omniture

Hasil Kendalian GWM dalam tahun 2022 Melebihi CNY 137.3 Bilion

GWM
2023-02-07 19:18 65

BAODING, China, 7 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Pada 2 Februari, GWM mengeluarkan Anggaran Pendapatan Awal 2022: GWM mencapai paras tinggi mencatat rekod bagi hasil kendalian. Dengan 137.351 bilion CNY pada tahun 2022, ia telah melangkaui 100 bilion CNY bagi tahun keempat, manakala 8.279 bilion CNY daripada pendapatan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 23.09%.

Hasil Kendalian GWM dalam tahun 2022 Melebihi CNY 137.3 Bilion
Hasil Kendalian GWM dalam tahun 2022 Melebihi CNY 137.3 Bilion

Dalam persekitaran yang kompleks dan semakin berubah-ubah pada tahun 2022, GWM masih mencapai paras tinggi mencatat rekod bagi hasil dan jualan luar negara, pertumbuhan tinggi dalam keuntungan, pengoptimuman campuran produk yang berterusan dan premiumisasi jenama, seterusnya mengekalkan trend yang mampan dan sihat.

Jualan luar negara GWM turut mencapai paras tinggi mencatat rekod. Sebanyak 173,200 unit dijual di luar negara pada tahun 2022 menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 21.28%. Strategi jenama global "ONE GWM" yang diumumkan pada tahun 2022 akan terus menggalakkan pengembangan pasaran globalnya.

Pada tahun 2022, penaiktarafan campuran produk dan peningkatan nilai jenama adalah luar biasa. Purata harga seunit sebanyak 128,700 CNY menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 20.8%, dengan nisbah jualan model melebihi 200,000 CNY meningkat kepada 15.27%. Kadar penembusan model-model pintar telahpun mencecah 86.17%.

Campuran produk yang sangat baik terhasil daripada desakan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi yang kukuh. Di bawah prinsip sekian lama melibatkan pelaburan berlebihan dalam R&D, GWM bermatlamat untuk mencapai pemilikan penuh teknologi teras ini. Kekuatan sebenar "Technologi GWM" akan terus disatukan bagi membina ekosistem hutan yang lebih mantap dan menyuntik tenaga baharu serta teknologi pintar ke dalam lebih banyak model.

Dalam bidang tenaga baharu, GWM terus memajukan teknologi elektrik tulen, hibrid dan hidrogen, memulakan penaiktarafan pertama DHT pintar dan melancarkan lebih daripada 10 produk tenaga baharu seperti HAVAL H6 PHEV, WEY Coffee 01 dan beberapa model baharu ORA. Sebagai kecerdasan yang semakin dipercepatkan dalam bidang ini pada tahun 2022, jualan kenderaan yang dilengkapi dengan Coffee Intelligence melangkaui 200,000 unit dan perbatuan kumulatif bagi sistem pemanduan terbantu Coffee Intelligence melebihi 25 juta kilometer.

Pada tahun 2023, dengan lebih memberi tumpuan kepada saluran utama pasaran auto, GWM akan menjadi lebih bertumpu pengguna untuk memenuhi keperluan mereka secara langsung dengan pembaharuan yang komprehensif. Lebih 10 produk tenaga baharu lagi dijangka akan dilancarkan sepanjang tahun ini.

GWM akan menggalakkan lagi transformasi sistem pemasaran, dengan lebih memfokuskan kepada sumber-sumber unggul dan mengukuhkan penyelarasan strategik. Khususnya dari segi strategi jenama, ia akan memperdalam "ONE GWM" demi pemodelan semula yang komprehensif. Pada tahun 2023, syarikat ini akan terus menjadikan teknologi sebagai asas untuk meningkatkan kekuatan produk secara berterusan dan merangsang kecekapan sistem dengan inovasi, seterusnya berusaha memecut bagi mencapai sasaran jualan tahunan iaitu 1.6 juta unit.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Earnings