omniture

Quixant lancar platform QMAX Gaming, PC yang dipenuhi pelbagai ciri dan paling berkuasa dalam industri Permainan

Quixant
2023-02-03 22:30

CAMBRIDGE, England, 3 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Quixant dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran platform perkakasan QMAX Gaming yang terkemuka di pasaran yang direka untuk memberikan kandungan beresolusi tertinggi, permainan yang paling lancar dan pengalaman pemain terunggul.

Quixant launches the QMAX Gaming hardware platform, the most powerful and feature-rich Gaming PC
Quixant launches the QMAX Gaming hardware platform, the most powerful and feature-rich Gaming PC

Platform baharu ini dikuasakan oleh Intel® yang menawarkan prestasi GPU yang luar biasa dan tersedia dengan atau tanpa dGPU serta membolehkan para pelanggan meningkatkan prestasi perkakasan mereka dengan menambah kad grafik pilihan mereka.

Ia sangat mudah disesuaikan dan memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh semua bidang kuasa Permainan global utama, termasuk GLI-11. Ia dilengkapi dengan penyelesaian Perisian pengoptimuman permainan Quixant sebagai piawaian yang mengoptimumkan pembangunan dan penyampaian permainan serta membolehkan para pelanggan memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan tanpa perlu berasa bimbang tentang syarat-syarat kawal selia.

Mengulas tentang pelancaran tersebut, Duncan Faithfull, Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Komunikasi Quixant berkata, "Kami percaya bahawa para pelanggan kami perlu memberi tumpuan kepada kandungan dan bukannya membangunkan penyelesaian perkakasan untuk membina ia. Mereka perlukan kebebasan untuk membangunkan kandungan dengan yakin bahawa penyelesaiannya boleh dipercayai dan sehebat imaginasi mereka. Itulah sebabnya Quixant membangunkan IQ, IQON dan QMAX iaitu rangkaian atau PC permainan yang direka untuk memberikan prestasi maksimum berdasarkan keperluan belanjawan, pasaran dan produk. QMAX baharu ini merupakan platform kami yang paling berkuasa dan dipenuhi dengan pelbagai ciri yang memberikan sebuah platform kepada pelanggan dengan prestasi terbaik yang menepati imaginasi mereka."

Sambung Duncan lagi: "Walaupun membangunkan pakar dan teknologi yang mengubah permainan merupakan teras kepada tawaran Quixant, namun menjalinkan kerjasama adalah sama penting – memang menjadi tanggungjawab kami untuk menyokong para pelanggan kami bagi memastikan mereka mendapat yang terbaik daripada produk Quixant. Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membolehkan para pelanggan memaksimumkan potensi platform QMAX mereka supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang membolehkan mereka menjadi pendahulu dalam permainan ini."

Beliau menyimpulkan: "Selepas melancarkan Quantum dan Qinetic, rangkaian kabinet pertaruhan Sukan dan Permainan modular kami, kami mengenal pasti keperluan untuk mengembangkan Penyelesaian Perisian kami bagi memberikan sokongan selanjutnya kepada para pelanggan. Kami kini menawarkan sebuah rangkaian penyelesaian sokongan perisian dan penyepaduan yang komprehensif yang membolehkan para pereka permainan memberi tumpuan terhadap usaha mereka untuk membangunkan pengalaman pemain dan kandungan permainan yang terunggul serta membolehkan pengurusan kabinet permainan dan satu koleksi penyelesaian penyepaduan. Kami ingin membincangkan perkara ini dengan para pengeluar permainan yang mahu meningkatkan kandungan serta mempercepat masa yang diperlukan untuk membawa kabinet mereka ke pasaran."

Ketahui lebih lanjut di quixant.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1993093/Quixant_QMAX.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1752610/Quixant_Logo.jpg?p=medium600

Source: Quixant
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services