omniture

Financial Times Ramal Masa Depan yang Cerah untuk Eindhoven

Brainport Eindhoven
2014-02-18 09:10 106

EINDHOVEN, Belanda, 18 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Brainport Eindhoven mempunyai iklim pelaburan terbaik di Eropah selepas London dan Helsinki

Iklim pelaburan di Eindhoven (Belanda) adalah yang terbaik di Eropah selepas London dan juga Helsinki. Daripada segi kedudukan keseluruhan dalam Indeks Pelaburan Langsung Asing (indeks fDi), Financial Times meletakkan Eindhoven pada kedudukan ketiga. Sebagai tempat yang terletak di tengah-tengah wilayah Brainport yang berteknologi tinggi, Eindhoven merupakan lokasi terbaik bagi membuat pelaburan untuk manfaat masa hadapan, menurut pihak berkuasa kewangan British. Dengan kedudukannya di tempat ketiga itu, Eindhoven telah membuat lonjakan yang tidak dijangkakan dalam senarai kedudukan fDi yang benar-benar diikuti oleh para pelabur antarabangsa. Belum pernah mana-mana bandar Belanda mendapat kedudukan yang begitu tinggi dalam senarai itu sebelum ini.

"Kami amat berbangga dengan kedudukan sebegitu tinggi yang diperoleh melalui kajian yang benar-benar berwibawa," kata Rob van Gijzel, Datuk Bandar Eindhoven. "Ini juga merupakan pengesahan pendekatan kami yang telah diambil beberapa tahun kebelakangan ini merupakan pendekatan yang betul. Eindhoven telah berkembang maju sehingga menjadi ekosistem kolaboratif yang berjaya dalam bidang teknologi tinggi serta reka bentuk, yang membolehkan kreativiti dan ilmu pengetahuan bersepadu serta saling melengkapi satu sama lain. Penyelesaian inovatif turut diwujudkan dalam ekosistem ini bagi menghadapi cabaran yang bakal dihadapi oleh dunia pada masa hadapan. Ini benar-benar meningkatkan daya tarikan kami kepada para pelabur, menurut penemuan kajian Financial Times itu."

Tidak dapat dinafikan lagi, kedudukan tinggi Eindhoven tersebut adalah berikutan dasar ekonomi inovatif yang dilaksanakan oleh syarikat perniagaan, kerajaan serta institusi penyelidikan di rantau ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Indeks fDi turut mengambil kira strategi fDi, infrastruktur dan juga potensi ekonomi. Brainport Eindhoven turut menunjukkan prestasi cemerlang dalam aspek yang dinyatakan itu, lalu membantunya menjadi penjana ekonomi yang mantap dengan memberikan kesan positif terhadap seluruh negara Belanda. Pencapaian Eindhoven ini adalah berikutan daripada iklim perniagaan yang progresif di wilayah Brabant yang amat diakui kehebatannya, hasil daripada perkongsian strategi ekonomi yang dijalankan. Tidak menghairankan yang wilayah ini kini menduduki tempat pertama dalam senarai fDi bagi wilayah yang mengambil kira strategi fDi yang dilaksanakan.

Brainport Eindhoven amat komited terhadap usaha mempercepat pertumbuhan bagi memulakan perniagaan yang kecil serta turut membantu untuk membangunkan syarikat yang lebih besar dan juga mempunyai cita-cita dan potensi ke peringkat global. Pelaburan langsung juga akan dilakukan bagi membiayai perkembangan lanjut bagi institusi penyelidikan awam serta persekitaran penyelidikan living lab yang besar.

Maklumat lanjut tentang senarai kedudukan fDi boleh didapati di: http://www.fdiintelligence.com/

SUMBER  Brainport Eindhoven

Source: Brainport Eindhoven
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis New products/services