omniture

Raikan & Bergembira Menyambut Tahun Baharu Cina bersama dunia, Kunjungi Jiangsu pada Tahun Arnab

Jiangsu Provincial Department of Culture and Tourism
2023-02-06 07:16 103

NANJING, China, 6 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Memandangkan Tahun Arnab baru sahaja tiba pada tahun 2023, akaun media sosial luar negara @Visit Jiangsu Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Jiangsu melancarkan beberapa aktiviti Tahun Baharu Cina di Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan TikTok melalui pelbagai bentuk interaktif yang kreatif seperti video, gambar dan teks, siaran langsung digital, interaksi dalam talian, Cabaran Ucapan Tahun Baharu Cina dalam Pelbagai Bahasa dan sebagainya untuk membantu orang ramai dari seluruh dunia mempelajari tentang Tahun Baharu Cina dan budaya Jiangsu. Hantaran tersebut mencapai 3.08 juta pengikut dan mengumpul 662,000 interaksi, meliputi hampir 100 negara dan wilayah di serata dunia, membawakan kepada orang ramai dengan perayaan audio-visual "Daya Tarikan Jiangsu" ("Charm of Jiangsu") yang padat dengan suasana Tahun Baharu Cina.

Tahun ini, produk media penumpuan visual Tahun Baharu Cina, mengintegrasikan unsur-unsur mercu tanda di Jiangsu, aktiviti memotong kertas - warisan budaya tak ketara dan elemen-elemen berciri yang lain, menghasilkan sepanduk Tahun Arnab untuk media sosial kami, foto permainan teka-teki dalam talian, poster Tahun Baharu Cina dan produk-produk visual kreatif lain yang disematkan pada bahagian atas pelbagai platform. Kami berusaha untuk membawakan Tahun Baharu Cina yang menarik dan unik di Jiangsu untuk peminat luar negara kami dengan visi pelbagai tahap.

Dalam masa yang sama, satu ruangan khas "The Charm of Jiangsu" disediakan di akaun media sosial kami @Visit Jiangsu dengan topik "Selamat Tahun Baharu Cina" ("Happy Chinese New Year"). Ruangan tersebut dihasilkan dengan tema "ilmu pengetahuan tentang adat Tahun Baharu Cina di Jiangsu", "makanan Tahun Baharu Cina di Jiangsu" dan "lawatan Jiangsu semasa Tahun Baharu Cina" dalam bahasa tempatan di luar negara bagi memperkenalkan budaya, makanan dan tempat tarikan pelancong berkaitan Tahun Baharu Cina.

Di samping itu, @Visit Jiangsu terus memperkenalkan program-program Tahun Baharu Cina yang beraneka untuk "siaran langsung awan" dan terus meningkatkan inovasi digitalnya. Ia turut menggabungkan bentuk berbilang persembahan dengan pemandangan yang mengasyikkan melalui pengenalan kepada gaya-gaya persembahan Tahun Baharu Cina yang berbeza tentang budaya Jiangsu, menyesuaikan AR Filter (Penapis AR) Tahun Baharu Cina dan kaedah-kaedah lain untuk mencipta pengalaman sensori baharu dari segi budaya dan pelancongan tentang Tahun Baharu Cina. Sehingga kini, AR Filter telah digunakan sebanyak 250,000 kali dan mengumpul 116,000 interaksi. Orang ramai dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam penapis AR @Visit Jiangsu Tahun Arnab bagi menyambut Tahun Baharu Cina bersama-sama.

@Visit Jiangsu menjalankan satu aktiviti yang dikenali sebagai "Ucapan Tahun Baharu Cina dalam Pelbagai Bahasa" pada platform-platform media sosial luar negara pada Malam Tahun Baharu Cina untuk membolehkan rakan-rakan luar negara merasai suasana Tahun Baharu Cina yang hebat. Kami mengundang peminat dan KOL luar negara untuk menyambut Tahun Baharu Cina, meraikan Tahun Baharu Cina bersama @Visit Jiangsu, menyampaikan ucapan selamat Tahun Baharu Cina serta merasai pesona menyambut Tahun Baharu Cina dalam bahasa-bahasa berbeza yang lebih mendekatkan bahasa-bahasa dan budaya-budaya berbeza bersama-sama dalam bentuk video serta gambar.

 

Satu siri aktiviti "Selamat Tahun Baharu Cina" yang dijayakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Jiangsu menunjukkan kepada khalayak luar negara suasana perayaan serta kehidupan santai semasa Tahun Baharu Cina dan imej Jiangsu, China yang lebih terbuka, terpelbagai dan bertenaga.

 

Source: Jiangsu Provincial Department of Culture and Tourism
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Social Media Travel