omniture

TIKET KINI MULA DIJUAL UNTUK EDISI KE-15 FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS #ABUDHABIGP

Abu Dhabi Motorsports Management
2023-02-04 21:20

ABU DHABI, UAE, 4 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Menjelang permulaan musim Formula 1 2023, Abu Dhabi Motorsports Management (ADMM) hari ini mengumumkan tiket akan mula dijual untuk edisi ke-15 FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2023.

Fans can secure their seat for the 15th edition of the #AbuDhabiGP from today with tickets now on sale
Fans can secure their seat for the 15th edition of the #AbuDhabiGP from today with tickets now on sale

Perlumbaan ke-23 dan terakhir musim 2023 akan berlangsung dari 26-29 November di Litar Yas Marina, menutup musim terpanjang dalam sejarah sukan tersebut. Hujung minggu #AbuDhabiGP, sepanjang empat hari akan menyaksikan barisan unik sukan luar biasa di landasan, dilengkapi dengan barisan pengalaman hiburan dan hospitaliti bertaraf dunia di seluruh litar Pulau Yas.

Berikutan pemecahan rekod hujung minggu #AbuDhabiGP pada tahun 2022 yang menyaksikan kehadiran pengunjung paling ramai dan untuk memberi ganjaran kepada peminat setia, penganjur telah mengesahkan bahawa pembeli tiket awal akan mendapat diskaun 'pendaftaran awal' sehingga 20 peratus daripada tiket terpilih sementara ketersediaan masih ada. Acara ini telah menyaksikan permintaan yang julung-julung kali berlaku terhadap tiket 2023 dan mereka yang ingin hadir hendaklah bertindak pantas untuk mengelakkan kekecewaan.

Tiket untuk edisi 2022 menyaksikan jualan yang memecahkan rekod, dengan tiket yang laris terjual dengan lebih cepat daripada musim sebelumnya. Tahun ini bukan sahaja akan menyaksikan penamat mendebarkan untuk musim F1 yang paling lama dan kelainan yang menakjubkan dalam kategori sokongan Formula 2 dan Formula 4, tetapi juga barisan superstar muzik global yang luar biasa dan pelbagai pengalaman hospitaliti bertaraf dunia di seluruh hujung minggu selama empat hari.

Selain mendapat akses untuk menyaksikan pertandingan di litar masing-masing, pemegang tiket #AbuDhabiGP 2023 juga berpeluang menikmati konsert pada malam tersebut serta tiket masuk percuma ke salah satu taman pengembaraan yang penuh keseronokan di Pulau Yas, termasuk Ferrari World Abu Dhabi, Warner Bros. World Abu Dhabi, Yas Waterworld atau Seaworld Abu Dhabi, dengan tawaran yang dijalankan sepanjang hujung minggu #AbuDhabiGP dari 22 hingga 27 November untuk para pemegang tiket.

Saif Al Noaimi, Ketua Pegawai Eksekutif, Abu Dhabi Motorsports Management berkata: "Ia merupakan hari yang membanggakan apabila kami mengumumkan bahawa tiket untuk edisi ke-15 FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX dijual lebih awal daripada sebelumnya. Berikutan pemecahan rekod pada tahun 2022, yang menyaksikan rekod pengunjung menghadiri hujung minggu Grand Prix Abu Dhabi, kami sangat teruja untuk menyaksikan permintaan tiket daripada pangkalan peminat antarabangsa kami dan permulaan musim memberikan peluang unik untuk memastikan para peminat kami di dalam dan dari seluruh dunia boleh membeli tiket mereka dan merancang untuk musim hadapan."

"Bagi tahun 2023, kami gembira dapat bekerjasama rapat dengan rakan kongsi dan jiran kami di Pulau Yas untuk memperkenalkan beberapa manfaat kepada para pengunjung perlumbaan bagi membantu membina pengalaman destinasi Pulau Yas yang terunggul. Peminat akan mendapat akses kepada Konsert Selepas Perlumbaan yang luar biasa di Etihad Park dan sehari berada di salah sebuah taman pengembaraan bertaraf dunia di Pulau tersebut, bersama empat hari perlumbaan di hujung minggu Grand Prix Abu Dhabi mereka, semuanya sebagai sebahagian daripada tiket. Akan terdapat lebih banyak lagi untuk diumumkan dalam beberapa minggu lagi, jadi teruskan kekal bersama-sama kami."

Berikutan pengenalan pengalaman kegemaran peminat sepanjang hujung minggu perlumbaan, termasuk North Straight Grandstand dan Deck at Nine baharu, yang berada di sepanjang Sudut Selatan Marsa, terdapat pelbagai pilihan yang fleksibel untuk para peminat perlumbaan untuk memaksimumkan hujung minggu mereka di #AbuDhabiGP pada tahun ini . Ini termasuk tiket 'multi-grandstand' dan 'multi-Yas Suite' yang popular, di mana para pengunjung mempunyai pilihan untuk mengalami bahagian tempat yang berbeza sepanjang Hujung Minggu Perlumbaan.

Dengan pengumuman yang lebih menarik, para peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mengesahkan tempat duduk mereka di acara sukan dan hiburan terbesar di rantau ini di: www.yasmarinacircuit.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1995586/Abu_Dhabi_Motorsports_Management.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1995587/Abu_Dhabi_Motorsports_Management_2.jpg?p=medium600

This year's #AbuDhabiGP, serving as the final race of the F1 season, will bring exciting new additions to the region's biggest sports and entertainment weekend in November
This year's #AbuDhabiGP, serving as the final race of the F1 season, will bring exciting new additions to the region's biggest sports and entertainment weekend in November

 

 

 

Source: Abu Dhabi Motorsports Management
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Auto Entertainment Sporting Events Sports Transportation Travel New products/services