-- Kajian Baharu Menunjukkan Pertumbuhan Mantap dalam Sektor M2M sambil 'Kehidupan Terhubung' Mula Matang
LONDON, 17 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Hubungan mesin ke mesin (M2M)[¹] global bakal mencecah suku bilion pada tahun ini, menurut laporan[²] baharu oleh GSMA, lalu menegaskan yang M2M telah menjadi bidang pertumbuhan utama untuk para pengendali mudah alih.
Laporan baharu daripada GSMA Intelligence, 'Daripada konsep kepada penyampaian: pasaran M2M hari ini', menjejak pembangunan pasaran M2M sejak tahun 2010 dan turut mengesahkan yang 'Kehidupan Terhubung' telah mula matang sambil para pengendali mula menentukan skala pengaturan penggunaan penyelesaian M2M merentasi pelbagai sektor menegak.
Kajian itu mendapati hubungan M2M global telah mencecah 195 juta pada tahun 2013, bertumbuh hampir pada kadar 40 peratus setiap tahun (38 peratus CAGR) antara tahun 2010 dan 2013. Hubungan M2M dijangka akan mencecah 250 juta tahun ini. M2M bertanggungjawab untuk 2.8 peratus daripada semua hubungan mudah alih global pada penghujung tahun 2013, dua kali jumlah syer sebanyak 1.4 peratus yang dicatatkan pada tahun 2010.
"Kini kita hidup di dalam dunia yang membolehkan setiap peranti, mesin atau perkakas dihubungkan secara wayarles ke Internet, lalu menyediakan begitu banyak maklumat masa sebenar yang mampu mengubah cara orang ramai hidup dan bekerja. Bagi para pengendali mudah alih, menghubungkan 'mesin' ke rangkaian mereka kini merupakan bidang tumpuan utama," kata Hyunmi Yang, Ketua Pegawai Strategi GSMA. "Tetapi pembaharuan ini bukan sahaja melibatkan usaha menambah jenis hubungan baharu: terdapat peluang untuk para pengendali mudah alih menambah nilai jauh melangkaui keterhubungan dengan membangunkan kemampuan M2M yang mengurangkan penyerpihan dan turut merangsang perkhidmatan baharu. Contohnya, para pengendali boleh membantu memacu pasaran M2M ke hadapan dalam bidang seperti mentakrifkan penyelesaian silang menegak dalam API rangkaian, pengurusan peranti, keselamatan dan data besar."
Menurut kajian itu, kira-kira 428 pengendali mudah alih kini menawarkan perkhidmatan M2M merentasi 187 negara; ini bersamaan dengan 40 peratus daripada pengendali mudah alih dunia.
Para pengendali yang dikaji selidik dalam laporan itu kini sedang menjalankan pengaturan penggunaan M2M komersil sebenar, yang menunjukkan pasaran itu kini sudah beralih daripada fasa peringkat awal kepada fasa penyampaian pasaran massa. Banyak pengendali juga memberi komen yang mereka sedang menyesuaikan struktur organisasi dan model perniagaan mereka bagi menyediakan penyelesaian M2M kepada pelbagai industri menegak.
Laporan itu menunjukkan yang industri automotif ialah salah satu daripada pasaran M2M yang paling pesat membangun. Pengguna kini benar-benar boleh menikmati manfaat daripada keterhubungan dalam kereta dan perkhidmatan seperti insurans Bayar Apabila Pandu (PAYD) yang berasaskan penggunaan fleksibel serta pengurusan lalu lintas masa sebenar.
"Sudah jelas yang pasaran M2M telah beralih daripada tempoh pembangunan menuju fasa pengaturan penggunaan komersil," kata Jurgen Hase, Naib Presiden Pusat Kecekapan M2M, Deutsche Telekom. "M2M merupakan kepentingan strategik yang signifikan terhadap perniagaan kami dengan potensi pertumbuhan yang besar merentasi sebilangan segmen industri. Kita sudah dapat lihat impaknya terhadap kehidupan seharian kita."
"M2M penting kerana ia menyusun semula aliran kerja agar lebih lancar. Kami di SingTel juga semakin memberi tumpuan terhadap penyelesaian yang mencipta lebih nilai untuk pelanggan kami melangkaui keterhubungan. Kami sedang melihat kepada cara berbeza bagi mendalamkan lagi tawaran kami," kata En. Zia Zaman, Naib Presiden, Perniagaan Baharu dan Strategi, SingTel Group Enterprise. "Pada mulanya, usaha kami ditumpukan terhadap usaha memastikan yang kami menyediakan keterhubungan terbaik. Kini apabila perkara itu sudah dicapai, kami sedang memberi tumpuan terhadap usaha untuk menaiki rantaian nilai."
"Pelanggan kami sedang menjadi semakin sofistikated daripada segi penggunaan teknologi M2M dan lebih menyedari akan peluang yang diwujudkan teknologi itu. Kami percaya dengan menjajarkan diri kami dengan pendekatan mereka terhadap pasaran, kami sedang mewujudkan perkongsian yang baharu dan lebih mantap bagi membantu memperluas proses ambil guna dan juga penggunaan M2M pada peringkat global," Jari Salminen, pembangunan perniagaan M2M di Vodafone.
Nota kepada Editor
[¹] Apakah hubungan mesin ke mesin? Sambil pengendali dan pengawal selia melaporkan semakin banyak hubungan M2M, takrifnya boleh mempunyai perbezaan yang ketara. Data hubungan M2M GSMA Intelligence yang digunakan dalam kajian baharu ini hanya merujuk kepada hubungan SIM yang membolehkan penghantaran data mudah alih antara mesin. Ia tidak mengambil kira SIM yang digunakan dalam peranti pengkomputeran peribadi seperti telefon pintar, anak kunci, tablet, e-pembaca, penghala dan kawasan khas.
[²] Bahagian pertama laporan itu menganalisis keadaan semasa pasaran M2M berdasarkan kajian GSMA Intelligence baharu. Ia menandakan permulaan siri output kualitatif dan kuantitatif yang diterajui oleh GSMA Intelligence sambil GSMA meningkatkan kemampuannya bagi mengukur peluang pasaran M2M global dengan tepat. Bahagian kedua laporan itu adalah berdasarkan kajian berasingan yang dikendalikan terus bersama para pengendali bagi memahami arah aliran pasaran dengan matlamat untuk menyediakan gambaran pasaran M2M hari ini yang paling tepat. Temu ramah dijalankan dengan individu yang mempunyai tanggungjawab langsung untuk M2M di dua belas pengendali mudah alih global yang menerajui.
Latar belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Merentasi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuklah pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan juga kemudahan awam. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA