omniture

Laporan Kekayaan Amerika Syarikat: Jutawan Amerika Melakukan Penghijrahan

Henley & Partners
2023-02-16 01:00

NEW YORK, 15 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Aliran kekayaan kini berubah di AS, sebuah negara yang dibentuk oleh generasi pendatang dari seluruh dunia di mana waris mereka terus mencipta pasaran kekayaan yang terbesar di dunia. Walau bagaimanapun, ketika kita memasuki tahun 2023, suatu dinamik baharu sedang berlaku di mana jutawan Amerika mencari pasaran yang lebih memberangsangkan di luar negara pada kadar yang belum pernah berlaku sebelum ini. "Dan sebagaimana yang disorot dalam Laporan Kekayaan AS pertama yang diterbitkan hari ini oleh pakar penghijrahan pelaburan Henley & Partners dengan kerjasama firma risikan kekayaan, New World Wealth, negara ini juga semakin hilang tarikannya dalam kalangan jutawan yang berhijrah ini dengan para pakar memberikan komen bahawa, "'American Dream' (Impian Amerika) kini bergantung pada talian hayat."

Laporan ini turut mendedahkan bahawa terdapat perpindahan dalaman secara besar-besaran oleh Individu Bernilai Bersih Tinggi (HNWI) yang sedang berlaku di negara tersebut pada masa ini. Bandar-bandar seperti Austin, Scottsdale, Greenwich dan Miami menempatkan semakin ramai jutawan, manakala hab kekayaan yang besar di Los Angeles, Chicago dan Bandar Raya New York menyaksikan kehilangan mereka.

Laporan Kekayaan AS 2023 menampilkan penyelidikan dan data kekayaan persendirian baharu yang eksklusif, menyediakan ulasan menyeluruh terhadap sektor kekayaan Amerika, termasuk trend dalam kalangan individu bernilai bersih tinggi, statistik kekayaan bandar, corak penghijrahan jutawan dan ulasan terhadap pendorong dan pencipta kekayaan yang utama. Data tersebut menyingkap penurunan ketara dari segi aliran masuk bersih para jutawan ke Amerika pada tahun 2022 apabila angka ini jatuh kepada hanya 1,500 orang berbanding tempoh antara tahun 2013 hingga 2019 di mana aliran masuk bersih jutawan menunjukkan kadar turun dan naik antara 6,400 hingga 10,800 orang setiap tahun.

Dari segi aliran keluar kekayaan persendirian, Ketua Henley & Partners di Amerika Utara, Mehdi Kadiri, menyatakan bahawa firma ini menerima pertanyaan yang paling banyak daripada warga AS dengan catatan rekod pada tahun 2022 (peningkatan sebanyak 447% dari tahun 2019) apabila, buat julung-julung kalinya, warga Amerika menduduki tempat tertinggi daripada keseluruhan warganegara di seluruh dunia yang memohon untuk program pemastautin dan kewarganegaraan melalui pelaburan: "Bagi memenuhi permintaan yang tinggi dan semakin meningkat daripada pelabur AS ini, Henley & Partners telah membuka tiga pejabat di Amerika pada tahun ini di hab kekayaan Los Angeles, Miami dan Bandar Raya New York."

Penanda aras kekayaan persendirian Amerika

Amerika merupakan pasaran kekayaan terbesar di dunia dengan jumlah margin yang signifikan, menyumbang kepada 32% kekayaan global yang luar biasa dan 36% jutawan di dunia. Amerika Syarikat juga menempatkan dua pasaran saham terbesar di dunia (NYSE dan Nasdaq) dengan sembilan buah syarikat terkemuka di dunia berdasarkan modal pasaran. Kekayaan yang didapati di Bandar Raya New York sendiri telah mengatasi kekayaan kebanyakan negara G20.

Mengulas dalam Laporan Kekayaan AS, Pakar pelaburan global dan pengarang kewangan peribadi, Jeff D. Opdyke, mengatakan bahawa inflasi yang meningkat secara mendadak, pergolakan sosial dan politik dan golongan kelas pertengahan yang berkurangan dengan pantas menyaksikan catatan rekod dari segi bilangan warganegara kaya AS yang meninggalkan kerakyatan mereka: "Peningkatan bilangan pengguna baharu di negara-negara bukan Barat akan akhirnya mengatasi bilangan pengguna Barat sebanyak tiga bilion atau lebih banyak daripada itu. American Dream yang terumbang-ambing di tempat asalnya sedang dikonsepsikan semula oleh kelas pengguna yang sedang membangun ini dan mencapai pangkalan pengguna tersebut mungkin bermakna melangkah keluar dari sempadan AS dan membina kehidupan anda dan keluarga di tempat lain."

Bandar paling kaya dan paling pesat berkembang di AS

Bandar Raya New York mengungguli kedudukan sebagai bandar terkaya di AS (dan dunia) dengan 340,000 jutawan, diikuti oleh Bay Area (285,000), Los Angeles (205,400), Chicago (124,000) dan Houston (98,500).

Merujuk kepada hab kekayaan yang paling pesat berkembang di Amerika, lima buah bandar telah mengalami pertumbuhan jutawan melebihi 70% dalam dekad yang lalu. Populasi jutawan Frontrunner Austin meningkat dengan ketara sebanyak 102% antara tahun 2012 hingga 2022 dan bandar ini kini mempunyai 30,500 penduduk dengan individu bernilai bersih tinggi yang memiliki kekayaan berjumlah USD1 juta atau lebih. West Palm Beach meningkat sebanyak 90% (menempatkan 9,400 jutawan), Scottsdale sebanyak 88% (dengan 13,900 jutawan), Miami sebanyak 75% (dengan 38,000 jutawan) manakala Greenwich & Darien sebanyak 72% (dengan 11,900 jutawan).

Muat turun Siaran Akhbar Lengkap dan  Laporan Kekayaan AS2023.

Source: Henley & Partners
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research