omniture

ELLINIKON, SALAH SATU PROJEK PEMBINAAN SEMULA BANDAR TERBESAR DI DUNIA, MEMULAKAN PEMBINAAN MENARA RIVIERA, BANGUNAN TERTINGGI DI GREECE DENGAN PACUAN MOMENTUM PARA PELABUR, RAKAN KONGSI DAN PENGUNJUNG

Lamda Development
2023-02-08 20:00

Lamda Development Memacu Masa Depan Pembangunan Ekonomi dan Pembinaan Semula Bandar Baharu Terancang Ellinikon, Sebuah Bandar Utama yang Lestari dan Dipacu Teknologi 

ATHENS, Greece, 8 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Lamda Development telah memulakan aktiviti pecah tanah di Athens dengan kerja-kerja pemasangan cerucuk yang sedang dijalankan di Menara Riviera yang ikonik, bangunan tertinggi yang juga merupakan bangunan pencakar langit pertama di Greece yang dijangka siap menjelang bulan Mac 2026. Menara Riviera setinggi 200 meter ini hanyalah satu mercu tanda daripada pelbagai keunikan Ellinikon, salah satu projek pembinaan semula bandar yang paling besar dan paling beraspirasi di dunia. Projek seluas 6.2 juta meter persegi dengan bandar pintar utama yang dirancang di atas tanah lapangan terbang antarabangsa lama Athens ini menetapkan standard global baharu untuk sebuah reka bentuk bandar yang berdaya tahan dengan kehidupan pintar dan peluang pertumbuhan pelaburan yang sejajar dengan matlamat ESG serta hampir menggandakan keseluruhan kawasan hijau di kota Metropolitan Athens dan menawarkan pembangunan ekonomi yang signifikan. Ellinikon, sebuah bandar dengan akses 15 minit yang dibina dari sifar, akan menawarkan kediaman, pusat komersial, percutian, peruncitan, kedai makan, hiburan, pendidikan dan kemudahan atletik yang bakal menjadikan destinasi ini sebuah destinasi paling inovatif dan menarik di Eropah untuk para penduduk tempatan dan pengunjung antarabangsa.

The Riviera Tower will become Greece's tallest building and most iconic residential destination
The Riviera Tower will become Greece's tallest building and most iconic residential destination

 

Direka bentuk oleh Foster + Partners, Menara Riviera akan menampilkan koleksi kediaman dan emper satu hingga lima bilik tidur, menawarkan pemandangan yang menakjubkan kepada para penghuninya serta akses yang mudah ke pantai dan marina yang menempatkan 310 buah kapal layar.

"Kami menempa sejarah di mana pembangunan mampan dan pelaburan perlu bersifat berani untuk memenuhi keperluan tentang cara kita menggambarkan pengalaman bandar yang kini telah berubah," kata Odisseas Athanasiou, Ketua Pegawai Eksekutif Lamda Development. "Ellinikon akan meninggalkan kesan yang transformatif terhadap Greece dan seluruh dunia, menyediakan penanda aras baharu untuk ruang dalam dan luar kediaman yang serba pintar dan memberi inspirasi serta menggembirakan perasaan para penghuninya, sambil meningkatkan elemen kelestarian secara signifikan di tempat kita tinggal, bekerja dan menikmati kehidupan dalam jangka panjang. Walaupun berhadapan dengan cabaran ekonomi global, kami berada di landasan yang betul berdasarkan jadual pembinaan dan berharap dapat melengkapkan fasa pertama pada tahun 2026."

Projek ini menampilkan beberapa mercu tanda Greece, termasuk:

  • Taman Ellinikon, taman pinggir pantai terbesar di Eropah yang terdiri daripada kawasan hijau seluas 2 juta meter persegi dengan lebih 1 juta pokok dan tanaman baharu yang kesemuanya berasal dari kawasan tempatan.
  • Menara Riviera, bangunan kediaman pencakar langit yang pertama dan tertinggi di Greece, yang bakal menawarkan pemandangan taman dan laut yang menakjubkan dengan gabungan suasana kehijauan yang lestari dan gaya yang unik serta telah memperoleh pensijilan Tahap Emas LEED v4 BD +C.
  • Riviera Galleria, sebuah destinasi premium di Athens dengan rumah couture antarabangsa, kedai pereka fesyen terkenal dan jenama-jenama baharu yang mesti dimiliki serta kedai-kedai makan yang mewah, yang terletak di Athenian Riviera dengan pemandangan perairan yang memukau. Prapensijilan Tahap EMAS LEED telah berjaya dilengkapkan untuk Riviera Galleria
  • Sebuah Hab Komersial seluas 185,000 meter persegi, kompleks komersial terbesar dan paling kontemporari di Greece ini menawarkan falsafah baharu untuk aktiviti beli-belah, bekerja & berhibur serta merupakan pusat beli-belah pertama di Greece yang memperoleh Pensijilan Emas LEED.
  • Sebuah marina dengan 310 tempat untuk kapal layar berlabuh ini merupakan marina eksklusif pertama di Greece yang menawarkan kapasiti pelabuhan berskala besar bagi kapal layar mega yang terletak di perairan sepanjang 3.5 km yang telah dinaik taraf
  • Dengan reka bentuk alam sekitar yang lestari dan berdaya tahan, kawasan ini menampilkan ekonomi jejak karbon sifar bersih melalui penggunaan strategi pemuliharaan tenaga yang canggih dan sistem pengurangan pelepasan karbon. Ellinikon akan menjadi sebuah bandar serba lengkap yang dapat memenuhi keperluan pengairan dan elektriknya sendiri.
  • Ciri-ciri pintar unik yang digunakan adalah seperti infrastruktur kenderaan elektronik, navigasi AR, IoT dalam ruang kediaman dan komersial serta sensor paras air pintar untuk ketahanan pinggir pantai.

Di samping kemajuan pembinaan projek yang stabil dengan fasa 1 yang dijangka siap pada tahun 2026, Ellinikon turut menarik minat para pelabur, pengguna dan orang awam. Bahagian pertama Taman Ellinikon yang telah pun digunakan oleh orang ramai iaitu The Experience Park, telah menerima lebih satu juta kunjungan dalam masa kurang setahun. Selain itu, Pusat Pengalaman Ellinikon – sebuah pusat pelawat yang unik dan mengagumkan yang memaparkan gambaran bandar masa depan Ellinikon – telah menjadi sebuah destinasi tarikan di Athens.  

Ellinikon memupuk kerjasama dengan beberapa minda kreatif yang terkenal di dunia antaranya termasuk Foster + Partners, Kengo Kuma & Associates, arkitek Aedas dan Sasaki yang terlibat dengan reka bentuk bandar ini, manakala beberapa jenama terkenal di dunia yang lain turut menandatangani perjanjian dan MOU untuk menjadi sebahagian daripada projek ini. Projek yang mengagumkan ini dijangka akan menjana pendapatan tambahan secara berperingkat sebanyak €14 bilion, 85,000 peluang pekerjaan dan mewakili kira-kira 2.4 peratus daripada KDNK Greece.

Dua buah pusat peruncitan utama di Ellinikon akan menggabungkan jenama global terkenal dengan nama-nama tempatan yang berprestij yang bakal menerapkan ciri-ciri unik Greece ke dalam pengalaman individu sebagai bahagian yang penting dalam ekosistem baharu ini. Riviera Galleria yang direka bentuk oleh Kengo Kuma akan menawarkan pengalaman gaya hidup sebenar yang dikelilingi oleh seni bina canggih. Hab Komersial ini akan terdiri daripada pusat beli-belah terbesar di Greece, sebuah taman peruncitan generasi seterusnya dengan kedai-kedai serta ruang pejabat yang canggih yang terdapat di "pusat beli-belah hibrid" generasi seterusnya ini. Perjanjian awal yang dipersetujui melibatkan 50% ruang yang akan disewakan. Peratus ruangan ini dijangka meningkat kepada 65% pada tahun 2023.

Untuk Riviera Galleria, 20% ruang sewaan telah dipersetujui yang dijangka bakal mencecah 50% pada akhir tahun 2023.

Turut mendapat permintaan yang tinggi ialah produk kediaman Ellinikon, yang kelihatan unik berbanding kediaman lain di Greece yang merangkumi unit mewah berbilang tingkat dengan bekalan kuasa teknologi hijau, vila tepi laut yang dibina khas serta kediaman di tepi taman yang moden dan bergaya bersebelahan kawasan subur yang menghijau. Sejak ia dilancarkan di peringkat tempatan, minat terhadap kediaman di Greece ini amat memberangsangkan di mana produk kediaman pertama yang dilancarkan di pasaran sudah laris terjual dengan komitmen pembeli berjumlah €1.1 bilion. Lamda Development merancang untuk membawa lebih banyak tawaran kediaman ke pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

Pembangunan lain yang penting termasuk Menara Pelbagai Kegunaan dalam Hab Komersial, yang akan menjadi destinasi perniagaan berprestij baharu bagi Athens merangkap bangunan komersial tertinggi di Greece dan pusat peranginan kasino, sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang dengan lantai permainan bertaraf dunia serta ruang mesyuarat dan konvensyen.

Dua buah hotel lain termasuk Marina Hotel, menawarkan gaya hidup mewah kepada para pengunjung yang tiba di sini dengan menaiki kapal layar — atau mereka yang keluar dari bandar untuk menikmati penginapan kosmopolitan dan hotel tepi pantai dengan gabungan elemen mewah dan pengasingan diri yang menenangkan serta gaya hidup urban Athens yang dinamik sepanjang tahun. 

Minat yang mendalam terhadap projek ini juga boleh dilihat daripada pembiayaan pembangunan berlebihan yang diterima untuk lima tahun pertama—dan sebahagian daripada aspek yang diinspirasikan oleh pembiayaan ini adalah bon hijau Lamda Development yang bernilai €230 juta, yang dibuka kepada orang ramai dan menerima pelaburan daripada organisasi seperti Bank Pembinaan Semula dan Pembangunan Eropah. Hasil daripada bon hijau ini akan dimanfaatkan pada elemen kelestarian seperti pembinaan bangunan rendah karbon, infrastruktur hijau dan ruangan hijau, yang mana kesemuanya ini akan dilaksanakan demi mencapai matlamat keneutralan karbon serta keperluan elektrik dan pengairan Ellinikon dipenuhi sendiri.

Ellikon yang ditetapkan untuk menjadi model pembangunan ekonomi dan reka bentuk lestari global, akan memperkenalkan era baharu bagi sebuah kehidupan bandar pintar serta menyumbang kepada keperluan pembangunan peringkat awal yang peka alam sekitar serta komited untuk mewujudkan ruang hijau yang boleh diakses dan inklusif.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1995054/Lamda_Riviera_Tower.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1995056/Lamda_Development_Ellinikon.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1995055/Ellinikon_Lamda_Logo.jpg?p=medium600

The Ellinikon, a global smart city and Europe’s greatest urban regeneration project
The Ellinikon, a global smart city and Europe’s greatest urban regeneration project

 

 

 

Source: Lamda Development
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Construction/Building Hotels and Resorts Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate