omniture

nanoFLOWCELL AG dan Bosch Engineering GmbH Wujudkan Perkongsian untuk QUANT e-Sportlimousine

nanoFLOWCELL AG
2014-02-18 14:54 183

VADUZ, Liechtenstein dan ABSTATT, Jerman, 18 Februari 2014 /PRNewswire/ --

nanoFLOWCELL AG dan Bosch Engineering GmbH telah mewujudkan perkongsian: projek usaha sama pertama antara syarikat subsidiari milik penuh Robert Bosch GmbH dan juga nanoFLOWCELL AG untuk terus membangunkan elektronik kenderaan bagi QUANT e-Sportlimousine dengan pemacu nanoFLOWCELL® yang tidak lama lagi akan mengadakan pertunjukan perdananya di Pertunjukan Motor Geneva (4 Mac 2014).

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140217/671058-a )

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140217/671058-b )

"Tidak lama lagi, kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi pembangunan sistem kami iaitu Bosch Engineering GmbH bagi homologasi antarabangsa serta pembangunan lanjutan untuk QUANT e-Sportlimousine. Transformasi prototaip awal yang terdiri daripada komponen powertrain nanoFLOWCELL® agar menjadi kenderaan pengeluaran bersiri yang boleh digunakan di serata dunia ialah cabaran yang besar. Kami yakin kami dapat melakukan transformasi ini bersama rakan kongsi yang mantap dan berpengalaman ini," ujar Nunzio La Vecchia, pengasas serta ketua bahagian pembangunan nanoFLOWCELL AG, lalu menekankan kepentingan perkongsian baharu ini.

Ibu pejabat Bosch Engineering GmbH terletak di pusat pembangunan Bosch di Abstatt, berhampiran Stuttgart. Dengan lebih 1,850 kakitangan di serata dunia dan 1,600 daripadanya adalah di Jerman, rakan kongsi pembangunan sistem yang terkemuka ini terus menghasilkan penyelesaian tersendiri bagi manfaat mobiliti masa hadapan.

Pertunjukan perdana seluruh dunia

QUANT e-Sportlimousine baharu ini yang dilengkapi dengan pemacu nanoFLOWCELL® akan diperkenalkan kepada umum buat julung kalinya pada 4 Mac 2014, jam 3.00 petang bertempat di Tapak Pameran nanoFLOWCELL AG (Dewan 4, Tapak Pameran 4243), sebagai sebahagian daripada hari akhbar Pertunjukan Motor Geneva.

Maklumat perhubungan media

Bagi sebarang pertanyaan media, sila hubungi pasukan akhbar di nanoFLOWCELL AG.

Pejabat Akhbar nanoFLOWCELL AG
d/a waterworks PR
Volker Pulskamp-Böcking
Morikestrabe 15
70178 Stuttgart
tel.: +49(0)711/380-303-520
e-mel: presse@nanoflowcell.com
laman web: http://www.nanoflowcell.com

Maklumat perhubungan media Bosch Engineering GmbH
Bosch Engineering GmbH
Bahagian Komunikasi Pemasaran
Annett Fischer
Jurucakap Bosch Engineering, Motorsport (BEG/MKC) 
Peti surat 13 50 
74003 Heilbronn, Jerman 
tel.: +49(7062)911-79137, Telefon bimbit +49(152)08651292 
e-mel: Annett.Fischer@de.bosch.com 
laman web: http://www.bosch-engineering.com 

Sumber: nanoFLOWCELL AG

Source: nanoFLOWCELL AG
Keywords: Auto Transportation Licensing/marketing agreements