omniture

Bandar Terhubung GSMA Akan Dibuka Di Kongres Dunia Mudah Alih

GSMA
2014-02-17 16:00 135

- GSMA bersama AT&T, Deutsche Telekom, KT dan Vodafone akan Menunjukkan Bagaimana Inovasi Mudah Alih Terkini Sedang Menambah Baik Kehidupan Kita

LONDON, 17 Februari 2014 /PRNewswire/ -- GSMA akan membuka tirai Bandar Terhubung di Kongres Dunia Mudah Alih dengan pamerannya yang paling bercita-cita tinggi dan paling berinspirasi setakat ini, dengan mempelawa pengunjung menerokai persekitaran bandar yang realistik dan turut mengalami sendiri bagaimana produk dan perkhidmatan mudah alih canggih sedang menambah baik kehidupan kita yang semakin terhubung.

Bandar Terhubung, yang menarik seramai 15,000 pelawat tahun lepas dan juga merupakan salah satu daripada tarikan paling popular di Kongres Dunia Mudah Alih, bakal dihidupkan oleh rakan kongsi GSMA, AT&T, Deutsche Telekom, KT dan Vodafone. Ia bermatlamat untuk menunjukkan bagaimana hubungan mudah alih pintar menjadikan perkhidmatan dalam Bandar Pintar, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, peruncitan serta identiti dan keselamatan menjadi pengalaman yang lebih beraneka dan juga pintar melalui bahan pamer interaktif. Bandar itu juga akan memaparkan penyelesaian daripada Accenture, Ericsson, General Motors, IBM, Huawei, Samsung dan Synchronoss Technologies, antara lainnya.

"Keterhubungan mudah alih sedang membentuk dunia di sekeliling kita, lalu membolehkan begitu banyak perkhidmatan berharga dengan kesedaran konteks disediakan dengan serta-merta kepada pengguna dan perniagaan," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran GSMA. "Kemajuan peranti terhubung dan komunikasi mesin ke mesin terus berlaku. Pada tahun ini, Bandar Terhubung ialah pameran kami yang paling besar, paling bercita-cita tinggi serta paling memberi inspirasi setakat ini dan kami mengalu-alukan para pengunjung untuk mengalami bagaimana teknologi mudah alih sedang memberi impak terhadap kehidupan kita sekarang dan dalam masa depan yang terdekat."

Memperkenalkan Pelbagai Pengalaman Baharu
Bandar Terhubung GSMA bakal mempamerkan inovasi mudah alih terkini kepada para pengunjung termasuklah:

  • Baju Pengesanan Pintar – Tonton pasukan pemain bola keranjang terhubung daripada PABA (Pay d'Aix Basket) memakai pakaian sukan pengesanan pintar terkini bagi memantau dan turut mengoptimumkan prestasi.
  • Masa Hadapan Kereta Terhubung– Terokai kemungkinan perkhidmatan automotif melalui penggunaan realiti luasan.
  • Keselamatan- Saksikan bagaimana peranti mudah alih boleh menjadi alat akses untuk semua aspek perjalanan anda ke tempat kerja, termasuk membuka pintu kereta konsep, mangga kunci rumah anda dan juga akses ke dalam bangunan pejabat.
  • Kawalan dan pengawasan rumah – Alami kawalan dan pengawasan rumah yang disatukan melalui Perkhidmatan Komunikasi Beraneka (RCS), dengan membenarkan sistem penggera, termostat dan kamera keselamatan anda berfungsi bersama.
  • Penjagaan Kesihatan – Saksikan bagaimana RCS mampu membolehkan lawatan penjagaan kesihatan maya, menambah baik prosedur rawatan susulan pesakit dan turut memastikan data pesakit adalah selamat, serta membolehkan peranti pemantauan digunakan dalam konteks panggilan video HD.
  • NFC – Bandar Terhubung juga bakal menunjukkan pelbagai penyelesaian perdagangan digital berasaskan NFC, dengan mengetengahkan aplikasi dalam pembayaran, peruncitan, pengangkutan, identiti dan akses mudah alih, antara lainnya.

Pengalaman Rakan Kongsi GSMA yang dipamerkan di Bandar Terhubung termasuklah:

AT&T

  • Studio AT&T Drive bakal mempamerkan AT&T Drive, penyelesaian hujung ke hujung yang boleh disediakan oleh AT&T dan para penyumbangnya kepada para pengeluar seluruh dunia, menyerupai Studio Drive yang baru-baru ini dibuka di Atlanta, Amerika Syarikat. AT&T Drive ialah platform global bermodul yang membantu pengeluar kenderaan menyediakan inovasi kereta terhubung.
    •  Di dalam ruang Studio AT&T Drive, General Motors akan mempamerkan kereta Opel Insignia tahun 2014 dan juga kereta Chevrolet Corvette Stingray tahun 2014, setiap satunya dilengkapi beberapa teknologi dan ciri kenderaan terhubung yang bakal diperkenalkan jenama itu.
    •  Antara inovasi kereta terhubung yang dipamerkan ialah sistem Sensus Connect yang dikuasakan Ericsson, yang menggabungkan maklumat hiburan, pengemudian dan juga audio untuk pengalaman memandu yang lebih selamat dan cekap.
    •  VoiceBox bakal mempamerkan teknologi suara perbualan dan bahasa semula jadi menerusi ciri pengemudian, media, maklumat hiburan, penghantaran mesej dan ciri sosial yang dimiliki oleh kereta terhubung.
  • AT&T Digital Life bakal mempamerkan penyelesaian hujung ke hujung untuk automasi kediaman dan pengurusan tenaga yang membolehkan penyedia perkhidmatan global untuk menawarkan penyelesaian berlabel putih. AT&T Digital Life ialah penyelesaian platform IP dan wayarles sepenuhnya. Penyelesaian The Digital Life International B2B menggunakan model perisian sebagai perkhidmatan AT&T, yang membolehkan kelenturan dan juga penyuaian khusus untuk menyediakan kemampuan sedia guna kepada Penyedia Perkhidmatan, lalu membenarkan mereka untuk melaksanakannya mengikut keperluan perniagaan mereka.
  • Clear Channel akan memaparkan iHeartRadio, aplikasi radio digital semua dalam satu yang dimilikinya dalam paparan kereta terhubung. Aplikasi penstriman muzik menyediakan akses serta-merta kepada lebih 1,500 stesen siaran langsung, stesen tersuai khusus ciptaan sendiri dan banyak lagi, secara terus daripada papan pemuka.
  • Sepanjang ruang AT&T Samsung akan mempamerkan beberapa produk termasuk Galaxy Note 8, Galaxy Tab2 10.1", Galaxy Tab3 7", Samsung Zoom, Accessories, dan Home Sync.
  • Sebagai sebahagian daripada ekosistem Bandar Terhubung, Synchronoss Technologies akan mempamerkan serta melakukan demonstrasi penyelesaian teknologi yang menjadi nadi bagi gaya hidup terhubung dengan Synchronoss Integrated Life™ dan juga Synchronoss Personal Cloud™. Synchronoss Integrated Life ialah penyelesaian platform awan yang membolehkan apa jua peranti untuk menjadi aktif pada rangkaian dengan mudah dan cepat di samping memperkasa pengguna hujung agar dapat menggunakan peranti serta rangkaian dalam beberapa cara yang baharu. Synchronoss Personal Cloud merupakan penyelesaian awan peribadi berlabel putih yang menerajui industri dan turut membenarkan para pembawa mudah alih untuk menyediakan kemampuan penyegerakan dan simpanan siap guna yang berjenama bagi para pelanggan.  

DEUTSCHE TELEKOM
Bersama rakan kongsinya IBM, Deutsche Telekom akan mempamerkan penyelesaian pintar untuk M2M dan Internet of Things, termasuk:

  • Stadium Lebih Pintar: Para peminat boleh menanti-nantikan pengalaman yang lebih menguja apabila menonton perlawanan sukan dan juga konsert melalui pengurusan lalu lintas dan orang ramai yang lebih baik, penambahbaikan langkah keselamatan serta kemudahan yang dipertingkat.
  •  Penjejakan Runcit / Makanan Lebih Pintar: Para pengguna boleh mendapatkan lebih banyak ketelusan dengan memeriksa sumber makanan, termasuk lokasi makanan keluaran segar dan perjalanannya hingga ke rak pasar raya

KT

  • g-Manual: Aplikasi mudah alih perubatan ini menyediakan maklumat tersuai khusus tentang ubat yang sesuai, penyakit yang mungkin dihidapi dan juga maklumat berguna lain berdasarkan data genom peribadi seseorang pengguna yang dimasukkan ke dalam telefon pintar pengguna itu.
  • Smart Home@Cloud: Penyelesaian kawalan rumah digital intuitif yang menyediakan keselamatan pintar dan juga perkhidmatan pemeteran pintar dengan hanya menggunakan hab rumah dan perkhidmatan awan.
  • Tiang Media NFC: Tiang media pintar yang menggabungkan NFC dengan papan iklan digital yang menyediakan filem, kupon, tiket, muzik dan juga iklan dalam telefon pintar yang dibolehkan NFC. Sebanyak 65 Tiang Media NFC KT akan digunakan di MWC 2014 di Fira Gran Via.
  • Menggunakan wayar telefon sehingga benar-benar menguji hadnya: Penyelesaian Internet pertama dunia yang menggunakan wayar telefon sedia ada bagi menyediakan kelajuan pemindahan dua hala melebihi 200 Mbp.

VODAFONE
Bersama rakan kongsinya Accenture, Huawei dan juga BMW, Vodafone M2M akan menunjukkan beberapa produk dan penyelesaiannya yang utama:

  • Peruncitan Pintar – Lihat bagaimana teknologi M2M boleh mencipta kabinet runcit pintar, membolehkan pengiklanan digital yang disasarkan dan turut mengurangkan kos tenaga dan penggunaan.
  • Bandar Pintar – Alami bagaimana pengawasan jarak jauh, pencahayaan jalan kawalan jauh dan juga pemantauan simpanan air sedang membolehkan Bandar Terhubung.
  • Automotif – Fahami bagaimana M2M sedang membentuk masa hadapan industri automotif dengan penyelesaian untuk kereta terhubung.
  • Kesihatan – Lihat bagaimana penyelesaian mHealth sedang melatih pekerja kesihatan di Kenya dan turut memperbaiki komunikasi antara pesakit, golongan profesional penjagaan kesihatan dan peranti perubatan.

Jelajahi Bandar
Pada tahun ini, GSMA telah mempertingkatkan lagi pengalaman Bandar Terhubung dengan pengenalan siri jelajah bertema "Perjalanan melalui Kehidupan Terhubung" di dalam Bandar itu yang dikhususkan kepada minat individu termasuk Bandar Pintar, Kesihatan, Pendidikan, Peruncitan, Pengangkutan serta Identiti dan Keselamatan. Sepanjang jelajah ini, para pengunjung boleh menggunakan Panduan Bandar Terhubung yang dimuat turun ke dalam telefon pintar atau tablet mereka bagi menikmati pengalaman yang paling relevan untuk mereka. Panduan Bandar Terhubung juga boleh dimuat turun di banyak Tempat Tap-n-Go NFC (Komunikasi Medan Dekat) yang terletak di serata Fira Gran Via.

Bandar Terhubung GSMA akan terletak di Tapak Pameran 3A11 dan 3A31 di dalam Dewan 3, Fira Gran Via dan akan dibuka sewaktu masa pembukaan pameran Kongres Dunia Mudah Alih mulai Isnin 24hb sehingga Khamis 27hb Februari 2014. Sila ambil maklum Bandar akan ditutup pada jam 16:00 hari Selasa untuk resepsi persendirian.

Libatkan diri dalam Kongres Dunia Mudah Alih 2014
Kongres Dunia Mudah Alih akan diadakan pada 24 hingga 27 Februari di Fira Gran Via, Barcelona. Bagi maklumat lanjut tentang Kongres Dunia Mudah Alih 2014 termasuk cara untuk menyertai, mempamer atau menaja, lawati www.mobileworldcongress.com. Ikuti perkembangan dan kemas kini tentang Kongres Dunia Mudah Alih (#MWC14) melalui Twitter @GSMA #Connectedcity atau melalui Facebook www.facebook.com/mobileworldcongress.

Latar belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Merentasi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan juga kemudahan awam. GSMA juga menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

 

 

Source: GSMA
Keywords: Auto Computer/Electronics Food/Beverages Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Trade show news