omniture

Pakar BI, Jedox Umumkan Keputusan Rekod bagi tahun 2013

Jedox AG
2014-02-18 14:49 178

FREIBURG, Jerman, 18 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Penyedia perisian kecerdasan perniagaan (BI) yang menerajui di Eropah, Jedox telah mengumumkan pertumbuhan jualan yang mencatat rekod bagi tahun 2013. Perolehan akhir tahun yang awal adalah sebanyak €8.8 juta, yang merupakan peningkatan sebanyak 10.1% berbanding perolehannya bagi tahun 2012 dan turut melangkaui ramalan syarikat itu sendiri bagi tahun tersebut. Tahun 2013 juga menyaksikan pelaburan semula dalam penyelidikan dan pembangunan serta pengambilan kakitangan di Jedox.

Penganalisis sektor, Gartner menganggarkan pertumbuhan pasaran BI pada peringkat global sebanyak 6-7% setahun, lalu menekankan prestasi Jedox yang mantap bagi tahun 2013. "Kami telah berkembang maju hampir 50% lebih pesat berbanding keseluruhan pasaran BI yang kian diperluaskan dengan kadar yang optimum. Keputusan yang membanggakan ini ialah bukti kecemerlangan pasukan dan juga rakan kongsi kami," ulas Ketua Pegawai Operasi Jedox, Bernd Eisenblätter.

Prestasi pasaran antarabangsa yang dinamik telah membantu memacu pertumbuhannya pada tahun 2013, dengan jualan Jedox di luar kawasan Jerman melebihi 50% daripada jumlah perolehannya buat julung kalinya (51% pada tahun 2013, berbanding 43% pada tahun 2012). Pertumbuhan pasaran antarabangsa akan tetap menjadi tumpuan utama pada tahun 2014: "Kami memberi tumpuan terhadap perniagaan antarabangsa pada tahun ini, yang merupakan strategi yang akan dilaksanakan dengan membuka pejabat baharu serta turut mengadakan pakatan strategik bersama pemimpin perundingan global seperti PwC dan juga KPMG," jelas Eisenblätter.

Pakar BI tersebut turut mengambil 21 rakan kongsi baharu pada tahun tersebut, bukan sahaja dalam pasaran bukan domestik teras seperti di Austria dan Switzerland, malahan di Eropah Timur, Timur Tengah, Amerika Utara dan juga Timur Jauh/Pasifik. Secara keseluruhannya, rakan kongsi menyumbang sebanyak lebih satu pertiga daripada perolehan pada tahun 2013, dengan selebihnya merupakan hasil jualan langsung. Jedox turut menambah 142 pelanggan baharu daripada spektrum industri yang luas, daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana sehinggalah kepada syarikat besar. Satu lagi pencapaiannya pada tahun 2013 ialah kemajuan pasukan Jedox. Tenaga kerja syarikat ini turut berkembang dengan signifikan, melangkaui tanda aras 100 pada tahun tersebut.

"Pencapaian ini menunjukkan kami berada di landasan yang tepat. Disebabkan inovasi perisian kami, Gartner menganugerahkan kami dengan status Cool Vender pada tahun 2013 dan kami turut mendapat kedudukan yang tinggi dalam kaji selidik industri BARC BI yang berprestij. Kami amat komited untuk mencapai kejayaan baharu bagi Jedox pada tahun 2014," ulas Ketua Pegawai Teknikal Jedox, Matthias Krämer.

Latar Belakang Jedox: http://www.jedox.com/en/about-jedox/press

Maklumat perhubungan akhbar Jedox: Dr. Joachim Eicher. presse@jedox.com. Tel: +49-761-15147-0.

Sumber: Jedox AG

Source: Jedox AG
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Earnings