GLASGOW, Scotland, 18 Februari 2014 /PRNewswire/ -- First Milk, pemilik Isle of Arran Creamery meraikan kejayaan keju jenis vintaj (Extra Mature) mereka diiktiraf sebagai keju cheddar terbaik di Anugerah Keju Sedunia 2013.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140213/668614 )
Tenusu itu memenangi gelaran 'Super Gold' yang telah dianugerahkan oleh para hakim daripada pilihan keju cheddar mereka yang memenangi pingat Emas. Hanya satu gelaran 'Super Gold' sahaja yang dianugerahkan dalam seluruh kategori keju cheddar, maka penerima gelaran ini diiktiraf sebagai salah satu daripada 'Keju Terbaik Dunia'.
Paul Murray, Ketua Pembuat Keju di Isle of Arran Creamery memberi komen: "Kami sangat berbesar hati dapat menerima anugerah keju cheddar terbaik daripada para hakim. Kakitangan serta penternak pembekal tempatan kami sangat berbangga dengan keju yang kami hasilkan. Maka, pengiktirafan sebegini merupakan pencapaian yang hebat buat kami."
Anugerah Keju Sedunia berlangsung pada 27 November di Birmingham, sebagai sebahagian daripada Pameran Makanan Lazat BBC, dengan 2,700 penyertaan telah diterima dari lebih 30 negara. Acara anugerah itu mengumpulkan bersama pembeli dan penjual daripada industri makanan global dan turut meraikan ulang tahunnya yang ke-25 pada tahun ini.
Para hakim terdiri daripada penentu gred keju pakar, pengeluar, pembeli, tukang masak dan juga penulis makanan. Setiap penyertaan diadili berdasarkan rasa, aroma dan tekstur.
Anugerah ini memecah kesibukan pemilik tenusu First Milk, memandangkan mereka sedang memberi lebih tumpuan terhadap pemasaran jenama mereka termasuklah Isle of Arran bagi diperluaskan ke pasaran antarabangsa.
Logo / fotograf yang dilampirkan:
Latar belakang Keju Cheddar Isle of Arran
Keju cheddar Isle of Arran dihasilkan dengan tangan di tenusu Isle of Arran Creamery di hujung selatan pulau itu. Pasukan kecil pembuat keju yang berdedikasi mengikut kaedah tradisional, hanya dengan menggunakan susu daripada lembu yang meragut rumput di padang ragut pulau itu, bagi mencipta keju cheddar klasik itu.
Bagi maklumat lanjut, sila lawati: http://www.isleofarrancheese.co.uk
Latar belakang Isle of Arran Creamery dan First Milk
Isle of Arran Creamery dimiliki dan dikendalikan oleh First Milk – satu-satunya syarikat tenusu utama UK yang dimiliki sepenuhnya oleh penternak Britain. Ia membekalkan pelbagai jenis produk tenusu dan juga bahan tenusu kepada pelanggan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa termasuklah keju blok, keju lembut, susu mentah, mentega, susu tepung skim, protein dadih susu dan jenama pemakanan sukan.
Syarikat itu menjana hasil tahunan sebanyak £530 juta (angka tahun 2012/13) dan juga beribu pejabat di Glasgow dengan lapan tapak pengeluaran di serata England, Scotland serta Wales dan turut menggaji sejumlah 667 orang.
Aspirasi First Milk adalah untuk menyediakan makanan berkhasiat yang lazat untuk para pengguna, sambil memberikan nilai untuk setiap bahagian susu keluaran para penternak mereka. Sebagai perniagaan yang mementingkan inovasi dan kemampanan, syarikat ini sentiasa mencari cara baharu untuk bekerjasama dengan rakan kongsi merentasi rantaian bekalan bagi memacu penyelesaian perintis kepada cabaran perindustrian.
Bagi maklumat lanjut tentang First Milk, sila lawati http://www.firstmilk.co.uk atau ikuti syarikat itu melalui Twitter @first_milk dan YouTube http://www.youtube.co.uk/firstmilk1
Salinan laporan kemampanan First Milk juga boleh dimuat turun daripada laman web mereka http://www.firstmilk.co.uk/sustainability
Bagi pertanyaan jualan, sila hubungi Pasukan Eksport First Milk:
E-mel: export@firstmilk.co.uk
Tel. +44(0)141-887-6111
Sumber: Isle of Arran Creamery dan First Milk Ltd