VILNIUS, Lithuania, 15 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Teknologi telematik sentiasa wujud dalam sektor armada dan pengangkutan memandangkan perniagaan berusaha untuk mengoptimumkan keselamatan, kecekapan dan prestasi. Ketika kita mengharungi keadaan ekonomi yang lebih sukar, perniagaan hendaklah semakin canggih dalam menggunakan teknologi yang tepat bagi meningkatkan kecekapan.
"Persaingan untuk meningkatkan kecekapan perniagaan semakin bertambah. Dengan menggunakan teknologi telematik, para pemilik armada akan terus mengalihkan tumpuan mereka daripada penjejakan semata-mata kepada kecerdasan dipacu maklumat. Berdasarkan pengalaman rakan kongsi kami dan pemerhatian pasaran, terdapat beberapa tumpuan utama yang kami lihat berlaku di seluruh dunia dalam sektor ini," kata Sergei Kostenko, Ketua Produk Wialon, platform telematik global yang menyediakan perkhidmatan pengurusan armada untuk 3.5 juta buah kenderaan di lebih 150 buah negara.
Automasi akan meningkatkan kecekapan
Sistem pengurusan armada telah menjadi sesuatu yang kritikal bagi syarikat-syarikat armada dalam usaha mereka untuk mendigital dan mengoptimumkan proses. Penyedia penyelesaian akan melabur dengan semakin banyak dalam teknologi yang mengenal pasti corak aliran kerja harian pengendali armada, mengautomasi rutin, meramal dan mengesyorkan tindakan seterusnya – daripada sambungan peranti pintar kepada geobatas pintar, perancangan laluan automatik & penghantaran kenderaan, makluman pemprosesan automatik.
Kami melihat perubahan daripada hanya "tanpa kertas" kepada antara muka "tanpa klik" di mana para pengguna tidak perlu meluangkan 90% daripada masa mereka pada input & semakan data secara manual tetapi sebaliknya memberi tumpuan untuk membuat keputusan yang tepat. Bagi penghantar dan pengendali armada, ini bermakna keupayaan untuk meningkatkan produktiviti: daripada hanya berupaya menjejaki 10-15 buah kenderaan bagi setiap pengendali secara purata kepada menguruskan hingga 50-100 buah kenderaan secara berkesan.
Penggunaan telematik dalam sektor insurans akan beransur-ansur menjadi standard industri
Sistem telematik mengumpul beratus-ratus input penderia dan menganalisis sejumlah besar data untuk mengenal pasti corak yang menunjukkan pemanduan buruk atau berbahaya. Telemetri yang dikumpulkan boleh digabungkan dengan data tambahan seperti cuaca dan sejarah perkhidmatan untuk meningkatkan pemahaman serta maklumat tentang pemandu dan kenderaan.
Bagi syarikat insurans, perkara ini boleh meningkatkan ketepatan penilaian risiko secara signifikan dan menyediakan pelan insurans peribadi kepada syarikat armada dengan mengambil kira beratus-ratus parameter dalam masa nyata. Akses langsung kepada sejarah data sensor dan video memperkasakan syarikat insurans untuk membuat keputusan yang lebih layak terhadap tuntutan. Penggunaan telematik untuk sektor insurans akan beransur-ansur menjadi standard industri.
Pengoptimuman armada dipacu Kecerdasan Buatan (AI)
Kemajuan AI telah membuka potensi untuk penerimagunaan yang meluas dalam pengurusan armada. Sejumlah besar data telematik yang didigitalkan dan berstruktur mewujudkan asas yang kukuh untuk AI mengenal pasti kesesakan dan mencadangkan pandangan untuk menambah baik metrik perniagaan armada. Ia akan meningkatkan penggunaan aset, keselamatan pemanduan, kecekapan penggunaan bahan api dan pengoptimuman inventori secara drastik. AI akan bertindak sebagai pendaya perniagaan serta menyediakan maklumat yang telus kepada pengurus armada tentang bagaimana aktiviti semasa memberi kesan terhadap penyata kewangan.
"Kesemua teknologi ini sedia untuk penerimagunaan yang lebih luas dalam sektor ini. Pada tahun 2023, kita akan melihat lebih banyak armada memanfaatkan AI untuk mengurangkan Jumlah Kos Pemilikan dan meningkatkan kecekapan aset mereka. Malah penggunaan AI yang tepat akan menjadi kelebihan daya saing yang hebat, oleh itu kami mengesyorkan kepada para pemilik armada supaya kekal berfikiran terbuka untuk menyepadukan teknologi sedemikian", kata Sergei Kostenko.