omniture

Coty Inc. Dan Piaggio Group Mengumumkan Kerjasama Menghasilkan Minyak Wangi

Coty Inc.
2014-02-17 22:00 105

-- Peneraju Produk Kecantikan bakal Melancarkan Wangian Tersendiri untuk Jenama Gaya Hidup Itali Ikonik, Vespa

NEW YORK, 17 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Syarikat kecantikan yang menerajui pada peringkat global, Coty Inc. (NYSE: COTY) dan Piaggio Group (PIA.MI), pengeluar yang menerajui di Eropah bagi kenderaan motor dua roda, hari ini mengumumkan kedua-dua syarikat ini akan mewujudkan kerjasama eksklusif bagi mencipta, menghasilkan dan turut mengedarkan wangian tersendiri untuk lelaki dan juga wanita yang akan diedarkan di bawah jenama Vespa.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140217/NY64525)

Vespa merupakan salah satu daripada jenama paling ikonik di Itali. Sebagai jenama yang merupakan simbol gaya hidup, teknologi, kreativiti serta keanggunan Itali di seluruh dunia, Vespa bukan sebarang skuter biasa, tetapi merupakan suatu ikon. Memandangkan sebanyak lebih 18 juta skuter Vespa telah dijual sejak jenama ini diwujudkan pada tahun 1946, kejayaan Vespa pastinya merupakan fenomena yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Gandingan pilihan wangian Vespa ini dijangka akan mula berada dalam pasaran pada bulan Mei 2014.

Latar Belakang Coty Inc.
Coty merupakan syarikat kecantikan yang menerajui pada peringkat global dengan pendapatan bersihnya adalah sebanyak $4.6 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2013. Coty ditubuhkan di Paris pada tahun 1904 dan merupakan syarikat kecantikan semata-mata dengan portfolio wangian terkenal, kosmetik warna dan juga produk penjagaan kulit serta tubuh badan yang berjaya dijual di lebih 130 negara dan wilayah. Produk yang ditawarkan oleh Coty juga termasuklah jenama global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.

Latar Belakang Vespa

Vespa yang dihasilkan oleh Piaggio Group sejak tahun 1946 merupakan salah satu daripada produk Itali yang paling terkenal. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Vespa telah mencapai kejayaan komersil yang memberangsangkan: dari tahun 2004 apabila jualan keseluruhan mencapai 58,000 unit, jumlah ini terus meningkat sehingga mencecah 122,000 pada tahun 2009, 165,000 pada tahun 2012, dan sebanyak 188,633 unit Vespa telah berjaya dijual pada tahun 2013. Vespa turut meningkatkan pengeluarannya sebanyak tiga kali jumlah asalnya dalam tempoh sepuluh tahun sehingga lebih satu juta unit Vespa baharu telah berjaya dijual di serata dunia. Pada masa kini, Vespa benar-benar merupakan jenama terkenal pada peringkat global, menjadi kegemaran ramai serta dihasilkan di tiga tapak pengeluaran: Pontedera, Itali, tempat Vespa telah dihasilkan tanpa sebarang masalah sejak tahun 1946 yang kemudiannya diedarkan di Eropah dan juga pasaran barat termasuk di Amerika; di Vinh Phuc, Vietnam pula Vespa dihasilkan untuk diedarkan di pasaran tempatan dan juga Asia Timur; manakala di India, Vespa dihasilkan di kilang Baramati yang serba baharu untuk dijual di pasaran India.

Source: Coty Inc.
Related Stocks:
Milan:PIA NYSE:COTY
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Joint ventures New products/services