omniture

CGTN:Membina komuniti China-Kemboja dengan masa depan bersama pada permulaan musim bunga

CGTN
2023-02-13 08:00 69

BEIJING, 13 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Lebih daripada satu juta kenderaan telah melalui lebuh raya Kemboja yang pertama seumpamanya yang menghubungkan ibu kota Phnom Penh dan wilayah pelabuhan laut-dalam Preah Sihanouk dalam tiga bulan pertama sejak perasmiannya pada 1 Oktober tahun lalu.

Lebuh raya sepanjang 187 km, dilaburkan oleh China Road and Bridge Corporation sebanyak $2 bilion, merupakan salah satu hasil kerjasama antara China dan Kemboja di bawah rangka kerja Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI).

Terdapat pepatah di Kemboja yang berbunyi "di mana ada jalan, di situ ada harapan." Perdana Menteri Kemboja Hun Sen pernah berkata China telah membina banyak jalan raya dan jambatan untuk Kemboja, maka ia bererti bahawa China telah membina harapan yang tinggi untuk penduduk Kemboja.

Hun Sen melawat China pada Februari 2020, ketika keadaan wabak COVID-19 di negara ini masih lagi teruk. Mengimbau kembali pertemuan tersebut, pada hari Jumaat Presiden Cina Xi Jinping berkata lawatan tersebut merupakan tanda sokongan dan Hun Sen berdiri teguh bersama rakyat Cina dalam perjuangan mereka memerangi COVID-19.

"Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan anda bagi merealisasikan pelantikan tiga tahun kami dan membuka era baharu pembinaan komuniti China-Kemboja dengan masa depan bersama pada permulaan musim bunga," kata Xi kepada Hun Sen di Diaoyutai State Guesthouse di Beijing.

Kerjasama menyeluruh 

Xi menyatakan bahawa kedua-dua pihak boleh membina kerangka kerjasama dalam enam bidang utama: politik, kapasiti pengeluaran, pertanian, tenaga, sekuriti, sesama rakyat dan pertukaran budaya. Hun Sen menyatakan persetujuan penuh beliau terhadap idea tersebut.

Pakatan perdagangan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas China-Kemboja (CCFTA) mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022. Menurut Pejabat Ekonomi dan Komersial Kedutaan Cina ke Kemboja, volum dagangan antara China dan Kemboja mencecah $14.5 bilion dari Januari hingga November 2022, satu peningkatan sebanyak 19.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pada hari Jumaat, Xi menegaskan bahawa China akan turut menggalakkan lebih banyak perusahaan Cina untuk melabur di Kemboja, membantu dalam pembinaan zon Ekonomi Khas Sihanoukville dan menyokong pembinaan infrastruktur pengangkutan.

Selain lebuh raya, projek-projek yang dibiayai oleh China seperti jalan raya negara, hospital, jalan luar bandar dan bekalan air bersih mula beroperasi di Kemboja pada tahun 2022 dan lebih banyak keluaran pertanian seperti longan, jagung dan ikan patin (pangasius) mendapat akses rasmi ke pasaran Cina.

Selain itu, sepasukan pakar perubatan tradisional Cina (TCM) berkunjung ke Kemboja pada Mac lalu untuk membantu negara Asia Tenggara itu memerangi pandemik COVID-19.

Bagi sesama rakyat dan pertukaran budaya pula, Xi menyatakan bahawa pihak Cina akan memberi keutamaan untuk memulihkan dan meningkatkan penerbangan terus antara China dan Kemboja, menggalakkan kerjasama pelancongan dan melaksanakan perlindungan warisan budaya dan kerja-kerja pembaikpulihan.

China telah membantu membaik pulih kuil-kuil yang musnah di Taman Arkeologi Angkor sejak tahun 1997 dengan berjaya membaik pulih kuil Chau Say Tevoda dan kuil Ta Keo.

'Pembangunan bukanlah prerogatif segelintir orang'

Semasa pertemuan tersebut, presiden Cina turut menekankan bahawa pembangunan bukanlah hak prerogatif segelintir negara.

Tindakan melibatkan diri dalam persaingan sistem atau konfrontasi ideologi, mempolitikkan dan mempersenjatai pertukaran ekonomi, perdagangan, saintifik dan teknologi, memaksa pemisahan dan pemutusan rantai, mengekang dan menyekat pembangunan negara-negara lain serta memerlukan negara-negara di rantau ini memilih pihak, kesemuanya merupakan politik kuasa dan amalan hegemoni serta tidak boleh menjadi popular, kata Xi.

China berpegang kepada prinsip yang benar dan akan menjaga dengan tegas kedaulatan negara, keselamatan dan kepentingan pembangunan serta kesaksamaan dan keadilan antarabangsa, janji Xi.

Hun Sen berkata BRI yang dicadangkan oleh China. Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Sekuriti Global (GSI) adalah amat penting bagi mengekalkan keamanan dunia dan menggalakkan pembangunan bersama, menambah bahawa pihak Kemboja akan menyokong dan mengambil bahagian dengan aktif.

Timbalan Perdana Menteri Kemboja dan Menteri Luar Prak Sokhonn berkata bahawa GDI "merupakan satu lagi kebaikan awam yang diberikan oleh China ke seluruh pelosok dunia," menambah bahawa penting untuk menyokong negara-negara kurang maju untuk pulih daripada pandemik COVID-19 dan mengurangkan kadar kemiskinan.

https://news.cgtn.com/news/2023-02-10/Chinese-President-Xi-Jinping-meets-with-Cambodian-PM-Hun-Sen-1hj96Mwlwha/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion