omniture

Sistem Mudah Alih ialah Kios Kehadiran Baharu!

Ramco Systems
2014-02-18 02:24 93

CHENNAI, India, 18 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Ramco HCM menerusi Pengkomputeran Awan kini dikuasakan dengan GPS & NFC

  • Penyelesaian baharu yang bertujuan untuk membantu syarikat perniagaan yang mempunyai agihan tenaga kerja pada peringkat global, pelbagai pejabat kecil di lokasi yang berbeza, atau keperluan untuk memantau pergerakan pekerja dalam persekitaran kerja yang sangat selamat dan sebagainya...
  • Kehadiran pintar yang membolehkan integrasi yang lancar dan teratur serta menyelaraskan data Waktu & Kehadiran untuk tujuan pembayaran gaji

Ramco Systems, syarikat produk perisian perusahaan yang dikhususkan terhadap penyampaian ERP, HCM dan Penerbangan menerusi Pengkomputeran Awan, Tablet dan juga telefon Pintar, hari ini mengumumkan penyelesaian lengkap Pengurusan Sumber Manusia & Bakat, Ramco HCM menerusi Pengkomputeran Awan (Pengurusan Modal Insan) kini boleh didapati berserta Sokongan GPS (Sistem Penentu Kedudukan Global) dan NFC (Komunikasi Medan Dekat). Dengan ciri baharu ini, Ramco HCM akan menawarkan pilihan kepada para pelanggannya untuk merekodkan kehadiran serta waktu berasaskan NFC bagi mengesahkan, mengesan dan juga berinteraksi dengan para pekerja pada pelbagai peringkat.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/65006-ramco-systems-mobile-new-attendance-kiosk

Dalam keadaan persekitaran perniagaan yang kian berkembang, dengan sejumlah pekerja yang sentiasa perlu bekerja di tempat yang berbeza bagi memenuhi keperluan perniagaan di lokasi terpencil, keperluan untuk memantau kehadiran para pekerja serta mengintegrasikan maklumat tersebut kepada pendapatan pekerja telah menjadi suatu cabaran. Tambahan pula, terdapat banyak perniagaan yang tidak dapat memperoleh gambaran lengkap berkaitan dengan pengagihan tenaga kerja bagi membolehkan mereka untuk merancang peruntukan sumber dengan berkesan.

Sistem pemetaan kehadiran yang biasa digunakan seperti Biometric dan juga kad Swipe adalah terhad dari segi skop, pelaburan yang tinggi serta tidak dapat diskalakan mengikut keperluan tenaga kerja yang telah diagihkan secara geografi. Ramco HCM bersama sistem pengurusan kehadiran berasaskan GPS + NFC adalah bertujuan untuk menangani masalah ini, yang sering dihadapi oleh sesebuah organisasi. Tonton Video bagi mengetahui bagaimana sistem ini berfungsi.

Ketika beliau bercakap tentang perkhidmatan terkini ini, En. Virender Aggarwal, Ketua Pegawai Eksekutif, Ramco Systems turut berkata, "Ramco sedang memacu usaha ke arah membolehkan 'Syarikat Digital', dan memandangkan konsep Internet of Things kian menjadi tumpuan utama, kami menggunakan anjakan tektonik dari segi teknologi bagi mendorong manfaat perniagaan melalui cara yang belum pernah difikirkan sebelum ini. Dengan kemunculan tenaga kerja muda pada abad ini, para Pengurus Sumber Manusia terpaksa menilai semula sistem mereka yang sedia ada. Dengan pelancaran sistem kehadiran berasaskan GPS dan NFC, kami dapat menyediakan teknologi baharu kepada syarikat perusahaan untuk menangani isu keperluan kehadiran, pengebilan serta gaji pekerja bagi tenaga kerja yang kompleks."

Ramco HCM menerusi Pengkomputeran Awan merupakan penyelesaian lengkap yang merangkumi setiap aspek kitaran hayat pekerja: Pengurusan Tenaga Kerja, Pengambilan Pekerja, Pengurusan Bakat, Kemajuan Pekerja, Perancangan Tenaga Kerja dan juga Gaji & Faedah.

Latar Belakang Ramco Systems:

Ramco Systems merupakan sebahagian daripada Ramco Group yang bernilai USD 1 bilion dan turut menawarkan perkhidmatan ERP, HCM, MRO, M&E, SCM, CRM, Kewangan, Pengurusan Perkhidmatan, Pengurusan Aset, Kawalan Proses, Pengurusan Projek dan Analisis bagi pelbagai syarikat menegak menerusi model pengkomputeran awan yang paling sesuai, sama ada bersifat awam, persendirian ataupun komuniti. Pada peringkat global, Ramco mempunyai lebih 150,000 pengguna daripada lebih 1000 organisasi pelanggan. Syarikat ini juga mempunyai sebanyak 20 pejabat di sekitar India, Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Australia, Timur Tengah, Afrika Selatan dan juga Asia Pasifik.

Bagi maklumat lanjut, sila layari http://www.ramco.com

Ikuti Ramco melalui Twitter @ramcosystems/ikuti perkembangan terkini melalui http://www.ramco.com/blog

Bagi maklumat lanjut, hubungi:

Vinitha Ramani / vinitharamani@ramco.com

Sumber: Ramco Systems

Source: Ramco Systems
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Workforce Management/Human Resources New products/services