AMSTERDAM, LONDON, dan BURBANK, California, 12 Februari 2014 /PRNewswire/ --
Eyeworks USA akan Kekal Bebas
Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan televisyen studionya, Warner Bros. Television Group hari ini mengumumkan yang ia telah menandatangani perjanjian bagi membeli¹ semua perniagaan Eyeworks di luar AS, di 15 negara serata Eropah, Amerika Selatan, Australia dan juga New Zealand, lalu menambah 13 wilayah baharu ke dalam rangkaian syarikat penerbitannya. Sebaik sahaja muktamad kelak, pemerolehan ini akan mengukuhkan lagi kemampuan penerbitan televisyen antarabangsa Warner Bros. dan bakal menyaksikan Warner Bros. mengambil alih semua aktiviti pengedaran antarabangsa Eyeworks.
Pengumuman ini dibuat oleh Jeffrey Schlesinger, Presiden, Warner Bros. Worldwide Television Distribution, Craig Hunegs, Presiden, Perniagaan dan Strategi, Warner Bros. Television Group, Peter Roth, Presiden dan juga Ketua Pegawai Kandungan, Warner Bros. Television Group dan Reinout Oerlemans, Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif semasa Eyeworks Group.
Setelah diasaskan di Kepulauan Netherlands oleh Oerlemans pada tahun 2001, Eyeworks ialah penerbit dan pengedar bebas antarabangsa utama bagi kandungan berskrip dan bukan berskrip merentasi pelbagai genre, termasuk hiburan, drama dan juga filem, yang disiarkan di lebih 150 negara seluruh dunia.
Pemerolehan Eyeworks yang menunggu masa untuk dimuktamadkan ini menandakan tanda aras bagi Warner Bros. International Television Production, yang diketuai Ronald Goes, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Warner Bros. International Television Production, yang pada asalnya dibentuk oleh WBTVG pada tahun 2009 bagi menubuhkan syarikat penerbitan yang beroperasi.
Kevin Tsujihara, Ketua Pegawai Eksekutif Warner Bros. Entertainment berkata: "Usul pemerolehan 15 syarikat penerbitan tempatan Eyeworks ini mewakili langkah ke hadapan yang signifikan dalam strategi kami, lalu mengukuhkan lagi kedudukan Warner Bros. dalam televisyen global."
Hunegs, Schlesinger dan Roth berkata lagi: "Ini langkah penting untuk Warner Bros. Television Group, sambil kami menubuhkan syarikat penerbitan tempatan seluruh dunia, setiap satunya dengan mandat bagi membangunkan rancangan tempatan asli dan turut menyesuaikan output daripada studio. Kami melihat Eyeworks sebagai sesuatu yang benar-benar melengkapi kemampuan penerbitan AS dan antarabangsa kami yang sedia ada."
Ini adalah berikutan pemerolehan Shed Media pada tahun 2010, salah satu daripada syarikat penerbitan yang menerajui di UK, dan juga pemerolehan BlazHoffski di Kepulauan Netherlands dan Belgium pada tahun 2011.
Sehubungan dengan urus niaga ini, Reinout Oerlemans bakal berpindah ke Los Angeles untuk peranan baharu beliau dalam industri ini, sebagai Pengerusi Eyeworks USA, lalu menerajui perluasan lanjut syarikat itu di AS. Reinout bakal berundur sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Eyeworks Group sebaik sahaja pemerolehan itu telah dimuktamadkan.
Oerlemans berkata: "Boleh dikatakan saya mula berfikir tentang perkara ini apabila Warner Bros. menunjukkan minat yang kuat terhadap Eyeworks. Bagi Eyeworks, ini langkah yang menggariskan lagi objektif berterusan kami untuk menjadi pemain utama dalam penerbitan kandungan di seluruh dunia. Saya menyedari ini penghujung suatu era, kerana saya tidak akan lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ini, selepas tempoh selama 12.5 tahun yang mengagumkan sejak saya mula-mula membina syarikat ini bersama Ronald van Wechem serta Robert van den Bogaard. Bersama Ketua Pegawai Kewangan Peter Kerstens, kami telah mencipta Eyeworks sebagaimana yang dilihat pada hari ini: syarikat kandungan yang kreatif dan juga versatil, beroperasi sebagai jaringan yang rapat di seluruh dunia. Saya tahu Ronald Goes akan menjadi ketua yang bagus bagi kumpulan kakitangan yang sangat berbakat ini bagi melangkah maju ke hadapan."
¹Pemerolehan Eyeworks dijangka akan dimuktamadkan lewat tahun 2014, tertakluk kepada kelulusan kawalan selia.
The WARNER BROS. TELEVISION GROUP memantau dan turut memajukan keseluruhan portfolio perniagaan televisyen Warner Bros., termasuk penerbitan seluruh dunia, pengedaran tradisional dan digital, serta penerbitan. Salah satu perniagaan WBTVG ialah Warner Bros. International Television Production, (WBITVP) yang menyasarkan untuk menubuhkan atau memperoleh syarikat penerbitan dalam wilayah televisyen utama seluruh dunia agar dapat menjadi penerbit yang menerajui untuk rancangan tempatan yang berskrip dan tidak berskrip.
EYEWORKS ialah syarikat penerbitan televisyen bebas kreatif yang membangunkan, menerbitkan dan turut mengedarkan kandungan dalam pelbagai genre berbeza termasuk fiksyen dan hiburan. Eyeworks ditubuhkan di Kepulauan Netherlands pada tahun 2001 oleh Reinout Oerlemans. Buat masa kini, dengan operasi di Kepulauan Netherlands, Belgium, Jerman, Switzerland, Sweden, Denmark, Norway, Finland, Argentina, Chile, Brazil, Sepanyol, Portugal, Amerika Syarikat, New Zealand dan juga Australia, Eyeworks mengendalikan jaringan rapat yang terdiri daripada rakan sekutu tempatan di empat benua. Di 16 wilayahnya, Eyeworks menerbitkan rancangan televisyen untuk lebih 100 saluran berbeza dan menggajikan lebih 1,500 orang. Antara rancangan yang menjadi kegemaran seluruh dunia termasuklah: Test The Nation, CQC, Who Wants to Marry my Son?, Beat The Blondes, Reality Queens of the Jungle, I Know What You Did Last Friday, Obese (atau juga dikenali sebagai Extreme Makeover: Weight Loss Edition), dan juga rancangan terbaharu mereka yang mendapat sambutan hangat Celebrity Splash.
Sumber: Warner Bros. Television Group