omniture

JOHANNE SIY DINOBATKAN SEBAGAI PEMENANG ASIA'S BEST FEMALE CHEF AWARD FOR 2023

50 Best
2023-02-07 16:00

Ketua jurumasak terkenal restoran Lolla di Singapura akan diberi penghormatan di upacara penyampaian anugerah secara langsung pada 28 Mac 2023

LONDON, 7 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Jurumasak Filipina Johanne Siy dari restoran Lolla di Singapura memenangi ASIA'S BEST FEMALE CHEF AWARD 2023. Siy merupakan jurumasak pertama berpangkalan di Singapura yang memenangi anugerah tersebut dengan undian daripada 300 orang ahli Asia's 50 Best Restaurants Academy. Anugerah ini meraikan golongan wanita dalam bidang gastronomi yang berjaya mendorong batas kecemerlangan melalui kemahiran, teknik dan hasil kerja tangan mereka.

Filipino chef Johanne Siy of Lolla in Singapore is named Asia’s Best Female Chef as part of Asia’s 50 Best Restaurants 2023, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna
Filipino chef Johanne Siy of Lolla in Singapore is named Asia’s Best Female Chef as part of Asia’s 50 Best Restaurants 2023, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna


Upacara penyampaian anugerah Asia's 50 Best Restaurants 2023 secara bersemuka ini akan dianjurkan pada 28 Mac 2023 di Singapura dengan kerjasama rakan destinasi tuan rumah iaitu Singapore Tourism Board sekali gus menandakan perhimpunan pertama berskala penuh bagi komuniti gastronomi di Asia sejak tahun 2019.

William Drew, Pengarah Kandungan Asia's 50 Best Restaurants berkata: "Pemahaman Johanne tentang asal usul ramuan dan bakat beliau dalam mempersembahkan sajian yang dihasilkan, serta tradisi kulinari beliau sejak turun-temurun yang diserapkan dengan penuh teliti, telah melayakkan beliau untuk menerima anugerah ini."

Siy telah berkhidmat sebagai ketua jurumasak di Lolla sejak tahun 2020 dan telah berjaya meletakkan restoran tersebut dalam senarai Asia's 50 Best Restaurants 2022 buat kali pertama di tempat ke-75. Dipuji kerana penekanannya yang tinggi terhadap hasil, ramuan dan keringkasan, masakan Siy menonjolkan sajian Eropah moden berinspirasikan Asia dengan unsur-unsur masakan Filipina yang beliau warisi. Hidangan seperti 'relleno' ketam dengan sos aligue dan limau purut, menampilkan sos 'aligue' dari Filipina —iaitu pes isi ketam sungai dan beraroma – yang dihidangkan dalam cangkerang ketam itu sendiri.

Dilahirkan di Dagupan, Filipina, pengalaman Siy termasuk menjalani latihan di bawah bimbingan jurumasak Eric Ripert (Le Bernardin) dan Daniel Boulud (Café Boulud) serta berkhidmat selama empat tahun di Restaurant André (Singapura). Beliau telah menghabiskan masa selama bertahun-tahun memperkayakan kemahiran beliau di dapur, ladang dan hutan Nordic dengan berkhidmat di restoran Noma dan Relae di Copenhagen serta Fäviken di Sweden. 

Siy berkata: "Ini merupakan suatu pengesahan yang begitu bermakna atas segala usaha keras yang saya dan pasukan saya lakukan demi meningkatkan kemahiran kami. Saya amat berterima kasih kerana platform ini telah membolehkan saya memberi inspirasi kepada para jurumasak muda. Saya ingin menyerlahkan wanita-wanita yang luar biasa dalam industri kami dengan harapan bahawa kami akan dapat berkembang maju dengan memanfaatkan simbiosis yang dibawa oleh tenaga kerja egalitarian sebenar."

Pemenang anugerah sebelum ini termasuk jurumasak dari Korea, Cho Hee-sook (2020), DeAille Tam (2021) yang berpangkalan di Shanghai dan jurumasak Jepun yang berpangkalan di Tokyo, Natsuko Shoji (2022).

Pusat Media:
https://mediacentre.theworlds50best.com/ 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1996405/Johanne_Siy_of_Lolla_Asia_Best_Female_Chef_2023.jpg?p=medium600
PDF - https://mma.prnewswire.com/media/1996471/Asia_50_Best_PDF.pdf
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1996406/Asia_50_Best_Restaurants_2023_Logo.jpg?p=medium600

   

Source: 50 Best
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Food/Beverages Restaurants Travel Awards