omniture

Pereka Fesyen Fyodor Golan Menggabungkan Telefon Pintar Nokia untuk Hasilkan Skirt Pintar Unggul Yang Mampu Bertukar-tukar

NOKIA
2014-02-17 14:48 104

LONDON, 17 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Nokia telah bekerjasama dengan gandingan pereka fesyen terkenal, Fyodor Golan untuk Minggu Fesyen London bagi menghasilkan rekaan skirt interaktif pertama di dunia yang terdiri daripada telefon pintar Nokia Lumia 1520.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140214/670895 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140214/670895-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140214/670895-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140214/670895-c )

Skirt inovatif ini telah direka khas oleh para pereka yang telah memenangi anugerah Fashion Fringe dan dihasilkan oleh Kin dengan menggunakan gambar statik yang ditangkap menggunakan kamera telefon tersebut atau memaparkan siaran langsung pada 80 skrin yang menghiasi skirt itu. Gambar pada skirt pemakai ini sentiasa bertukar-tukar sepanjang hari.

Imej pada skrin juga akan bertukar warna apabila skirt itu digerakkan, lalu menghasilkan kesan kilauan yang mensimulasikan sifat sentuhan realistik fabrik sebenar. Ini dapat dilakukan menerusi aplikasi yang diciptakan khusus untuk memanfaatkan kedudukan global, bagi memastikan kilauan yang dihasilkan adalah sejajar dengan pergerakan model tersebut. Ini dipercayai merupakan kali pertama skirt seperti ini telah direka.

Annie Kearney, Nokia Brand Lab berkata, "Projek tersendiri ini bertujuan untuk meneroka kemungkinan yang tersedia apabila teknologi pintar dan fesyen digabungkan bersama, serta menyokong bakat baharu untuk menciptakan sesuatu yang istimewa dengan menggunakan telefon pintar Nokia Lumia 1520 yang mempunyai rekaan anggun ini."

Bagi menghasilkan skirt tersebut, Kin telah bekerja secara interaktif dengan gabungan perisian seperti Python dan C#. Lukisan awal skirt ini telah dilakarkan bersama Fyodor Golan. Lakaran ini kemudiannya dihasilkan dengan menggunakan peralatan kejuruteraan serta peralatan prototaip yang pantas seperti pencetakan 3D dan juga pemotongan laser untuk menambah baik rekaan awal tersebut.

Apabila bercakap tentang koleksi baharu mereka serta kerjasama dengan Nokia, Fyodor berkata, "Pada musim A/W 14, kami telah berpeluang untuk memanfaatkan teknologi bagi menghasilkan rekaan ini. Kami percaya kita boleh mencipta hampir apa sahaja tanpa menghiraukan halangannya. Warna pada skirt yang dihasilkan ini akan bertukar apabila skirt itu digerakkan, manakala idea untuk membolehkan skrin bertindak balas terhadap dunia sekeliling menerusi fotograf serta video merupakan sesuatu yang kami fikir tidak pernah dilakukan sebelum ini."

Ketika mengulas tentang pengalaman beliau menghasilkan skirt ini, Matt Wade daripada Kin berkata: "Ini merupakan suatu aspek baharu yang menguja bagi meneroka segala kemungkinan yang ada dalam bidang fesyen, rekaan serta pengaturcaraan."

Nokia mempunyai sejarah kerjasama yang lama dalam bidang fesyen termasuklah membawakan David Bailey dan juga Bruce Weber bersama buat julung kalinya untuk mengambil gambar bersama-sama dengan menggunakan kamera 41 megapiksel Nokia Lumia 1020. Pada masa kini, telefon pintar kian memainkan peranan yang penting dalam bidang fesyen, terutamanya dalam pertunjukan minggu fesyen peringkat global dengan mempamerkan rekaan secara dalam talian sebelum dilancarkan kepada umum. Kemampuan pengimejan, rekaan dan fungsi yang menerajui milik Nokia Lumia 1020 serta Lumia 1520 menjadikannya peralatan yang sempurna bagi dunia fesyen.

Sumber: NOKIA

Source: NOKIA
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Retail New products/services Trade show news