omniture

Windpower Monthly Namakan SANY SE-17260 Salah Satu daripada 10 Turbin Angin Daratan Unggulan (5.6MW-plus) tahun 2022

SANY Group
2023-02-13 09:10 127

BEIJING, 13 Februari 2023 /PRNewswire/ -- SANY Renewable Energy ("SANY" atau "Syarikat") dengan bangganya mengumumkan bahawa turbin angin SE-17260 Syarikat ini baru-baru ini dinamakan sebagai salah satu daripada 10 Turbin Angin Daratan Unggulan (5.6MW-plus) bagi tahun 2022 oleh Windpower Monthly, majalah yang terkemuka di peringkat global yang meliputi sektor kuasa angin dunia. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut SE-17260 SANY Renewable Energy menerima pengiktirafan yang begitu berprestij, yang merupakan bukti prestasi, keandalan dan kecekapan cemerlang turbin ini serta kedudukan syarikat ini dalam industri tenaga angin global.

"Penarafan tinggi daripada Windpower Monthly sekali lagi mengesahkan kedudukan SANY Renewable Energy sebagai salah satu penjana dan penginovasi tenaga angin yang terkemuka di dunia. Teknologi tenaga angin menjadi peneraju dalam memacu inovasi hijau global dan evolusi pantas tenaga angin memperkasa peluang yang baharu sebagai sumber boleh baharu berharga rendah dan cekap untuk dunia mencapai cita-cita sifar-bersih. SANY Renewable Energy akan memanfaatkan kepakarannya dalam tenaga boleh baharu bagi memacu penemuan teknologi untuk tenaga angin, membawa lebih nilai kepada pelanggan dengan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi sekali gus mencipta masa depan yang lebih hijau dengan pembuatan pintar," kata Zhou Fugui, Pengerusi SANY Renewable Energy.

Turbin Angin 1
Turbin Angin 1

SE-17260 SANY Renewable Energy, salah satu ahli daripada siri 6.XMW memiliki prestasi pasaran yang cemerlang sejak penampilan sulung globalnya. Pada tahun 2022, penjana ini mencapai pengambilan pesanan 2400MW yang memberangsangkan dan telah dipasang di beberapa projek di China termasuk wilayah Xinjiang, Mongolia Dalam, Jilin, Gansu dan Hebei. Dalam tahun yang sama, kesemua enam puluh empat turbin angin daratan 6.25 MW di Ladang Angin Ketujuh Beidaqiao, projek tenaga angin komersial berskala besar pertama di China yang membawakan model-model 6.XMW, disambungkan ke grid untuk penjanaan kuasa, dengan jumlah kapasiti terpasang projek tersebut mencecah sehingga 400MW.

Turbin Angin 2
Turbin Angin 2

Platform daratan 6.XMW SANY Renewable Energy dilengkapi dengan reka bentuk galas tunggal untuk rantai pemacu utama dan membawakan transformer 35kV di atas nasel. Dioptimumkan oleh teknologi kawalan termaju, reka bentuk sistem dan teknologi simulasi digital, turbin angin SANY adalah lebih ringan, lebih selamat, lebih stabil dan lebih pintar. Penarafan yang menempatkan SE-17260 SANY sebagai salah satu turbin angin daratan terbaik menonjolkan daya saing pasarannya yang mantap dan kepimpinan teknologinya.

Menuju ke hadapan, SANY Renewable Energy akan terus tetap fokus kepada visi teknologinya untuk membangunkan menara lebih tinggi, penjanaan kuasa lebih besar dan berat yang lebih ringan dengan bilah lebih panjang serta keupayaan pintar yang lebih mantap, menyediakan penyelesaian tenaga angin berkesan kos untuk mengurangkan kos ladang angin. Ini bukan sahaja akan membantu membawa nilai yang lebih tinggi kepada pelanggan, tetapi juga membolehkan ekonomi global berkembang pesat menuju sasaran penyahkarbonan.

Untuk maklumat lanjut tentang SANY Group, sila kunjungi www.sanyglobal.com atau ikuti kami di Facebook atau YouTube untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk syarikat kami dan perkembangan terkini.

Maklumat Perhubungan:

Yolanda Rong, rongy@sany.com.cn
Talian Penting Jualan: +86-731-85835199

 

Source: SANY Group
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Mining/Metals Telecommunications Awards