omniture

Trina Solar dan SUMEC Tandatangani MoU Komprehensif Merangkumi Projek Solar Di Asia Tenggara

Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
2023-02-11 00:05 39

SINGAPURA, 11 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar Co. Ltd (Trina Solar), penyedia penyelesaian menyeluruh PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia serta SUMEC Complete Equipment and Engineering Co., Ltd. (SUMEC Engineering) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang mana kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuh tahap kerjasama mereka dalam pasaran Asia Tenggara.

L-R: Gu Lihao, General Manager of International Engineering Division 1, SUMEC Engineering; Todd Li, Trina Solar President, Asia Pacific Region
L-R: Gu Lihao, General Manager of International Engineering Division 1, SUMEC Engineering; Todd Li, Trina Solar President, Asia Pacific Region

Sejak tahun 2014, kedua-dua syarikat telah mencapai banyak projek yang berjayadi rantau Asia Pasifik seperti Vietnam, Filipina dan sebagainya.

SUMEC Engineering – kumpulan korporat perkhidmatan pembuatan moden dengan pengkhususan dalam kontrak EPC (kejuruteraan, perolehan dan pembinaan) baik untuk pasaran antarabangsa mahupun domestik - membantu membina projek solar 159MW Aboitiz Renewables di wilayah Pangasinan, utara Filipina. Trina Solar telah dianugerahkan kontrak untuk membekalkan kesemua modul solar untuk projek ini.

SUMEC Engineering membantu membina projek solar 210MW Sao Mai Group di wilayah An Giang, Vietnam. Pada tahun 2020 Trina Solar membekalkan 108MW modul untuk projek ini.

Di bawah MoU tersebut, setiap syarikat akan menubuhkan sebuah pasukan yang akan bertanggungjawab untuk berhubung rapat dengan pihak yang satu lagi bagi mengukuhkan lagi muhibah dan menyelaraskan tugas antara kedua-duanya.

Kedua-dua syarikat, yang terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang masing-masing, bersetuju dengan pertukaran teknikal untuk memupuk kolaborasi yang lebih besar agar projek-projek solar yang diusahakan secara bersama oleh mereka memanfaatkan kemajuan yang terkini dalam teknologi.

Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk projek-projek solar yang telah dibangunkan bersama-sama, mereka akan terus memberi sokongan teknikal kepada satu sama lain demi manfaat pelanggan.

Latar Belakang Trina Solar (688599. SH)

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia. Syarikat ini terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan produk PV; pembangunan projek PV, EPC, O&M; pembangunan dan penjualan sistem pelengkap mikro-grid dan berbilang tenaga pintar serta operasi platform-awan tenaga. Pada tahun 2018, Trina Solar melancarkan jenama Energy IoT, menubuhkan Trina Energy IoT Industrial Development Alliance bersama-sama perusahaan dan institut penyelidikan yang terkemuka di China dan serata dunia serta menubuhkan Pusat Inovasi Perindustrian IoT Tenaga Baharu. Menerusi tindakan ini, Trina Solar komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya untuk membina ekosistem IoT tenaga dan membangunkan platform inovasi bagi meneroka IoT Tenaga Baharu, ketika ia berusaha untuk menjadi peneraju dalam tenaga pintar global. Pada Jun 2020, Trina Solar disenaraikan pada STAR Market Bursa Saham Shanghai. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com.

 

 

 

 

 

Source: Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Utilities