omniture

Handheld Melancarkan Komputer Tahan Lasak Serba Baharu NAUTIZ X4 untuk Pekerja Lincah

Handheld Group
2014-02-18 15:00 108

LIDKOPING, Sweden, 18 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Handheld Group, pengeluar yang menerajui untuk komputer mudah alih dan telefon pintar yang tahan lasak, hari ini mengumumkan pelancaran komputer tahan lasak serba baharunya Nautiz X4. Nautiz X4 ialah komputer bimbit kompak serba guna yang sesuai untuk pekerja yang lincah. Ia membolehkan pengumpulan data secara cekap dan juga andal walaupun dalam persekitaran yang paling mencabar.

Bagi menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/65001-handheld-nautiz-x4-rugged-computer

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140214/668232 )

Nautiz X4 ialah komputer bimbit tahan lasak yang kompak serta ringan yang optimum untuk pengumpulan data lapangan dengan cekap. Ia telah direka bentuk dan dibangunkan secara khusus untuk pekerja lincah di dalam persekitaran mencabar bagi industri seperti penggudangan, logistik, pengangkutan, kemudahan awam, khidmat lapangan, keselamatan dan juga perlindungan awam.

Dengan hanya berukuran 156 x 74 x 25.5 milimeter (6.1 x 2.9 x 1.0 inci) dan hanya seberat 330 gram (11.6 auns), Nautiz X4 ialah alat kerja yang benar-benar ergonomik serta salah satu daripada komputer bimbit yang paling nipis dan ringan dalam sektor peranti tahan lasak. Ia mempunyai skrin sentuh kecerahan tinggi, kalis silau dan juga berintangan bagi pengkomputeran andal di dalam persekitaran tempat kerja yang mencabar, dan turut didatangkan dengan pengimbas laser 1D berprestasi tinggi atau pengimej 2D bagi tugasan pengimbasan serta penghasilan kod bar yang pantas dan tepat. Peranti itu juga mempunyai kamera 5MP dengan fokus automatik dan juga Denyar LED.

Nautiz X4 mempunyai pemeringkatan Perlindungan Kemasukan IP65 yang bermaksud ia tidak akan menangkap habuk dan sangat kalis air – alat itu boleh digunakan di dalam persekitaran kerja yang berhabuk serta dalam hujan lebat, dan juga boleh dibasuh jika kotor. Ia juga memenuhi standard ujian ketenteraan MIL-STD-810G yang sangat ketat untuk ketahanan keseluruhan dan juga rintangan terhadap kelembapan, hentakan, gegaran, kerosakan jika terjatuh, kemasinan serta suhu melampau.

"Pengumpulan data mudah alih dijalankan di dalam gudang serta persekitaran luar, dalam apa jua cuaca dan juga tempoh kerja yang lama. Mungkin hari itu akan sejuk atau hujan akan turun atau akan bersalji. Maka, pekerja lapangan memerlukan alat pengkomputeran yang bukan sahaja dapat menahan keadaan cuaca yang buruk, tetapi juga ergonomik dan mesra pengguna," kata Jerker Hellstrom, Ketua Pegawai Eksekutif Handheld Group. "Untuk ini, kami dengan bangganya memperkenalkan Nautiz X4, komputer bimbit tahan lasak baharu yang menggabungkan mobiliti unggul dengan fungsian lapangan sebenar dalam pakej yang mudah dibawa serta pada harga yang sangat berpatutan. Kami yakin Nautiz X4 bakal menjadi pilihan terbaik bagi pekerja lapangan dalam pelbagai jenis industri."

Komputer bimbit tahan lasak Nautiz X4 mempunyai penerima GPS u-blox bersepadu yang menyediakan fungsi pengemudian gred profesional. Komputer bimbit ini juga menawarkan pelbagai pilihan keterhubungan, seperti 3G berkuasa tinggi serta kemampuan Wi-Fi yang mengagumkan. Ia mempunyai pemproses 1 GHz berkelajuan tinggi, RAM sebanyak 512 MB dan juga ingatan kilat sebanyak 1 GB. Di samping itu, ia beroperasi menggunakan Windows Embedded Handheld 6.5, sistem operasi yang menjadi pilihan pengguna profesional dalam industri sasaran, yang disertakan dengan Microsoft Office Mobile.

Nautiz eTicket Pro II untuk urus niaga selamat serta pengesahan tiket

Handheld juga melancarkan peranti e-tiket yang serba baharu, Nautiz eTicket Pro II, yang dibina pada platform yang sama seperti Nautiz X4. Nautiz eTicket Pro II ialah alat yang cekap untuk pengutipan tambang elektronik dan juga pengesahan tiket, yang dibangunkan khusus untuk para profesional dalam sektor pengangkutan awam. Ia mempunyai spesifikasi dan fungsi yang sama seperti Nautiz X4, tetapi turut mempunyai pembaca kad pintar canggih terbina dalam daripada Arcontia untuk urus niaga selamat dan pengesahan tiket. Selama ini, Handheld telah menyediakan produk e-tiket untuk pihak berkuasa pengangkutan awam di Melbourne, Prague dan Helsinki, dan juga untuk syarikat landasan kereta api kebangsaan di Sweden dan Kepulauan Netherlands.

PDA tahan lasak Nautiz X4 serta Nautiz eTicket Pro II akan diperkenalkan dan turut dipamerkan semasa persidangan IT-TRANS tahunan di Karlsruhe, Jerman pada 18-20 Februari. Pihak media dialu-alukan untuk menghubungi Handheld bagi mengatur sesi temu ramah serta sesi demonstrasi. Pesanan untuk produk baharu ini boleh dibuat dengan serta-merta, dan akan dihantar pada penghujung bulan Mac.

Pautan berguna

Spesifikasi produk Nautiz X4

Spesifikasi Nautiz eTicket Pro II

Imej akhbar Nautiz X4

Handheld Group

Rangkaian produk Handheld

Apakah maksud tahan lasak?

Tweet tentang ini:

Handheld Melancarkan Nautiz X4 Serba Baharu, Alat Tahan Lasak yang Unggul untuk Pekerja Lincah http://bit.ly/1fZBG7E

Latar Belakang Handheld

Handheld Group ialah pengeluar komputer mudah alih, PDA dan telefon bimbit yang tahan lasak. Handheld serta rakan kongsinya seluruh dunia menyediakan penyelesaian mobiliti lengkap kepada perniagaan dalam industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, kemudahan awam, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan juga keselamatan. The Handheld Group of Sweden mempunyai cawangan tempatan di Finland, U.K., Kepulauan Netherlands, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan AS. Bagi maklumat lanjut, sila ke www.handheldgroup.com

Sumber: Handheld Group

Source: Handheld Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics New products/services