omniture

Dombbit Melancarkan Pelombong Kripto Pengecasan Kendiri

Dombey Electric Co
2023-02-04 20:42

LONDON, 4 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Dombey Electrics Co. (www.dombbit.com), sebuah syarikat yang ditubuhkan di UK pada tahun 2010, seterusnya di Finland dan kemudian di Hong Kong yang dijadikan sebagai tapak pengeluaran serta mempunyai beberapa pejabat di seluruh dunia, merupakan salah satu pengeluar peralatan elektrik yang terkemuka.

Dompre
Dompre

Pada tahun 2019, syarikat ini telah memperkenalkan pelombong mata wang kripto yang menggunakan tenaga rendah, memandangkan bil elektrik dan utiliti telah menjadi satu kekangan kewangan yang menggusarkan dalam perlombongan kripto. Mereka memperkenalkan set pelombong pertama dengan penggunaan kuasa yang sangat rendah ke Pasaran Hong Kong dan telah menjual lebih 2,000 set kepada para pelombong syiling di seluruh dunia.

Perkembangan Terkini 

Pada bulan Oktober 2022, mereka telah melancarkan set pelombong pertama dengan panel solar terbina dalam. Produk ini dikenali sebagai Dompre (Dombey Previa). Ia didayakan oleh tenaga suria dan elektrik. Ia memerangkap tenaga suria dengan sendirinya dan kemudian melakukan pengecasan. Alat ini mempunyai dua sumber kuasa, di mana ia boleh mengecas dengan jumlah tenaga suria paling sedikit atau boleh dipalam ke dalam soket elektrik untuk dicas. Ia diperbuat daripada sel Fotovolta yang lebih padu dan tahan lama. Waranti bagi alat ini adalah selama lima tahun. Pelombong mata wang kripto kini tidak perlu lagi bimbang tentang bil elektrik. Penghantaran ke seluruh dunia adalah secara percuma. Lihat produk ini di sini www.dombbit.com/products

Di samping itu, syarikat menyediakan sistem kuasa solar percuma yang dikenali sebagai D200 yang akan disertakan dengan alat perlombongan ini, eksklusif untuk para pelombong mata wang kripto bagi mencegah kebimbangan terhadap bil elektrik yang meningkat. Ini bermaksud bahawa apabila anda membeli pelombong mata wang kripto, anda akan turut menerima D200 untuk membantu proses perlombongan. Alat ini disertakan dengan buku panduan dan mudah untuk dikendalikan. Ketua Pegawai Operasi, James Eskola, menyatakan di "The Street" bahawa beliau percaya ramai pelanggan D2000 akhirnya menggunakan alat ini untuk aktiviti perkhemahan dan bukan untuk perlombongan, sebahagiannya adalah kerana mereka mampu membayar kos utiliti. Itulah sebabnya alat ini diberikan kepada pelombong, bertujuan untuk menampung kos utiliti yang lebih rendah.

Jika terdapat masalah semasa penghantaran, sama ada pecah atau rosak, atau sekiranya mesin tidak dikendalikan dengan baik oleh firma penghantaran, item boleh dikembalikan serta-merta dan akan digantikan dalam jangka masa tertentu. Untuk maklumat lanjut tentang terma pemulangan, sila lihat lebih banyak penerangan di sini www.dombbit.com/faqs/

Tentang Dombey Electric Incorporated 

Dombey Electrics Co. ialah pembekal penyelesaian elektrik utama dan ditubuhkan pada tahun 2010 oleh sekumpulan juruelektrik. Mereka gah dengan keupayaan untuk menghasilkan produk elektrik bukan konvensional bagi kegunaan dalam dan luar bangunan. Selain itu, dengan pelbagai perkembangan teknologi yang ada kini, mereka telah menambah aktiviti kurang berisiko pada penggunaan peralatan elektrik.

Hubungan Media: 
Pengurus Perhubungan Awam
James Eskola
james@dombbit.com 
(+358)41 4001018 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1995670/Dombey_Crypto_Miner.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1995671/Dombey_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Dombey Electric Co
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Utilities New products/services Blockchain Financial Technology