada platform OpenSea. Pada bulan April 2024 iaitu pada penghujung tempoh tawaran tersebut, hanya pengumpul yang telah berjaya mengumpul kesemua 12 NFT unik baharu ini yang akan layak untuk membeli jam tangan ketiga belas yang amat dicari-cari: iaitu Classic Fusion Takashi Murakami Black Ceramic Rainbow. Sekiranya tiada seorang pun yang berjaya mengumpulkan kesemua dua belas NFT tersebut, jam tangan ini akan dilelong oleh Hublot bagi mengumpul dana untuk tujuan amal.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1995006/Classic_Fusion_Takashi_Murakami_Black_Ceramic_Rainbow.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1995007/Classic_Fusion_Takashi_Murakami_Black_Ceramic_Rainbow_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1995008/Classic_Fusion_Takashi_Murakami_Black_Ceramic_Rainbow_3.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1995009/12_NFTs_by_Takashi_Murakami_for_Hublot.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1920991/Hublot_Logo.jpg?p=medium600

 

Classic Fusion Takashi Murakami Black Ceramic Rainbow (2)
Classic Fusion Takashi Murakami Black Ceramic Rainbow (2)

 

Classic Fusion Takashi Murakami Black Ceramic Rainbow (3)
Classic Fusion Takashi Murakami Black Ceramic Rainbow (3)

 

12 NFTs by Takashi Murakami for Hublot
12 NFTs by Takashi Murakami for Hublot

 

 

Source: Hublot SA
Keywords: Art Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Jewelry Multimedia/Online/Internet Retail Joint ventures New products/services Blockchain