omniture

Zensorium Perkenalkan Tinke untuk Android

Zensorium
2014-02-18 13:42 149

- Peranti penderia inovatif bagi menguruskan kecergasan dan kesihatan individu kini boleh didapati untuk telefon pintar Android -

SINGAPURA, 18 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Disebabkan oleh permintaannya yang tinggi, Tinke (disebut sebagai tink) yang merupakan peranti penderia inovatif untuk telefon pintar yang dapat membantu para pengguna untuk menguruskan kecergasan serta kesihatan peribadi dengan sentuhan jari sahaja, kini boleh didapati untuk digunakan pada Android, platform telefon pintar yang paling meluas digunakan di dunia. Selepas kejayaan pelancarannya pada tahun 2013 untuk digunakan pada peranti iOS, Tinke telah menyaksikan kejayaan berterusan serta permintaan tinggi daripada pengguna dengan jualan di lebih 30 negara pada peringkat global.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140210/8521400667 )
(Logo: http://photos.prnasia.com/prnh/20140210/8521400667LOGO )

"Matlamat kami adalah mudah iaitu bagi memperkasa individu agar peka terhadap kecergasan dan kesihatan diri yang mendorong kepada kehidupan yang lebih sihat," kata Juliana Chua, Ketua Kumpulan Inovasi Perniagaan Zensorium. "Kami amat berbangga dengan kejayaan Tinke yang mampu membantu lebih ramai individu memandangkan ia kini boleh digunakan dengan peranti Android."

Tinke menggunakan teknologi penderiaan optik yang mampu mengukur tahap kecergasan dan juga kerehatan bagi memudahkan kefahaman serta perbandingan. Hanya dengan meletakkan hujung jari pada platform penderia, Tinke mampu mengukur dan mengira empat parameter kesihatan utama dalam beberapa saat sahaja: kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, tahap oksigen dalam darah serta perubahan kadar denyutan jantung.

Kadar denyutan jantung, kadar pernafasan serta tahap oksigen dalam darah merupakan tiga parameter yang mewujudkan perkaitan yang rapat untuk mengukur tahap kecergasan kardio-pernafasan. Parameter perubahan kadar denyutan jantung pula adalah penting bagi menilai sistem saraf autonomi individu serta mengesan tahap tekanan bagi pengurusan kesihatan. Pada masa kini, tekanan merupakan aspek kesihatan yang lebih diabaikan berbanding sebelum ini. Namun begitu, pemantauan tekanan yang sentiasa dilakukan dapat mengelakkan banyak masalah kesihatan fizikal serta mental. Apabila fungsi tubuh dapat difahami dengan lebih baik, para pengguna Tinke dapat mengambil langkah penting bagi mempertingkatkan kecergasan serta kesihatan mereka.

Keputusan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan selama lebih tiga tahun menunjukkan peringkasan dan juga kepadatan reka bentuk Tinke berjaya diperoleh dengan mengatasi cabaran pemprosesan isyarat serta reka bentuk binaannya. Tinke untuk Android dapat dihubungkan menerusi Bluetooth dan turut dikuasakan menerusi bateri polimer ion Litium yang perlu dicas sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Ciri-ciri integrasi media sosial Tinke pula membolehkan para pengguna berkongsi ukuran serta keputusan dengan mudah secara dalam talian menerusi rangkaian Tinke atau Facebook. Dengan perkongsian data mereka menerusi rangkaian Tinke ini, para pengguna dapat memaklumkan rakan tentang tahap kemajuan mereka serta turut memaklumkan penyedia penjagaan kesihatan berkenaan dengan keputusan mereka yang terkini. Dengan ciri-ciri bandingan global Tinke, para pengguna juga dapat mengetahui kedudukan mereka dalam kalangan pengguna lain menerusi rangkaian Tinke dari serata dunia.

Harga dan Ketersediaan: Tinke untuk Android boleh didapati di lebih 30 negara pada harga AS$129 dalam warna kelabu dan jingga.

Latar Belakang Zensorium: Zensorium yang beribu pejabat di Singapura ini amat komited untuk memperkasa individu bagi mempertingkat kualiti hidup mereka menerusi penggunaan peranti penderia yang inovatif. Produk utama syarikat ini, Tinke, merupakan penderia optik yang dapat memantau kecergasan serta kesihatan pengguna hanya dengan sentuhan jari.

Pada bulan Januari 2014, semasa majlis Anugerah Reka Bentuk dan Kejuruteraan Inovasi CES (Pertunjukan Elektronik Pengguna) di Las Vegas (AS), Zensorium telah diumumkan sebagai finalis bagi Mobile Apps Showdown dan turut merupakan penerima kehormat bagi kategori Kesihatan dan Kecergasan pada majlis Anugerah Reka Bentuk dan Kejuruteraan Inovasi CES itu.

 

Source: Zensorium
Keywords: Computer Software Consumer Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services