omniture

Mobileum Membawa Pulang Anugerah Inovasi Telekomunikasi Juniper untuk Tahun Keempat Berturut-turut

Mobileum
2023-02-06 09:00 0

Anugerah Digital Masa Depan untuk Pemanduan Perayauan Terbaik dan  Perlindungan Penipuan Anti-SMS Paling Inovatif

CUPERTINO, Calif., 6 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Mobileum Inc. ("Mobileum"), sebuah syarikat penyedia global terkemuka bagi penyelesaian analitik telekomunikasi, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah dinobatkan sebagai pemenang Platinum dalam dua kategori bagi Anugerah Digital Masa Depan Juniper iaitu Pemanduan Penyelesaian Perayauan Terbaik dan Penyelesaian Penipuan Anti-SMS Paling Inovatif. Anugerah ini mengiktiraf penyelesaian paling inovatif dan menggugat yang beroperasi di seluruh pasaran telekomunikasi, keselamatan dan pengendali rangkaian. Ini adalah tahun keempat berturut-turut Juniper mengiktiraf penyelesaian Mobileum atas sumbangannya yang cemerlang kepada industri telekomunikasi.

Penyelesaian Pemanduan Perayauan Terbaik

Sejak tahun 2020, Mobileum telah dianugerahkan penghormatan tertinggi yang konsisten untuk penyelesaian Perayauan yang dimilikinya. Pada tahun ini, Mobileum memperoleh kedudukan tertinggi untuk penyelesaian SoR Mobileum. Dengan jejak lebih 350 Pemandu Perayauan pengguna aktif, ia mengoptimumkan margin perayauan dengan memandu trafik perayauan ke rangkaian pilihan pengendali berdasarkan cerapan dipacu analisis yang melibatkan teknologi, harga, kualiti perkhidmatan, tawaran trafik bersama dan kos borong.

Manfaat utama penggunaan SoR Mobileum termasuk keupayaan pengendali untuk:

  • Meningkatkan keuntungan dengan memenuhi komitmen perayauan borong dengan lebih tepat dan konsisten serta merundingkan perjanjian borong dengan lebih baik.
  • Menjamin pengalaman pelanggan, memaksimumkan pendapatan dan menjamin gabungan perkhidmatan yang tepat berdasarkan jenis peranti dan perkhidmatan pelanggan.
  • Menyesuaikan perubahan teknologi dengan kawalan pemanduan yang lancar pada semua aspek teknologi, termasuk LTE, VoLTE, IoT, Rangkaian Persendirian dan 5G.
  • Menyesuaikan dasar perayauan untuk segmen pelanggan dan keupayaan peranti yang berlainan.
  • Mempunyai kelebihan daya saing dengan perkhidmatan mudah alih yang berkesinambungan di seluruh segmen pelanggan, peranti dan pada semua generasi serta teknologi mudah alih utama.

Penyelesaian Perlindungan Penipuan Anti-SMS Paling Inovatif

Mobileum memperoleh anugerah Platinum pada tahun ini untuk penyelesaian Tembok Api SMS miliknya, meningkat daripada pencalonan emas pada tahun lalu. Tembok Api SMS Mobileum menawarkan perlindungan masa nyata kepada perkhidmatan pemesejan semasa dan akan datang milik pengendali, memastikan pilihan peribadi dan dasar privasi pelanggan mereka agar kekal utuh. Bergantung pada pendekatan berasaskan AI/ML, ia meneroka pola ancaman yang tidak diketahui secara automatik untuk memberikan perlindungan ancaman yang lebih baik, masa tindak balas yang lebih pantas dan pengurusan ancaman yang lebih mudah. Ia mengesan dan menghentikan laluan trafik tanpa sekatan (grey route traffic) A2P, spam dan penipuan SMS, pintasan SMS, Kotak SIM, spam SMS dan Flubot yang melindungi para pelanggan daripada serangan berniat jahat serta meningkatkan pengalaman pengguna akhir. Selain itu, ia turut meningkatkan kecekapan operasi dengan mengasingkan trafik yang boleh dibilkan daripada trafik palsu dan mengurangkan kos operasi melalui automasi yang lengkap daripada pengesanan ancaman hingga pencegahan.

"Mobileum amat berbangga kerana telah diberikan penghormatan ini oleh Juniper selama empat tahun berturut-turut. Matlamat kami sepanjang masa adalah untuk memastikan bahawa para pelanggan CSP kami sentiasa mempunyai alatan terkini yang tersedia untuk memberikan keselamatan dan liputan berkualiti tinggi kepada pelanggan mereka di mana-mana sahaja yang mereka harapkan," kata Bernardo Lucas, Ketua Pegawai Pemasaran Mobileum.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian perayauan dan keselamatan rangkaian Mobileum, sila singgah di reruai Mobileum (Dewan 2J50) di Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona, Sepanyol dari 27 Februari hingga 2 Mac 2023.

Tentang Mobileum Inc.

Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan pengujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta kecerdasan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Kecerdasan Aktif miliknya yang menyediakan penyelesaian analitik canggih yang membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata yang meningkatkan pendapatan, menambah baik pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos. Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Jerman, Greece, India, Portugal, Singapura, UK dan Emiriyah Arab Bersatu.

Ketahui lebih lanjut di https://www.mobileum.com dan ikuti @MobileumInc di Twitter.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600

Source: Mobileum
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards Data Analytics