omniture

Doo Wealth Menambah Syarikat Amanah Hong Kong Baru Daftar

Doo Group
2023-02-07 10:10 58

HONG KONG, 6 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat subsidiari Doo Group, iaitu, Doo Consulting Limited ("Syarikat Amanah") dan ahli Doo Wealth, melakar satu peristiwa penting menerusi pendaftaran yang membuahkan hasil sebagai syarikat amanah Hong Kong menurut Ordinan Pemegang Amanah (Bab 29 Undang-undang Hong Kong).


Selain daripada menjadi sebuah syarikat amanah Hong Kong berdaftar, Syarikat Amanah tersebut kini memegang lesen untuk menyediakan perkhidmatan amanah atau perniagaan perkhidmatan syarikat di Hong Kong ("lesen TCSP").

Syarikat Amanah

Syarikat Amanah sebagai pemegang amanah pengaturan amanah persendirian bertindak sebagai penjaga untuk amanah, estet, pengaturan penjagaan, pengurusan aset, pemindahan saham dan pendaftaran pemilikan benefisial.

Pengurusan Aset

Berdasarkan kepada objektif-objektif dalam strategi pelaburan tersuai pelanggan, Syarikat Amanah sebagai pemegang amanah membuat keputusan pelaburan bagi pihak pelanggan. Secara alternatif, Syarikat Amanah boleh membantu pelanggan membangunkan strategi-strategi pelaburan dan dalam masa yang sama memberi khidmat kepakaran dan nasihat, merangkumi pembinaan portfolio, peruntukan aset dan cadangan pelaburan semula.

Perkhidmatan dan penyelesaian pengurusan aset kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:

·  Pengurusan Portfolio Pelaburan

·  Pengurusan Dana Pelaburan

·  Perkhidmatan Perancangan Kewangan

·  Pengurusan Portfolio Kewangan dalam Pasaran Global

Perkhidmatan Penjagaan

Sebagai pemegang amanah, penyelesaian penjagaan khusus Syarikat Amanah melengkapkan perkhidmatan pelaburan lain, membantu penasihat pelaburan dan pelanggan individu memenuhi pelbagai keperluan pelaburan yang lebih luas.

Penyelesaian Penjagaan

Jagaan Institusi

Syarikat Amanah membantu organisasi-organisasi pelanggan memenuhi keperluan jagaan dan permintaan pelabur terhadap ketelusan.

Jagaan Pelabur

Penting untuk bekerjasama dengan Pemegang Amanah yang mengkhusus dan berpengalaman dalam mentadbirkan pelbagai jenis aset alternatif serta banyak jenis akaun yang berbeza.

Jenis-jenis Aset dalam Jagaan

Biarpun banyak institusi kewangan menjaga saham, bon dan dana bersama, Syarikat Amanah merupakan sebuah syarikat amanah bebas yang dapat menjaga baik aset alternatif mahupun tradisional.

Faedah Khidmat Jagaan dan Perkhidmatan

Syarikat Amanah boleh membantu institusi-institusi dan penasihat-penasihat mengambil manfaat daripada permintaan pelabur yang semakin meningkat terhadap alternatif.

Doo Group telah membuka peluang yang berpotensi dalam pelbagai bidang untuk memperkasa pelanggan dengan rangkaian perkhidmatan yang lebih luas. Syarikat Amanah telah menjadi penanda aras untuk Doo Group dalam membentuk masa depan yang lestari dan menunjukkan kekuatan Doo Wealth yang cukup besar sebagai jenama Doo Group.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di www.doogroup.com 

Emel: marketing@doogroup.com

Source: Doo Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mutual Funds Financial Technology