DETROIT, 15 Februari 2014 /PRNewswire/ -- WADL Detroit telah memecat Penerbit yang pernah memenangi anugerah Emmy, Gary May yang turut dilihat dibawa keluar dari pejabat WADL pada 13 Februari 2014 semalam, kerana tuduhan melakukan perbuatan salah laku.
WADL amat berterima kasih kepada Fox 2 News dan juga Rob Wolchek kerana menggalakkan penyiasatan dilakukan.
Siasatan dalaman telah dijalankan oleh Richard Mazzari, ejen FBI yang telah bersara dan kini bertugas untuk En. Adell. Beliau telah menemui banyak konflik berkaitan dengan "Bowling for Dollars"; versi baharu bagi program yang telah ke udara dalam tempoh yang singkat menerusi WADL.
"Saya tidak dapat bertolak-ansur dengan perbuatan sebegini dan saya merancang untuk terus melakukan siasatan bagi benar-benar mengetahui keadaan sebenarnya," kata Kevin Adell, Ketua Pegawai Eksekutif, WADL Detroit.