omniture

UST Dinobatkan Sebagai Majikan Terbaik 2023 di 10 buah Negara dan Mengekalkan Pensijilan Blue Seal yang Berprestij di Amerika Utara dan Asia Pasifik daripada TEI

UST
2023-02-07 09:30 0

Pengiktirafan terkini daripada TEI termasuk penarafan sebagai majikan tempat ketujuh keseluruhan di UK dan pengiktirafan buat pertama kali sebagai majikan terbaik di Australia

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Februari 2023 /PRNewswire/ -- UST, sebuah syarikat penyelesaian transformasi digital terkemuka, telah menerima pensijilan 'Blue Seal'  2023 yang berprestij daripada Top Employers Institute (TEI) untuk rantau Amerika Utara dan Asia Pasifik buat kali kedua. Selain itu, UST juga telah diperakui semula sebagai Majikan Terbaik 2023 di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, United Kingdom, Taiwan, India, Malaysia, Filipina dan Sepanyol. UST turut dinobatkan sebagai majikan terbaik di Australia buat pertama kali. Keputusan yang kukuh ini menunjukkan bagaimana nilai teras UST yang terdiri daripada kerendahan hati, kemanusiaan dan integriti telah mewujudkan budaya korporat berpaksikan pekerja yang kukuh yang menekankan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan serta kepelbagaian dan keterangkuman.

Penganugerahan terbaharu daripada TEI ini meningkatkan lagi pengiktirafan terhadap jenama UST sebagai tempat kerja yang terkemuka di beberapa pasaran. Selain menerima pensijilan blue seal yang berprestij ini sekali lagi pada tahun 2023 di dua buah benua, UST turut menduduki tempat ketujuh di kalangan majikan terbaik di United Kingdom, yang menyaksikan peningkatan daripada kedudukan kesembilan pada tahun 2022. UST telah diperakui oleh TEI sebagai majikan terbaik sejak tahun 2018, malah ia telah meningkatkan prestasinya tahun demi tahun. Dengan kehadirannya yang konsisten dalam penarafan TEI, UST tersenarai dalam kalangan kumpulan syarikat yang terkenal di seluruh dunia yang cemerlang dalam persekitaran pekerja, dasar pekerja dan program. 

TEI telah membina reputasi yang kukuh sebagai sebuah agensi penarafan terkemuka yang memperakui majikan yang mewujudkan persekitaran kerja yang optimum serta peluang perkembangan peribadi dan profesional yang menyeluruh. Firma-firma yang diperakui sebagai 'Majikan Terbaik' telah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai peneraju dalam bidang sumber manusia dan amalan. Tinjauan TEI yang menyeluruh ini meliputi enam domain Sumber Manusia yang merangkumi 20 topik utama termasuk strategi pekerja, persekitaran kerja, pemerolehan bakat, pembelajaran, kesejahteraan, kepelbagaian & keterangkuman serta pelbagai lagi.

"Di UST, mengutamakan para pekerja merupakan teras kepada identiti kami dan kami berbangga kerana usaha kami untuk mewujudkan serta menyesuaikan dengan keperluan bakat dan landskap bakat yang sentiasa berkembang telah diiktiraf oleh TEI. Ketika jejak kami berkembang di seluruh dunia, UST akan terus memberi tumpuan kepada penglibatan dan pengalaman pekerja dengan menyediakan peluang untuk perkembangan peribadi dan kerjaya. Kriteria TEI yang ketat ini membantu kami untuk kekal fokus dalam memenuhi keperluan pekerja kami yang semakin meningkat sambil kami mewujudkan impak tanpa had dan mengubah kehidupan melalui transformasi digital," ujar Kavita Kurup, Ketua Global Sumber Manusia UST.

"Masa yang luar biasa menghasilkan pekerja dan organisasi yang terbaik. Dan kami telah menyaksikan pencapaian ini dalam Program Pensijilan Majikan Terbaik kami pada tahun ini: prestasi yang luar biasa daripada perakuan sebagai Majikan Terbaik 2023. Majikan-majikan ini sentiasa menunjukkan bahawa mereka prihatin terhadap perkembangan dan kesejahteraan pekerja mereka. Dengan berbuat demikian, mereka secara kolektif telah memperkayakan dunia pekerjaan. Kami dengan bangganya mengumumkan dan meraikan kumpulan majikan berorientasikan pekerja yang terkemuka pada tahun ini: Majikan Terbaik 2023," kata David Plink, Ketua Pegawai Eksekutif Top Employers Institute.

Tentang UST 

Selama lebih 23 tahun, UST telah bekerjasama erat dengan syarikat-syarikat terbaik di dunia untuk memberi impak yang sebenar melalui transformasi. Dikuasakan oleh teknologi, diilhamkan oleh para pekerja dan diterajui oleh matlamat kami, kami bekerjasama dengan para pelanggan bermula daripada reka bentuk hingga operasi. Melalui pendekatan yang tangkas, kami mengenal pasti cabaran teras mereka dan mencipta penyelesaian baharu yang mampu merealisasikan visi mereka. Dengan kepakaran domain yang mendalam dan falsafah kalis masa depan, kami memupuk inovasi dan ketangkasan ke dalam organisasi pelanggan kami—memberikan nilai yang boleh diukur dan perubahan yang berkekalan di seluruh industri dan di seluruh dunia. Bersama-sama dengan lebih 30,000 orang pekerja di lebih 30 buah negara, kami berkembang untuk memberikan kesan tanpa had—menyentuh kehidupan berbilion-bilion manusia sepanjang proses yang terlibat. Sila kunjungi kami di www.UST.com

Tentang Top Employers Institute 

Top Employers Institute merupakan pihak berkuasa global yang mengiktiraf kecemerlangan dalam Amalan Pekerja. Kami mempercepat amalan ini untuk memperkayakan dunia pekerjaan. Melalui Program Pensijilan Top Employers Institute, syarikat-syarikat yang mengambil bahagian boleh disahkan, diperakui dan diiktiraf sebagai majikan pilihan. Ditubuhkan pada 30 tahun yang lalu, Top Employers Institute telah memperakui lebih 1,600 organisasi di 120 buah negara/wilayah. Majikan Terbaik yang diperakui ini memberi impak positif kepada kehidupan lebih 7 juta orang pekerja di seluruh dunia.

Hubungan Media UST: 
Tinu Cherian Abraham
+1 (949) 415-9857

Merrick Laravea
+1 (949) 416-6212

Neha Misri
+91-9284726602
media.relations@ust.com

Hubungan Media untuk A.S.: 
S&C PR
+1-646.941.9139
media@scprgroup.com

Makovsky 
ust@makovsky.com

Hubungan Media untuk Australia:
Team Lewis 
ust@teamlewis.com 

Hubungan Media untuk U.K.: 
FTI Consulting
UST@fticonsulting.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1422658/UST_Logo.jpg?p=medium600

Source: UST
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Awards Survey, Polls & Research