![]() |
Udell, seorang veteran industri pendidikan dengan pengalaman selama 30 tahun, akan memulakan tugas pada 6 Februari
BALTIMORE, 8 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Prometric, sebuah peneraju global dalam penyelesaian ujian dan penilaian yang didayakan teknologi, telah mengumumkan pelantikan Stuart Udell, veteran industri pendidikan dengan pengalaman selama 30 tahun, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu. Udell menggantikan Roy Simrell, yang telah memimpin syarikat tersebut sejak tahun 2019 dan akan terus memberikan khidmat nasihat kepada syarikat dan Udell.
Udell mempunyai pengalaman kepimpinan yang signifikan dalam industri pendidikan dan yang terkini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Achieve3000, sebuah syarikat penyedia perisian dan perkhidmatan terkemuka dalam penyelesaian pembacaan dan intervensi matematik dan penyelesaian pemecutan. Beliau mempunyai kepakaran dalam penilaian, pendidikan kerjaya, penyediaan ujian, kurikulum dan bidang teknologi pendidikan dan penyampaian perkhidmatan yang lain.
"Beberapa tahun yang lalu telah berubah untuk Prometric dan industri kita disebabkan beberapa kemajuan besar dalam teknologi, perubahan dalam tenaga kerja dan trend baharu yang dipercepatkan akibat pandemik. Kami amat berterima kasih kepada kepimpinan strategik Roy Simrell pada masa-masa yang belum pernah terjadi sebelum ini," kata Sandy Ogg, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah. "Kami tidak sabar menantikan tahap pertumbuhan kami yang seterusnya dengan tumpuan berterusan terhadap penilaian dan teknologi pendidikan serta teruja untuk mengalu-alukan penyertaan Stuart Udell sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang telah mendedikasikan kerjayanya dalam bidang ini."
Sebagai tambahan kepada Achieve3000, Udell sebelum ini telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif organisasi Teknologi Pendidikan terkemuka yang lain termasuk pengendali sekolah maya K12, Inc.; intervensi dan penyedia perkhidmatan khusus, Catapult Learning; dan penyedia pendidikan kerjaya dalam talian, Penn Foster.
"Saya amat berbesar hati dan teruja kerana dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Prometric yang baharu," kata Stuart Udell. "Ini merupakan masa yang unik dalam industri di mana teknologi dalam pendidikan hanya akan terus berkembang dan membangun. Saya berharap dapat menggunakan latar belakang dan kepakaran saya untuk memenuhi permintaan ini dan memajukan inovasi bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan Prometric dan calon mereka."
Sepanjang kerjaya beliau, Udell telah berkhidmat sebagai peneraju dalam pelbagai lembaga industri, termasuk eDynamic Learning, Progress Learning, Nerdy, Successful Practices Network, The Learning 2025 National Commission for Student-Centered and Equity-Focused Education serta banyak lagi. Beliau telah berkhidmat sebagai Pengerusi National Dropout Prevention Center selama bertahun-tahun dan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Seumur Hidup daripada pusat tersebut.
Udell berkelulusan MBA daripada Columbia University dan BS dalam Pentadbiran Perniagaan dari Bucknell University.
Tentang Prometric
Prometric merupakan sebuah penyedia global terkemuka bagi penyelesaian ujian dan penilaian yang didayakan teknologi. Penyelesaian serba lengkap kami yang bersepadu menyediakan pembangunan, pengurusan dan pengedaran ujian yang menetapkan standard industri dalam kecemerlangan kualiti, keselamatan dan perkhidmatan. Hari ini, kami membuka laluan ke hadapan untuk industri dengan penyelesaian dan inovasi baharu untuk memastikan akses yang boleh dipercayai dalam penilaian yang selamat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari Prometric.com atau ikuti kami di Twitter di @PrometricGlobal dan LinkedIn di www.linkedin.com/company/prometric/.
Hubungan media:
Brooke Smith
Brooke.Smith@Prometric.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1997809/K12_CEO_Stuart_Udell.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1039886/Prometric_Logo.jpg?p=medium600