omniture

ATF 2023 Bersetuju Mengukuhkan Langkah-langkah Strategik bagi Melaksanakan Strategi-strategi Pelancongan ASEAN

Indonesian Ministry of Tourism and Creative Economy
2023-02-08 23:26 67

YOGYAKARTA, Indonesia, 8 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Negara-negara ASEAN bersetuju untuk memantapkan langkah-langkah kolaboratif bagi mengenal pasti dan menjalankan langkah-langkah strategik bagi melaksanakan Rancangan Strategik Pelancongan ASEAN (ATSP) 2016-2025.

The 2023 ASEAN Tourism Forum (ATF), which took place in Yogyakarta from February 2-5, 2023, resulted in several ASEAN countries’ joint agreements in increasing the role of tourism and driving an economic revival and employment opportunities in the region.
The 2023 ASEAN Tourism Forum (ATF), which took place in Yogyakarta from February 2-5, 2023, resulted in several ASEAN countries’ joint agreements in increasing the role of tourism and driving an economic revival and employment opportunities in the region.

Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2023 yang berlangsung di Yogyakarta mulai 2-5 Februari 2023, menghasilkan beberapa perjanjian bersama negara-negara ASEAN bagi meningkatkan peranan pelancongan dan memacu kebangkitan ekonomi serta peluang pekerjaan di rantau ini yang menjadikan ASEAN sebagai epipusat pertumbuhan ekonomi global.

Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif/Ketua Agensi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Salahuddin Uno, dalam kenyataan bersama tentang ATF 2023 pada Ahad (5/2/2023) di Marriot Hotel Yogyakarta, menyatakan bahawa dalam ATF 2023, negara-negara ASEAN memfokuskan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti pelancongan di rantau ini berdasarkan kepada Rancangan Strategik Pelancongan ASEAN (ATSP) 2016-2025. Hasilnya, kesemua delegasi menghargai langkah-langkah yang diambil oleh Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan ASEAN mengikut apa yang telah dipersetujui sebelum ini.

Rancangan Strategik Pelancongan ASEAN (ATSP) merupakan strategi ASEAN untuk meningkatkan bilangan pengunjung ke rantau Asia Tenggara.

"Negara-negara ASEAN menggalakkan setiap pertubuhan pelancongan kebangsaan ASEAN untuk mengenal pasti langkah-langkah strategik dan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan ATSP pada tahun-tahun akan datang," menurut Menteri Sandiaga.

Dimaklumkan bahawa 60 peratus daripada strategi dan langkah yang diambil baru-baru ini telahpun mengikuti rancangan kerja ATSP. Mesyuarat ini menggalakkan negara-negara anggota ASEAN untuk terus melaksanakan dan menilai semula aktiviti-aktiviti keutamaan mereka selaras dengan ATSP.

Sebagai Pengerusi Mesyuarat ATF 2023, Menteri Sandiaga mendedahkan bahawa negara-negara dan rakan-rakan kongsi ASEAN menghargai dasar kelonggaran dan penghapusan sekatan perjalanan oleh negara-negara anggota ASEAN. Hasilnya, lawatan pelancong antarabangsa ke ASEAN pada tahun 2022 meningkat sebanyak 1,706 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Kadar penghunian hotel turut meningkat sebanyak 16 peratus berbanding tahun 2021," sambung beliau. ASEAN telah bekerjasama dengan bertungkus lumus bersama-sama dalam mempromosikan ASEAN sebagai destinasi pilihan dengan berusaha untuk mengembalikan keyakinan pelancong, menunjukkan kepelbagaian, kemesraan, kebingkasan, keterujaan dan pengembaraan yang merupakan lambang penduduk di rantau ASEAN.

Salah satu daripadanya ialah memperkukuh potensi pelancongan kapal persiaran sebagai salah satu sektor yang akan memantapkan pemulihan pelancongan ASEAN.

"Mesyuarat tersebut turut menekankan keperluan untuk meningkatkan kerjasama bersama rakan-rakan kongsi yang berkaitan bagi memperkukuh usaha promosi dan pemasaran," jelas beliau.

Sandiaga menyatakan selanjutnya bahawa mesyuarat ATF 2023 turut bersetuju tentang beberapa hal lain. Seperti meningkatkan kapasiti golongan profesional pelancongan ASEAN melalui Susunan Pengiktirafan Bersama untuk Profesional Pelancongan (Mutual Recognition Arrangement for Tourism Professionals, MRA-TP) dan meningkatkan pembangunan pelancongan yang bertanggungjawab, mampan dan inklusif.

"Serta menggalakkan transformasi dan penerimaan pelancongan digital," simpul beliau.

Delegasi-delegasi yang menghadiri sesi kenyataan bersama itu ialah Penolong Pengarah, Direktorat Pembangunan Sektor ASEC, Pham Quang Minh; Naib Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam, Doan Van Viet; Setiausaha Tetap Pelancongan dan Sukan Thailand, Arrun Boonchai; Pembantu Ketua Eksekutif, International Group, Lembaga Pelancongan Singapura, Juliana Kua; Setiausaha Jabatan Pelancongan Filipina, Christina Garcia Fasco, serta Menteri Kebudayaan, Maklumat dan Pelancongan Laos, Suanesavanh Vignaket.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Utama dan Pelancongan Brunei Darussalam, Tutiaty Abdul Wahab; Setiausaha Rendah Negara Kementerian Pelancongan Kemboja, Thok Sokhom; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Dato Sri Tiong King Sing; Duta India untuk ASEAN, Jayant Namdeorao Khobragade dan Naib Pesuruhjaya Agensi Pelancongan Jepun, Mitsuaki Hoshino.

I Gusti Ayu Dewi Hendriyani
Ketua Biro Komunikasi
Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif/
Agensi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif

 

Source: Indonesian Ministry of Tourism and Creative Economy
Keywords: Travel Trade show news